Saturday, April 30, 2011

PERCUMA : Trik Matematik yang amat menakjubkan untuk jadi Genius Matematik



Samada anda pelajar sekolah rendah, menengah, kolej, universiti mahupun yang telah bekerja dan sesiapa sahaja, saya pasti, sehingga hari ini anda tidak pernah didedahkan mengenai beberapa teknik menyelesaikan operasi matematik dengan mudah dan SUPER pantas !

Cuba anda bayangkan…

Alangkah bagusnya jika anda mahupun anak-anak anda mampu menyelesaikan suatu masalah matematik jauh lebih pantas dari rakan-rakan anda dan guru matematik itu sendiri ! :)

Jika mereka mengambil masa 1 minit untuk menyelesaikan satu soalan.. Anda hanya perlukan 5 saat !

GENIUS ! Tidakkah anda merasa bangga dengan diri anda ? kerana anda jauh lebih baik daripada mereka !

Ia tidak mustahil…. dengan teknik-teknik rahsia yang berusia 3000 tahun ini.
Ya ! Teknik yang berusia 3000 tahun dahulu yang diambil dari sebuah kitab india yang bernama ‘VEDA’.

Ianya adalah teknik GENIUS dalam menyelesaikan masalah matematik !
3 teknik didedahkan secara eksklusif untuk anda, disediakan dalam format ( PDF & Power Point beranimasi ) untuk memudahkan anda memahami dan mempelajari teknik-teknik ini.

Muat turun 3 teknik ini dibawah ini secara percuma!!!! :
Ilmu matematik yang amat menakjubkan !

Gobek Sirih



Kau orang tahu tak aper dia 'gobek'.Bagi yang sudah tau tu baguslah tapi bagi y6ang tak pulak biarlah aku ceritakan serba sedikit tentang hal gobek ni. 

Dulu-dulu mana ada klinik tempat buat gigi palsu kan? Jadi Gobek inilah yang membantu tok nenek kitadulu-dulu untuk makan sirih.Caranya tok nenek kita menggunakannya senang jer.tok nenek kita ni ambil sirih bubuh sedikit kapor..tapi kapor sirih tau bukan kapor kasut atau kapor barus nanti meninggal lak mereka naya jer.Lepas tu dia org bubuh sedikit gabir dan pinang.Kekadang tu mereka bubuh jugak sedikit tembakau nak bagi kick sikit baru ada umph..Kemudian dia orang lipat dan masukkan kedalam gobek tadi.Dan bermulalah activiti menumbuk sirih didalam gobek tadi,sampailalah lumat.bila sudah lumatBila dah lumat.Dia orang punjoloklah dari sebelah bawah bontut gobek itu.Bila dah keluar isinya barulah dia orang cekek isisnya. 

Jadi bila aku citer pasal gobek ni aku teringat satu kisah lucu yang pernah aku dengar benar2 terjadi dalam tahun enam puluhan dahulu. 

Masa aku mula mula masuk kejer dulu dan sedang aku meninjau-ninjau di tempat kerja aku yanmg baru itu.Aku terpandang satu tempat tukang besi yang sudah tidak dugunakan lagi.Dalam aku tertinjau tinjau itu datang lah seorang pekerja s 
yang senior bekerja di tempat itu lalu bercerita kepada aku tentang seorang tukang besi yang sudah bersara. 

Ceritanya begini,ditempat itu dulu ada seorang India tua bekerja sebagai tukang besi.Giginya pun sudah tak ada.yang tinggal hanya beberapa btg sahaja.Tiap tiap hari selepas menghidupkan apai dan membakar besi dia pun duduk relek sekejap.Sementara menunggu besi yang di bakarnya itu panas dia pun mengambil gobek yang diletakkannya diatas almari tempat dia bekerja itu.Dan dia pun mulalah menggobek sirehnya untuk dimakan.Tapi tempat dia menyimpan gobeknya itu tidak seorang pun tahu.Kata pekerja itu lagi kawannya sangat suka menyakat india tua itu. 

Entah macam mana dalam banyak-banyak pekerja itu adalah seorang pekerja yang nakal sikit.Suatu hari pekerja itu telah mengendap hendak menengok di mana india tua itu menyimpan gobeknya.Ngendap punya ngendap akhirnya dia tahu jugak tempat.Jadi pada suatu petangsemasa pekerja india tua itu tidak ada di tempat kerjenya,apa lagi dia pun tak lepas peluangla.Dalam diam diam dia mengambil gobek itu.Kemudian dia mengambil sesuatu dam memasukkan benda itu kedalam gobek tadi..Lalu dia pun mulalah menggobobe.Selepas menggobek dia pun meletakkan gobek itu ketempat asalnya semula dan dia pun belah dari situ tanp[a mengambil isi yang berada didalam gobek itu tadi. 

Pada keesokkan harinya,India tua itu pun memulakan kerjanya seperti hari hari biasa.Selepas meghidupkan api dan membakar besi.India tua itupun mengambil gobeknya,lalu mulalah dia mengobek. Kelengkaaang...! Kelengkuuuug..!! Kelengkang...!!!Kelengkuuung.begitulah bunyi gobekkan sirih nya itu.Setelah sirih itu lumat,india tua itu pun mengeluarkan isinya dan dengan penuh bernafsu terus sahaja di masuk kan kedalam mulutnya.Baru sahaja beberapa saat dia memamah sirit itu tiba tiba matanya terbeliak.Nafasnya terhembus-hembus.Lama kelamaan india tua itu sudah tak tertahan lagi....lalu dia pun terlompat lompat macam kera kena sengat lebah sambil menjerit jerit tak ketahuan. 

Ammaaa...! Appaaa...!! Ammaaa...!!! Appaaaa...!!!! jerit india tua itu beberapa kali sambil terus berlari lari mencari air. Entah berapa liter dia minum air siapa pun tak tahu.Dan bila dia balik semula ke tempat kerjanya mulutnya merah dan begkak sambil tercungap cungap...Kesihan india tu.. 

Aku pun heran jugak kenapa,apa yang dia orang dah bubuh dalam gobek india tua itu???.Engkau orang semua tentu nak tahu kan...Rupa rupanya pekerja semalam tu dah bubuh sepuluh biji cili api kedalam gobek india tua itu. 

Dan mula saat itu india tua itu tidak pernah lagi meletakkan gobeknya di atas almari di tempat dia bekerja.Malah dia terus sahaj menyimpankannya kedalam almari. 

Kau orang tau tak sampai dia pencen dia tak tahu siapa yang memasukkan cili api itu ke dalam gobeknya. 

Aku harap jangan lah pulak kau orang buat pekejaan yang cam itu.,berdosa tau,tak baik.Ok lah geng aku pun nak pergi gobek sirih ni.Aku pun bukan ada gigi lagi.Geraham pun dah tak ada...He...! He...!! He...!!!. Arioussss 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...