Monday, May 2, 2011

LATEST---> Simpack x2 dan kolony celcom..!!!!!!!

Mula-mula nak cerita pasal simpack baru dari celcom, kadar dia amat berbaloi-baloi hanya 28sen untuk 10minit. Tapi kalau call 2 saat pun kira 28sen juga la. Macam mana pun masih boleh dikatakan murah dan jimat, mana taknya dulu celcom hanya ada 8kenalan/15kenalan atau teman 20 untuk mendapat kadar sms 1sen. Tapi dengan simpack X2 sms ke semua nombor celcom adalah 1 sen sahaja dan 5sen ke nombor lain, takpayah penat2 register senarai nombor dalam kenalan.

Tapi bagaimana pula yang guna PLAN lama, rugila..jangan risau anda boleh tukar ke plan baru ini dengan menghantar sms MIG X2 ke 28882, rm5 akan ditolak dari akaun anda.

Hadiah harijadi? Maaf untuk plan ini tiada hadiah harijadi. Fikir-fikir balik masa dapat hadiah harijadi call percuma ke senarai no rakan, tak pernah buat call pun, tiada yang perlu diwaktu berkenaan. So lebih jimat ambil penjimatan hari-hari.

Tambah pula ada KOLONY fuhh.


Untuk daftar Kolony

Taip Kolony (nickname) hantar ke 25333. Gantikan nickname tu dengan nama kegemaran anda seperti tenuk ke, cipan ke atau apa-apa aje lah. Dah daftar dapat 500 koinz percuma.

Apa yang bestnya? anda boleh menghantar sms ke semua senarai kawan anda yang telah di ADD hanya dengan 10koinz sahaja (macam tulis di wall facebook). Kalau ada 100 kenalan pun hanya dengan 10 koinz. Tapi anda perlu ADD mereka dahulu. Contoh hantar sms ke semua taip kbomm Jemputan ke kenduri kahwin nenek aku pada hari esok. hantar ke 25333. Jadi semua dalam "friend list" anda akan terimanya serentak.

Lain-lain arahan untuk Kolony seperti dibawah.


Macam mana nak tambah Koinz ? Kepada Pengguna simpack x2, sekali hingga 5 kali call keluar sehari anda akan dapat 10 koinz. 6 atau lebih call sehari anda akan dapat 20koinz.

Bagaimana dengan pengguna simpack PLAN lain, apa yang boleh anda lakukan

1. Tukar plan ke X2 caranya taip MIG X2 hantar ke 28882, rm5 akan dikenakan.

ATAU

2. Beli koinz . 10koinz = RM0.30 / 50 koinz = RM1.50 / 100koinz = RM3.00

ATAU

Bodek member yang ada koinz banyak, coz Koinz boleh dipindah milik/transfer

Adik abang ini  KOLONY ye bukan KRONI..wakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...