Saturday, May 14, 2011

Earning Pertama Dari Nuffnang Grapevine

Salam semua,
Perggg macam ketagih pulak sehari tak update entri ni dek gara-gara pihak blogspot buat maintenance 2 hari ni.. mana tidaknya rata-rata semua blog kekal dengan entri 2 hari lepas je.
Oklah aku nak kongsi sikit cerita pasal Nuffnang Grapevine, entri sebelum ni aku pernah cerita pasal “ Jana Pendapatan Baru Dari Nuffnang Grapevine ” yang mana aku sendiri pon tak faham masa tu apa fungsi   Nuffnang Grapevine ni.. tapi setelah aku cuba selongkar hari ini.. akhirnya aku jumpa dah cara macam mana nak jana pendapatan dari Nuffnang Grapevine ni
Nuffnang Grapevine campaign 1
Langkah yang perlu korang buat untuk jana pendapatan ni adalah :
-   Masuk ke dalam Nuffnang Grapevine atau bila mana korang ternampak iklan seperti diatas
- Klik mana-mana platform yang korang suka untuk promotekan kempen tersebut seperti facebook, twitter, msn, email.
-  Jika ingin menggunakan platform selain dari yang 4 diatas korang boleh klik pada SHARE untuk menyalin link yang akan diberikan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan korang semua.
Bagaimana pula untuk menebus hasil pendapatan korang?
-  Caranya mudah dengan hanya memasukkan email didalam ruangan “Enter Email” dan pendapatan boleh disemak didalam akaun Churp-Churp korang pada bahagian “Grapevine [history]” seperti dibawah.
- Jika korang belum daftar dengan ChurpChurp korang boleh Daftar Sekarang
Nuffnang Grapevine earning
Jika kempen yang disebarkan kepada rakan-rakan korang tadi tu berjaya mendapat Unik klik maka hasil Unik klik akan dikreditkan terus dalam akaun ChurpChurp seperti dibawah ini.
Campaing 
Grapevine
Tapi korang kena ingat jangan cuba melakukan penipuan klik dan setiap unik klik kempen iklan tersebut ini kerana kempen tersebut dipantau oleh pihak admin ChurpChurp & Nuffnang.
** Korang kena ingat tiada jalan mudah untuk menjana pendapatan samping kecuali dengan usaha sendiri.. Rezeki takkan datang bergolek jika tidak dicari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...