Wednesday, January 26, 2011

What Is Love?


Love is wanting to share with only one other.
The one that increases the beat of your heart.
The one on which your daily thoughts linger.
The one from whom you never want to part.

Love is being gentle, kind, and tender,
with the one who stirs your emotions.
Be caring, and understanding of her needs.
She is the one that deserves your devotion.

Love is being trustworthy and true to her.
Give her no reason to doubt you--never.
She is the one you truly care for, so
treat her well, and she'll be yours forever.

I Set You Free

Let me not hinder you
Or take the light from your day
Your heart shall be free
To seek love unconditionally

Let not my quiet tears
Distract you from the path
You need to go alone, my love
For we are not meant to be

Go now and don't look back
I will never fault you
For what you lack
But rejoice in what we had

Bitterness will not be mine
For setting free the greatest love
I have known in this life time
Will liberate my soul for all eternity

You're the one I'm looking for


You should look around, you said
Then wondered why I choose you
You said I was too young to know
But Edith, that's not true

The thought of finding someone
Who has something that you don't
Makes me laugh without control
It's an impossible stunt

If I were to look for someone
Who'd be just perfect for me
I would end up with you again
Keep on reading, and you'll see

The first thing that we have is trust
And there's no one I trust more
I have done so from the start
And that's something I adore

You're also a girl that's smart
That I can talk to any time
You and me can go for hours
And our talks are so sublime

You have a great sense of humor
I like a good laugh here and there
If you get that and add your smarts
It just makes a perfect pair

Next you have the wiseness needed
For those times when life gets hard
You've helped me let it all out
With you I can lower my guard

You're also an amazing woman
Your beauty is mythological
I had to fall in love with you
Other options were illogical

But above all you make me happy
The happiest I can ever be
You have me borderline crazy
That's something anyone can see

This is why you're the perfect one
There is no need to explore
You have everything I want and need
You're the one I'm looking for

Malaysia Kalahkan Brazil

Masa kat kampung, aku belek majalah-majalah lama dan terjumpa satu artikel dalam majalah tahun 1982 bertajuk "Malaysia kalahkan Brazil dalam acara bola sepak".
Wow... dashyat gak bolasepak Malaysia dolu-dolu. Aku perturunkan kat sini wawancara pemberita berkenaan dengan jurulatih bola sepak Malaysiamasa tu, Trevor Hatley...



Pemberita (P) : Apa khabar Coach..?
Trevor Hatley (TH): Oh baik-baik..

P : Dimaklumkan bahawa pasukan bolasepak Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Brazil. Adakah berita ini benar?
TH : Benar! Malah kita kalahkan pasukan Brazil dengan teruk sekali.

P : Wow..!! Berapa jumlah jaringan gol.
TH : Ohh.. tidak ada jaringan kerana kita menang dengan Brazil tanpa bertanding.

P : Macam mana tu coach?
TH : Mereka tak datang. Walau pun satu jam kita tunggu di stadium.

P : Kenapa mereka tak datang. Adakah mereka memulau kan perlawanan kerana faktor keselamatan?
TH : Ohh tidak, bukan kerana tu..

P : Habis tu kenapa coach?
TH : Kerana kami tak jemput mereka datang!!!!
P : Humm... hampeh punya coach!!!

Hu hu...aku pun terkena jugak.. majalah tu sebenarnya majalah lawak... jangan marah aahh!!!

Makna Cinta Dan Perkahwinan

Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…

Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:

“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”

Guru itupun berkata:

“Itulah cinta”


Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan

Guru pun menjawab:

”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan…akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”

Lalu sang guru berkata:

“Itulah makna perkahwinan.”

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

Gila Bola

Hye2.. Arini nak cite sikit mengenai orang yang sakit mental. Cuba bayangkan kalau dorang naik kapal terbang. Mesti pening nak kawal. Jadi Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.


Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat.
Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

“Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya!”,bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! “Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?”

“Abisnya tak boleh maen bola didalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.”

“Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?”

“Kan kita pemain simpanan….”

Makcik & Pelayan Hotel

Ada satu kisah dimana terdapat seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama dalam hidup untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Bibah kawan paling kamcing masa dekat kampung. Kemana-mana Makcik Minah pergi mesti mesti ada Bibah.


Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah tujuh bintang semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah. Seorang pelayan datang untuk membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah dan Bidah.

Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, Cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari,
apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei...!!! Jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah. Lalu pelayan itu pun menjawab dengan selamba, "Sabar makcik, ini baru lif..."
Bidah pun ketawa besar manakala muka Makcik Minah kemerahan menahan malu..

Takde Telinga

Hye2.. Aku nak cite mengenai telinga.. Korang mesti tahu mengenai telinga. bagi yang tahu mana telinga tengok gambar kat bawah ni.. Tak tahu juga aku tak boleh nak kata ape lah..

Cite ini mengenai Johan yang sedang membuat temuduga untuk jawatan kosong di Bank tempat Johan berkerja. Anggota badan Johan tidak sempurna macam orang lain. Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya ... saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"

Ambil Gambar


Suatu hari, Disebuah rumah tinggal seorang orang tua yang bernama Pak Mat. Pak Mat mempunyai seorang anak tunggal tetapi telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pak Mat sentiasa merantap gambar anaknye yang sudah lame meninggal dunia kemana sahaja.

Pak Mak keluar hendak pergi Pekan untuk membeli barang keperluan,Dia berada di bus stop untuk menunggu bas.Pastu datang sorang awek cun mengancam datang nak tunggu bas.Tiba -tiba angin yang nak katakan pelan tak pelan, kuat tak kuat bertiupan. Disebabkan angin tu, gambar yang di rantapi Pak Mat terbang melayang jatuh dekat bawah kain awek cun tu.

Apalagi Pak Mat pun cakap kat awek tu "adik boleh angkat kain tak Pakcik nak ambil gambar?" Dengan tak semena-menanye Pak Mat dapat penampar sedas.Awek tu pun bercakap dengan nada marah "Dah nak mampus pun tak sedar diri"..!!! Pak mat pun menangis lepas kena sebijik macam budak-budak tu pun berkata "Pakcik cuma nak ambil gambar Pakcik yang terjatuh bawak kain adik,takkan tak buleh.Waa...Waa..."

Kamu Ingat Saya Nie.....

Hye2.. Mari layan cite antara Akob dengan isterinya.. Ambil pengajaran untuk si suami atau bakal suami..
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.
"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang.

Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas didepan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

Lelaki Tidak Berguna

Kisah Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... Ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!

Murid Yang Pandai


Hye2.. Waktu zaman sekolah sangat menarik bila di ingati kembali. Mana tidaknya masa belajar tak perlu pikir pekara yang memeningkan. Yang tahu hanya belajar dan main je. HuHuHu.
Ini kisah nya pada Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK..

Ahli Parlimen

Hye2 pada korang. Suatu hari yang indah permai aku ucapkan selamat sejahtera pada pembaca Blog aku. Aku harap korang dalam keadaan relax dan happy..Macam ayat tulis surat pulak. Korang tahu Ahli Parlimen kan. Alah, yang duduk berdiri gaduh2 benda merepek2 kat Dalam Bangunan parlimen kat bawah ni macam budak sekolah rendah. Ini ada 1 kesah juga mengenai ahli parlimen yang bernama Dato'Pagar.


Dato’ Pagar seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan bernama Shasha.

Shasha :”selamat pagi Dato’ Pagar”

Dato’ Pagar :”Selamat pagi, siapa disana??”

Shasha : “saya Shasha , yang pernah tidur bersama Dato’ suatu ketika dahulu”

Dato’ Pagar : “hah???” APA...!!!:waaah:

Shasha :”Hek Eleh orang tua ni..Takkan tak ingat. Dah lah tidur dengan saya lepas itu buat2 lupa pula. Dipendekkan cite Macam ni lah, Kalau Dato’ tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato’ membayar saya sebagai duit penutup mulut”,

Dato’ Pagar :”ok2. Baiklah. Saya akan membayarnya”

Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato’ Pagar cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu. Keesokan harinya, Dato’ Pagar telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Shasha telefon lagi untuk meminta wang, dan Dato’ Pagar terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar. Setelah beberapa minggu kemudian Jenet menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.

Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terpaksa, Dato Pagar cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya ….” ok lah, aku tunaikan permintaan ko tapi aku agak terkeliru. Aku cuma ingin tahu, dimanakah tempat kita pernah tidur bersama itu?

Dengan lembut Shasha menjawab :”kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar Perdana Menteri kita membentangkan Bajet panjang lebar“.

Pesakit Mental

Hye2.. Cite datang dari sebuah hospital mental yang terletak di suatu tempat dalam pemikiran korang. Dalam hospital mental ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik.

Kerjanya tiap - tiap hari menyanyi, pagi petang, siang malam dia menyanyi, tak penat-penat. kalau dah betul - betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari Jefridin, A.Halim, L.Ramle, P.Ramli dan lain lagi.

Tapi yang sangat peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam. Begitu lah hari - hari yang berikutnya.

Si warden penjaga hospital mental ni rasa agak heran jugak. Tapi malas nak tanya dah nama pun pesakit mantal. Entah macam mana ada satu hari tergerak hati dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap".? Jawap pesakit mental tu dengan selamba tanpa perasaan " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B la bodoh".

Lurus Bendul

Hye2.. Terdapat kesah dimana seorang manusia yang bernama Dol yang sangant lurus bendul. Citenya bermula apabila Dol yang baru habis main bolasepak di padang pulang dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Dol mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak


Tanpa berlengah lagi Keesokkan harinya, Dol membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Dol, Mekanik cuba nak mempermainkan Dol. Dia memberitahu, sekiranya Dol meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Mekanik memberi amaran supaya berhenti tiup bila pintu yang kemik kembali sedia kala kerana takut pintu kembang sangat dan meletup.

Maka, Dol pun pulang ke rumah dan mula meniup dengan penuh tenaga melalui lubang ekzos keretanya itu. Dol tiup punya tiup tapi Tiada apa-apa yang berlaku. Dol tanpa berputus asa terus meniup dengan semangat yang lebih dengan meniup sekuat hati lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya yang melihat, Ben... lalu keluar dan bertanya, "Apa yang ko tengah buat tu?" Dol menjelaskan kepada Ben bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya akan kembung dan kembali sedia kala semula.

Ben menggeleng-gelengkan kepala, Dengan berserta ketawa berdekah-dekah hingga terbaring2 sambil berkata, "HELLLLO!! Apalah la ko ni mangkuk sangat? Ko kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu, kalu tak sampai bila nak kembung!!!" Ben dan Dol meniup melalui ekzos bergilir2 sampai masing2 pengsan kepenatan.

Gangsters


Terdapat Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang perlindungan tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu.

Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Si bisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Si bisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "

Bibir Cinta Laura paling seksi

DILIHAT cantik dan segar adalah impian setiap wanita, termasuk Cinta Laura. Penyanyi lagu Cinta atau Uang (Wang) itu yang masih remaja, bagaimanapun berkata, dia tidak menjalani sebarang rawatan khusus untuk kelihatan jelita.
"Saya tidak menggunakan apa-apa kecuali mencuci muka sebelum tidur. Saya juga jarang ke salon. Kalau pergi pun, mungkin enam bulan sekali. Itupun untuk rawatan rambut," kata penyanyi yang juga pelakon itu baru-baru ini.

Apabila dia ditanya pendapatnya mengenai bahagian tubuhnya paling seksi, selebriti remaja itu kelihatan bingung.
"Tidak ada yang istimewa. Tetapi ramai yang berkata, bibir saya yang paling seksi. Saya tidak tahu. Cuma ramai yang berkata begitu dan menurut mereka, bibir saya seperti bibir Angelina Jolie," kata Cinta, artis yang dilahirkan di Jerman itu.

Menjawab soalan wartawan seterusnya, Cinta berkata dia sendiri tidak merasakan begitu.

"Bibir saya kecil dan saya merasakan diri saya tidak layak untuk dibandingkan dengan Angelina," katanya.

Cinta yang nama penuhnya Cinta Laura Kiehl dan baru menjangkau usia 17 tahun mempunyai takrifan sendiri mengenai seksi. "Seksi bukan terletak pada bibir. Seksi itu juga harus membawa maksud pintar. Jika cantik tetapi bodoh, itu bukan seksi namanya. Seksi juga bukan bererti mesti kelihatan berahi. Yang penting berpakaian rapi, bagus dan bijak." Cinta menerbitkan album Cinta Laura pada 2010. Dengan single hitnya, Love is Money yang turut terkandung dalam album berkenaan, jualannya mencecah hingga 12 kali platinum.

Katanya, dia tidak akan berhenti setakat itu. "Saya masih mempunyai banyak rancangan. Saya mahu membuat lebih banyak kejutan. Tetapi tidak boleh didedahkan buat masa ini," katanya.
Tetapi beberapa minggu sebelum ini Cinta berkata, dia mungkin mengikut jejak langkah Shanty yang meninggalkan dunia hiburan selepas berkahwin.

Namun, bagi Cinta, langkah itu, yang akan diambilnya pada Jun ini ialah untuk menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.

"Saya akan tinggalkan dunia hiburan kerana bagi saya, ia hanya hobi saja. Memang sejak kecil saya yakin akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sudah bersedia untuk tinggalkan karier sebagai penyanyi pada Jun ini," kata Cinta.

Ketika ini, dia berada di semester akhir di sebuah sekolah antarabangsa di Jakarta. "Hanya tinggal satu semester lagi. Saya tidak sabar untuk meneruskan pengajian saya ke Amerika Syarikat," katanya.

Tetapi mengapa Amerika yang menjadi pilihannya.

"Saya bukan bertujuan menunjuk-nunjuk. Di Amerika, sekolahnya memang bermutu, lebih-lebih lagi di Universiti Harvard, yang menjadi sasaran saya.

"Saya teringin sangat ke sana. Harapannya ialah untuk mendapatkan ilmu yang terbaik. Soal jurusan, akan saya cari yang paling sesuai," jelas selebriti itu yang dikatakan akrab dengan penyanyi, Afgansyah Reza.

Tambahan pula, menurutnya, di Amerika memang ramai siswa dari Indonesia.

"Mereka semuanya pintar belaka. Saya ada rakan yang belajar di sana," katanya.

Tetapi, sementara menunggu pemergiannya itu, Cinta berkata, dia mungkin hanya akan menumpukan kepada bidang nyanyian saja, tidak lagi lakonan kerana ia membabitkan masa yang panjang.

Cinta mungkin antara artis remaja paling bertuah apabila diberi peluang untuk muncul di peringkat antarabangsa selepas dipelawa berduet dengan rapper Australia, Guy Sebastian.

Mengulas mengenai hal itu, dia mengaku amat teruja. "Impian menanyi bersama artis bertaraf antarabangsa akhirnya tercapai. Saya diajak berduet dengan Sebastian. Sudah tentu saya tidak menolak. Sebastian begitu berbakat," katanya.

Pasangan itu akan membawakan lagi rap berjudul Who`s That Girl.

Menurut Cinta, lagu itu sungguh enak dinyanyikan dan mereka hanya mengambil masa yang singkat dan persiapannya juga dilakukan ketika itu juga.

Rancang majlis hari jadi anak

SAMBUT ulang tahun hari lahir anak? Bunyinya memang menyeronokkan kerana ia suatu majlis yang menggembirakan semua orang. Baik orang yang menyambutnya, tetamu dan si empunya hari jadi.
Kanak-kanak memang seronok menyambut ulang tahun hari lahir dan selalunya ia menjadi kenangan terindah dalam memori mereka. Seorang ibu muda mengadu, anaknya ramai jadi dia tidak menang tangan hendak menyambut ulang tahun hari lahir setiap seorang. "Hendak menggunakan perkhidmatan katering mahal pula," keluhnya lagi.

Sebenarnya ulang tahun hari lahir anak boleh disambut secara sederhana di samping kemeriahannya tetap terasa. Apa yang penting perancangan awal dan menabung bagi tujuan itu.
Kaedah merancang awal memang disarankan Rozalawati Ngah, 38, yang memulakan perniagaan kek sejak Mac 2009. Membuat kek dan biskut secara sambilan, Rozalawati sebenarnya mempunyai kerjaya tetap sebagai pengurus. "Rancang majlis ulang tahun hari lahir anak sekurang-kurangnya perlukan dua bulan lebih awal. Dari situ kita sudah tetapkan tarikh, masa dan bilangan tetamu. Begitu juga lokasi majlis yang sesuai dengan bilangan tetamu. Tema parti dan dekorasi juga penting dan jadi lebih menyeronokkan sekiranya empunya diri diajak berbincang kerana dari situ kita dapat tahu apa yang kanak-kanak mahu," katanya.

Kata Rozalawati, perancangan awal termasuk memilih kek dan menu. "Tanya anak bagaimana kek yang mereka mahu dan dari situ kita boleh sama-sama membuat bajet. Tentu saja kata putus daripada ibu bapa yang mengeluarkan wang. Menu makanan pula bergantung kepada siapa tetamu kita. "Jika menjemput ibu bapa sekali, mungkin kena sediakan makanan untuk orang dewasa. Cuma, makanan untuk majlis itu biarlah yang ringkas dan sederhana saja," katanya.

Lagi menyeronokkan anak kita sekiranya kad jemputan pun dibuat. "Kad jemputan elok dihantar sebulan sebelum majlis. Ini memudahkan tetamu merancang aktiviti mereka. Seeloknya kad jemputan dibuat sendiri, yang ringkas-ringkas saja, tetapi comel," katanya.

cara-cara nak matikan copy diblogger

salam u all.. .dari permintaan seorang rakan cara-cara buat halaman blogger disable copy..okeh,mungkin tutorial ni sudah ramai yang tahu..tapi masih tercari..hari ni saya nak berkongsi sedikit nak jadikan halaman blogger korang terlindung dari copy..okey ikut step dibawah...

1,buka akaun blogger anda,masuk ..

2,pergi kew design/page elemen/click add a gadget/html javascript.

3,salin code html bawah ni..dan paste di html javascript anda..



<script language="JavaScript">
<!--
var message="Function Disabled!";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>

4,dah siap..anda tekan save..dan siap..

(sebab ape saya tak pakai code ni dihalaman blogger saya,kalau saya pakai..mcm mana korang sume nak copy code tutorial kat blogger saya.) :p Credit!!

Cara Membuat Label dan Manage Label pada Blog

Hari ni aku mendapat 1 message dalam Facebook aku dari seorang rakan.. Hehe, die bertanyakan soalan macam mana nak buat label untuk setiap post yang die dah buat.. So, post kali ni nak ajar cara basic nak buat label pada post anda.

Label ni berfungsi seperti kategori bagi stiap post yang anda tulis.. Ia sangat penting supaya pembaca dapat focus pada satu-satu perkara yang die minat nak baca..so takder lah kene bukak old post yang tak berkaitan untuk dibaca.. Cara nye mudah dah simple, tapi penting..


Step 1 
Macam biasa login blog korang > pergi kat Design > Add a Gadget (pilih dekat bahagian sidebar) > Pilih Label macam yang ditunjukan seperti gambar dibawah dan setting mengikut citarasa korang.

Pilih Label

Setting/Configuration korang punya Label Gadget

Ok, sekarang korang dah berjaya letak Label Gadget dekat blog korang.. step seterusnya..


Step 3
Login blog korang > mcm biasa tulis tajuk post anda dan start tulis ape yg korang nak tulis..

Step 4
dah siap, label kan dia dalam kategori ape kat dalam kotak di bawah belah kanan macam yang ditunjukan seperti gambar kat bawah ni then Publish post.. Siap!


Ni adalah cara basic, sesuai bagi yang baru membuat blog.. Bagi yang dah lama buat blog, dan ada berpuluh atau beratus Post, tentu memenatkan nak m'edit dan m'label satu-satu post tu.. So, untuk advance sikit, boleh la ambil step ni..


Pergi dekat Posting > Edit post > dekat sini korang boleh tick je mana2 post yang korang nak > pastu pergi dekat Label Action > pilih label yang korang pernah buat atau buat Label baru dengan pilih New Label. Kalau nak buang label, pergi dekat Label Action jugak, dan pilih remove label. Ok.. Harap membantu.. ;D


Tips : Kalau boleh elak kan daripada mempunyai Label yang terlalu banyak, biarlah label anda secara 'General' yang merangkumi skop tajuk yang luas. Ini bukan sahaja memudahkan para pembaca, malah boleh menjimatkan ruang sekiranya anda mahu membuat Menu Bar pada blog anda.. Gud Luck!

cara-cara nak letak menu bar di blogger

Salam u all.. sepanjang cuit ni saya sibuk sikit dengan peperiksaan,,oke lah hari ni saya nak tunjukkan cara nak buat menu bar diblogger dari permintaan seorang rakan..mcm yang anda lihat di gambar diatas adalah contoh menu bar yang akan saya terangkan..tutorial ini amat mudah..

1,buka akuan blogger anda,

2,pergi ke add a gadjet(pastikan kord yang saya ber diletak dibawah header)/html java script.

3,salin semua kord dibawah.

<style>
#container {
width: 100%;
margin: 0px 0px;
padding: 0px 0px 40px 10px;
}

ul, li {
margin: 0; padding: 0;
}

#blob {
border-right: 1px solid #0059ec;
border-left: 1px solid #0059ec;
position: absolute;
top: 0;
z-index : 1;
background: #0b2b61;
background: -moz-linear-gradient(top, #0b2b61, #1153c0);
background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#0b2b61), to(#1153c0));
-moz-border-radius: 4px;
-webkit-border-radius: 4px;
-moz-box-shadow: 2px 3px 5px #011331;
-webkit-box-shadow: 2px 3px 5px #011331;
}

#lava-lamp {
background: #32312E;
float: left;
border: 1px solid #BDBCBA;
margin: 0px 0px 15px;
padding: 5px 10px 10px 0px;
}

#lava-lamp li {
float: left;
list-style: none;
border-right: 1px solid #4a4a4a;
border-left: 0px solid #4a4a4a;
}

#lava-lamp li a {
color: #DDDCD8;
text-shadow: 0 0px 1px #81807B;
position: relative;
z-index: 2;
float: left;
font-size: 13px;
font-family: arial, sans-serif;
font-weight: bold;
text-decoration: none;
padding: 0px 20px;
}
</style>

<div id="container">

<ul id="lava-lamp">
<li id="selected"><a href="http://aerol-rianbow.blogspot.com/">Home</a></li>
<li><a href="http://twitter.com/how_to_be_famou">Twitter</a></li>
<li><a href="http://tip-tipberguna.blogspot.com/">Blogger Tip Menarik</a></li>
<li><a href="http://www.myspace.com/aerol-plane">myspace</a></li>
<li><a href="http://penjualanemailspider.blogspot.com/">software terbaik dunia</a></li>
<li><a href="http://www.facebook.com/profile.php?id=1329582786">Find to Facebook</a></li>
</ul>

</div>

<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jqueryui/1.7.2/jquery-ui.min.js"></script>

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.spasticNav.js"></script>

<script type="text/javascript">
$('#lava-lamp').spasticNav();
</script>





4.pergi ke add a gadjet/html script dan paste kord di bawah header..

Peringatan........ tulisan yang bewarna biru tu korang gantikan dengan url korang dan yang warna merah tu korang letak ape yang korang nak paparkan di menu bar nanti... pastikan url korang bersesuian dengan perkataan yang korang letak contoh 'find me on facebook,pastikan korang letak url facebook korang di perkataan find me on facebook itu tadi'...
selain tu korang boleh adjust warna dan saiz menu bar korang..
okeh..
kalau anda tak faham,sila beri respon..saya akan bantu.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...