Saturday, February 19, 2011

Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?

Ujian Cinta

Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.

Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.

Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan :)

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5.  Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

Tips Cinta Hubungan Jarak Jauh


Hi Pencinta sekalian.

pada posting kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga hubungan jarak jauh agar terus berkekalan malah lebih hebat daripada keadaan sekarang.
Sebagaimana yang kita tahu, cinta antara dua insan hendaklah mempunyai penghubung atau ‘connector’ yang menyambung kedua-dua hati mereka.

Jadi persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh?

Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu :)
Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.

1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.


Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.
Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya :) )

2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.


Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).
Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.

3) Beri kejutan kepada pasangan anda

 
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.

Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya :) )

Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.

Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta ringkas pada posting kali ini.
Ingat, jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.

Semoga Berjaya. Jumpa lagi ….
Sang Pencinta Unik,

Rahsia landskap menawan


1. Sepadukan antara binaan dan taman
Apabila membina landskap, perancangan hendaklah mengambil kira penyepaduan sebarang binaan dan taman dari segi bentuk, skala, warna dan bahan.


2. Pertimbangan saiz pokok apabila matang


Perlu mengambil kira saiz pokok atau tumbuhan terutamatumbuhan yang boleh membesar untuk melindungi tingkap, balkoni, pendawaian elektrik, atau pemandangan.


3. Kos pembinaan landskap

Kira dan tetapkan harga setiap bahan dan kos luar jangka.

Pastikan ia mengikut bajet kewangan anda.


4. Bina lorong laluan yang luas

Bina lorong laluan sekurang-kurangnya satu meter supaya orang dewasa boleh berjalan beriringan.

Lebihkan ruang untuk tumbuhan yang rendang.

Sediakan ruang untuk meletakkan bangku di sepanjang lorong jika taman luas.


5. Buat lengkungan

Bentuk lengkungan dan bentuk bebas dapat menarik perhatian.

Menjadi amalan kebiasaan menanam pokok tinggi di belakang dan yang rendah di hadapan.


6. Gambarkan taman secara keseluruhan

Rancang pembinaan landskap secara keseluruhan walaupun kita hanya membina sebahagian saja pada satu-satu masa.

Tanpa pelan keseluruhan, bahagian tertentu tidak nampak bersepadu.


7. Bina jalan masuk

Landskap bermula di tapak kediaman atau bangunan bukan di kawasan kediaman.

Binaan elemen seperti pintu pagar, tempat yang redup, pagar kecil, pagar tumbuhan atau sempadan taman untuk membentuk jalan masuk dari hadapan atau sisi halaman amat penting.


8. Pilih tumbuhan yang betul

Pilih tumbuhan taman yang sesuai dengan suhu dan cuaca, keamatan cahaya matahari dan teduhan, jenis tanah dan kelembapan. Wang dan masa dapat dijimatkan, tumbuhan hidup segar, kurang memerlukan perhatian dapat mengelakkan ia tidak subur dan mati.


9. Keserasian antara sayur-sayuran dan tumbuhan lain

Tidak perlu kebun sayur berasingan.

Lebih menarik jika ada penggabungan tanaman sayur-sayuran dan tumbuhan landskap termasuk yang berbunga dalam satu kelompok di tengah kawasan landskap atau laman.


10. Beri pencahayaan kepada taman

Kita tidak perlu tergesa-gesa ke taman sebelum matahari terbenam untuk menikmati keindahan landskap.

Berikan pencahayaan untuk keselamatan dan keseronokan pada ketika malam.
Beri pencahayaan pada patio, dek, lorong, kolam dan kawasan lain.

Cara Nak Tukar Background image dengan ADD HTML


Harap aku sendiri suka tengok bekground baru ni. Ada warna faveret aku. Huee... Ada beberapa bakcground kesukaan lagi antara kaler hitam. Tapi, bila aku test kat blog, jiwa tak teruja pulak dah. Apa kena ni?

Sapa yang nak tukar background tu boleh lawat kat sini - PICIT

Design dia sangat cute. Kalau korang tak suka, better buat sendiri la kan. Tapi bagi yang berkenaan, senang aje cara nak upload background tu dalam blog korang. Bonus, orang tu siapkan header sekali. Korang just kena edit je ikut kesukaan.


Cara-cara:

  • Pilih satu bakcground then copy html dia kat sebelah tu.
  • dah bukak Dashboard kan? BUkan dashboard keta tu aa. Dashboard blog tau. Then, klik DESIGN.
     
  •  Pastu, klik Page Element. Then, klik ADD GADGET dan sila pilih ADD HTML.
     
  • Paste kan code html yang dicopy ke dalam kotak ADD HTML tu. Then, SAVE.
     
  • Cuba refresh blog. Tengok jadi apa.


Kalau cam huduh sikit rupanya... harus diingatkan bahawa:

  • Kalau pakai BLOGGER TEMPLATE Design, kod ni ngam untuk template bernama Picture Window (blue), Awesome Inc atau Travel. Yang lain , tak ngam. 
  • Kalau masih pakai OLD BLOGGER TEMPLATE, pakai MINIMA White.
  • Clearkan sebarang kod html background lain. Nanti clash ngan kod baru pulak. Dah jadi kilometer kalala pulak bahasa html dia kang, pastu kuar la gambo ntah pape.
  • Sila bukak mata beso-beso sikit, tengok background untuk 2 column ke 3 column. Ejas ikut layout yg anda suka. Kalau yang 2 column punya layout takleh la pakai bakcground 3 column. Tak match. Sila sedar diri semasa mencantikkan blog anda. 
  • Korang boleh ejas tulisan dan segala ape pun kat bahagian template designer tu. Nak tukar tulisan, kaler tulisan apa segala, klik ADVANCE. 

Cara ni lebih senang dari download the whole template then upload masuk blog korang. Selalunya nanti akan effect Nuffnang. Pastu, takleh edit ikut cara kita. MENYAMPAH! Kalau pakai cara yang aku ajar kat atas tu, korang dah takyah setting Nuffnang balik, dia memang ada je kat situ. 
Untuk Header

  •  Klik gambo header tu dan SAVE.
  • Bukak le PAINT atau Photoscape, edit gambo ikut suka.
  • Size header untuk 2 column ialah 660px manakala saiz header untuk 3 column ialah 940px. Selalu kalu photoscape dia dah otometik set dah kalau ko taruk 660 nanti tingginya dia ejas snri.
  • Pastu habih suma, klik SAVE.
  • Pi kat DASHBOARD blog, klik DESIGN - PAGE ELEMENT then klik Header kat atas tu.
  • Upload gambo kat situ dengan mengklik BROWSE dahulu diikuti dengan search file yang ada save gambo header tadi.
  • Pastu, dah kuar gambo , save ek. 
  • Cube tgk jadi tak.

Kalau tak jadi, sila kontek aku di ruangan komen. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...