Monday, September 14, 2015

Cerpen : I H.a.t.e You


Aku bergegas mendapatkan buah hatiku itu, aku memang merinduinya, walaupun percintaan baru setahun jagung tapi aku benar-benar menyayanginya dan begitu juga dia. Aku bahagia sekali disampingnya, dia begitu mengambil berat tentangku dan sentiasa membahagiakanku. Aku menghabiskan sehari bersamanya, bahagianya aku rasa. Semoga percintaan kami kekal hingga ke jinjang pelamin, itu impianku.

“Tiya, Iz janji akan bahagiakan Tiya selamanya, Iz sayangkan Tiya”

“Iz belum pernah ada lelaki yang sayangkan Tiya sebelum nie, Iz lelaki pertama dalam hidup Tiya, Tiya pun akan sayangkan Iz selagi hayat Tiya masih ada, cinta Tiya hanya untuk Iz seorang”

“Terima kasih sayang, love you”

Aku masih setia duduk menanti kedatangan Iz, katanya dalam 15 minit lagi dia sampai, aku sangat gembira apabila dia menawarkan diri untuk menghantarku pulang ke kampus, telah aku tolak berkali-kali, namun dia masih juga berkeras menemaniku pulang ke kampus walaupun aku yang degil untuk menaiki bas, bukan apa… aku cuba untuk mengelak menaiki keretanya berdua-duaan kerana masih tiada ikatan sah antara kami.

“Sorry sayang, stuck sikit dengan kerja tadi”

“Takpe, lagipun bas kejap lagi bertolak”

Dia tersenyum memandangku dan mengambil tempat disebelahku. Sepanjang perjalanan aku hanya berbual-bual dengannya, Iz begitu minat melayani setiap butir bicaraku, dia juga dengan kata-kata romantisnya amat membahagiakan hatiku. Jam menunjukkan pukul 11 pagi, sudah 4 jam perjalanan, mataku mula kantuk kerana ubat tahan mabuk yang aku minum tadi. Aku melentokkan kepala di bahunya, selesa dan bahagia rasanya, perlahan-lahan aku dapat merasakan yang dia juga turut menyandarkan kepalanya di kepalaku. Wahhh…bahagianya.

Iz…mana Iz…aku tercari-cari kelibat lelaki itu, tapi tiada dimana-mana, seluruh bas kosong dan aku baru menyedari bas berhenti untuk penumpang-penumpang makan tengahari dan menunaikan solat zohor, pada firasatku Iz mungkin pergi bersolat dan membelikan sesuatu untuk aku, tetapi melencong sama sekali, aku masih tidak melihat bayang Iz, aku semakin risau, mencari dan terus mencari walaupun tempat itu asing bagiku. Semakin jauh aku melangkah, jam sudah menunjuk angka 1 petang, bila aku kembali, kosong! Bas sudah pun bertolak meninggalkan aku sendirian di tempat asing itu, hatiku menangis, dimanakah Iz, ya Allah tolonglah aku. Aku tidak tahu harus ke mana. Tiba-tiba aku dihadapanku, aku melihat seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an terjatuh bersama barang-barang yang dibawanya, aku pantas mendapatkan wanita itu dan menolongnya.

“Makcik tak apa-apa?”

“Makcik tak apa-apa nak, terima kasih”

“Tapi kaki makcik luka tu, biar saya tolong, rumah makcik kat mana, saya tolong hantar ya”

“Terima kasih nak, rumah makcik tak jauh daripada sini”

“Saya hantarkan ya, mari makcik”

Dalam 20 minit akhirnya sampai ke rumah makcik tu, aku mendudukkan makcik tu di kerusi beranda rumahnya, rumahnya sangat cantik walaupun nampak sederhana.

“Terima kasih ya nak, anak ni baru pindah ye, rumah kat mana?”

“Hmm…sebenarnya saya bukan pindah sini makcik, saya dalam perjalanan nak pulang ke kampus, tapi saya tertinggal bas tadi, saya tak tahu langsung tempat nie”

“Oh, anak nak pergi mana lepas nie?”

“Saya nak cari tempat bermalam. Makcik, ada hotel atau rumah tumpang tak dekat-dekat sini?”

“Tinggal je dengan makcik malam nie, kat sini mana ada hotel nak, ni kampung kecil je”

“Hurmm…boleh ke, saya takut menyusahkan makcik”

“Eh, anak kan dah tolong makcik tadi, tinggal je kat sini, erm…sapa nama anak nie?”

“Tiya makcik, Tiya Qyara”

“Panggil makcik Umi je, semua orang kampung panggil macam tu, mari masuk”

Sudah masuk tiga hari aku dirumah Umi, disebabkan permintaan Iman dan Rayyan aku tak sampai hati pulang pada hari yang sudah aku rancang. Nur Iman dan Rayyan merupakan anak kedua dan anak bongsu Umi, Iman sedang menuntut dalam tingkatan 4 dan Rayyan baru darjah 3, dan abang sulung mereka Hakim tidak bersama mereka kerana menuntut di universiti. Tiga hari yang aku luangkan bersama keluarga Umi sangat bermakna buatku, Umi seorang yang sangat penyayang, dan gelagat Iman dan Rayyan sangat mencuti hatiku, inilah pertama kali aku merasakan sebuah keluarga, kerana aku anak tunggal dan ibu ayahku sudah tidak mempedulikan aku lagi.

“Umi, Tiya terpaksa balik esok, sebab lusa kuliah dah start”

“Alaa… akak nanti la, Iman takde teman dah nanti”

“Akak nanti sape nak ajarkan Ayyan matematik, Angah tu bukannya pandai pun”

“Amboi, sedapnya mulut Ucu mengata Angah, meh sini biar Angah cili mulut tu”

“Dah…dah… kalau nak gaduh pergi luar, bukannya nak tolong Umi memasak. Hmm… kalau dah macam tu Umi tak boleh halang Tiya, Tiya kena balik, tapi Tiya kena janji cuti semester depan mesti datang rumah Umi tau”

“Kak Tiya mesti call Ayyan selalu tau”

“Aik, Ucu nie kenape pulak kena call selalu’

“Mestilah Umi, Ucu kan sekarang dah jadi boyfriend Kak Tiya, mestilah kena rajin call”

“Amboi, budak sorang nie, hingus pun meleleh lagi ada hati nak jadi boyfriend Kak Tiya”

“Betul Umi, Angah setuju, tengok tu haa, meleleh…yuck…!

Terus sahaja adegan kejar mengejar berlangsung di dapur Umi, memang itu lah kebiasaan mereka setiap hari, aku sangat cemburukan keluarga ini, walaupun tanpa seorang ayah dan suami, tetapi hidup mereka tidak kekurangan, kaya dengan kasih sayang dan aku bersyukur aku dapat peluang untuk berkongsi kasih itu walau sementara. Aku melambaikan tangan untuk yang terakhir kalinya, dari cermin tingkap bas aku masih melihat wajah manis Umi, Iman, dan Rayyan. Pemergianku diiringi dengan senyuman mereka, mereka tidak menangis pun seperti kebiasaan orang, jauh disudut hatiku, kupanjatkan syukur yang tak terhingga kerana aku dipertemukan dengan insan-insan itu.

Iz…ya itu Iz, siapa bersamanya? Aku yang sudah meletakkan punggung di atas kerusi bas cepat-cepat turun semula untuk memastikan kesahihan drama dihadapanku ini.

“Iz…” panggilku perlahan.

“Tiya!”

“Tiya?? This is Tiya han? Hello Tiya I’m Carina call me Carin”

“Iz…” Aku masih tidak percaya apa yang aku lihat.

“Oh, poor Tiya please don’t be upset I know Iz pernah cakap dia cintakan you, but I know him, he only loves me. Well Iz nie memang macam tu suka gurau, you jangan ambik hati ye. I tinggalkan dia kejap because I have to go England for shooting, so dia sunyi kot…”

“Gurau…?? Iz semua gurauan…?? Good joke Iz, thanks for everything, you teach me how to love along with the pain also”

Iz masih tercengang melihat kehadiranku di situ, namun tiada ucapan yang terbit dari mulutnya, hanya wanita bernama Carina itu sahaja yang bersuara. Cepat-cepat aku meninggalkan tempat itu, tidak sanggup lagi aku melihat wajah itu. Gurauan… ya Allah adakah cinta ikhlas yang aku beri, baginya hanya gurauan semata-mata. Hatiku bagai di toreh dengan pisau tajam, sakitnya hanya Tuhan yang tahu, ya Allah beri aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu ini. Bas yang aku naiki di perhentian dimana berlakunya drama sebabak tadi akhirnya memasuki gerbang kampusku, syukur pada Illahi akhirnya aku sampai dengan selamat.

“Bee, dah siap belum, cepatlah nanti kita terlepas bas pulak”

“Kejap la Ara, kau nie aku nak make up cikit pun tak boleh, tak lari kemananya bagasi kau tu bukannya ada kaki pun”

“Memanglah tak ada kaki Bee, tapi kau nak jalan kaki ke kalau kita tertinggal bas, lagipun minggu depan kau nak suruh aku bogel ke pergi kelas?”

“Ye lah macam mak nenek lah kau nie, membebel jer”

“Eh, tebuan seekor nie, aku baling jugak kang, dah jomlah”

Sedang aku berjalan ke pondok bas melalui padang tiba-tiba…

Buk!!

“Adoi…! Kurang asam gelugur betul punya bola”

“Ops…sorry, baling bola tu balik”

Hamboi sedapnya bahasa abang ragbi seekor nie, siap boleh jerit dari jauh, kedudukan otak aku macam dah tak stabil dek tendangannya tadi. Ragbi pun pakai tendang ker? Soalku dalam hati. Boleh dia minta maaf macam tu, dari jauh, dah lah muka macam tak siap, tak tanya pun aku okay ker tak. Tanpa mempedulikan katanya aku terus baling bola tu ke dalam longkang yang berdekatan biar dia rasa. Aku melihat wajah si abang ragbi tu mula bengang dengan tindakanku siapa suruh tak beradab langsung, malas aku hendak lama-lama di situ, aku dengan Bee pun cepat-cepat mengatur langkah. Belum sempat kami menapak abang ragbi tak siap tu menuju ke arah kami.

“Hoi cik adik, sewel ke ape…!”

“Awak panggil saye ke?”

“Dah tu sape lagi, boleh awak buang bola tu macam tu jer, bukannya sengaja tertendang ke arah awak pun, saya kan dah cakap sorry tadi”

“Lain kali kalau da tak sengaja tu beradab la sikit, biar datang dekat-dekat minta maaf dengan ikhlas, tanye okey ker tak. Nie main jerit-jerit dari jauh je, ingat saye nie tiang eletrik ke ape” tempelakku.

“What the…”

“Have a nice game, bye”

Badanku aku hempaskan ke katil, penat betul aku hari ini, dah la kepala aku masih sakit dek penangan bola rabgi tu tadi, geram betul kat abang ragbi kerek tu, tapi puas hatiku meninggalkan dia tadi tanpa sempat menghabiskan ayatnya “What the…” Aku tersenyum puas. Aku masih berkira-kira untuk mengikuti study camp yang dianjurkan oleh MPP selama seminggu bermula Ahad ini. Aku sememangnya malas hendak meenyertai camp sebegini, tapi desakan Bee tak mampu kutolak untuk yang kesekian kali ini, kasihan pula dia. Arghh… terpaksa lah kali ini demi Bee sahabatku yang satu itu. Rindu pula pada Umi, Iman, dan Rayyan aku lantas mendail nombor telefon rumah Umi.

“Semua peserta boleh mendirikan khemah masing-masing, sebelah kiri untuk perempuan dan kanan untuk lelaki, dan pastikan khemah setiap kumpulan selari antara ahli lelaki dan perempuan supaya mudah untuk kami membezakan kumpulan anda semua. Row yang pertama adalah untuk kumpulan 1, dan diikuti kumpulan 2, dan seterusnya…”

Panjang lebar pengarah program itu member arahan, aku dengan Bee sudah letih kaki berdiri. Akhirnya berakhir juga ucapan tak rasmi beliau, kami terus memulakan kerja-kerja mendirikan khemah, sekejap-sekejap si abg ragbi menjeling ke arahku, aku pun tak tahu apa maksud jelingannya itu, mungkinkah masih tidak puas hati dengan insiden bola tempoh hari. Arghh… kenapalah boleh satu kumpulan pulak dengan dia, macam mana kami hendak berkomunikasi agaknya, aku pasrah je lah, wait and see apa yang bakal terjadi selepas ini.

“Bee cepatlah aku takut nie”

“Kau nie penakut betul lah, kejap la tali kasut aku nie haa”

“Diorang da jauh tu Bee”

“Hoi, cepat sikit boleh tak, kita kejar masa nie”

“Eishh, tak reti nak bersabar abang ragbi ni lah, dah lah muka tak siap”

“Okay sekarang kita berpecah, Azam, Mida, dan Fakrul pergi arah kiri, Bee dan Ara ikut aku, semua hati-hati memandangkan keadaan sangat gelap malam nie okay, dan cari clue tu sampai dapat, kita jumpa sejam dari sekarang di sini, gerak sekarang”

Hadoi kenapa pulak la aku kena ikut dia, malas la mcm nie, dah la aku takut malam-malam begini, kalau dengan Azam atau Fakrul boleh jugak aku berpaut, takkan la nak berpaut pada abang ragbi kerek nie, tak kuasa aku. Sepanjang perjalanan mencari clue yang terakhir untuk kembara malam itu aku hanya di sisi Bee memaut lengannya, aku sememangnya takut pada gelap, kalau diamati objek-objek dalam kegelapan tu, boleh terbentuk macam-macam lembaga menyeramkan.

“Kalau korang asyik berkepit je macam tu, sampai besok pagi pun clue tu tak jumpa, sudah, berpecah!”

Hish! Kenapa lah aku dipertemukan dengan abang ragbi nie, menyampah betol! Terpaksa jugak la aku melepaskan tangan si Bee dan memulakan jalanku sendiri, tengah aku sibuk mencari clue tiba-tiba lampuh suluhku padam,serentak itu sesuatu melintasi kakiku laju, zup!! Apalagi tanpa membuang masa walau sedetik pun aku terus berlari sekuat hati sambil memanggil Bee, tubuh Bee kupeluk erat, walau angin pun tak kubenarkan berlalu antara antara kami. Kusembamkan mukaku ke dadanya, tak sanggup lagi aku melihat bayangan-bayangan lembaga yang menyeramkan dek imaginasiku yang agak kreatif ini.

“Awak okey?”

Awak??? Sejak bila Bee memanggil aku dengan panggilan itu, dan kenapakah suara Bee menjadi garau? Bee yang aku peluk ini agak besar tubuhnya sedangkan Bee bersaiz lebih kecil daripada aku. Alamak, something wrong with Bee yang sedang kupeluk ini, ya Tuhan, benarkah apa yang sedang berlaku ini, atau kah aku terlalu takut sehingga agak mereng sedikit otakku. Perlahan aku mengangkat mukaku melihat wajah Bee yang satu ini, mata kami bertemu, dia memandangku dengan pandangan yang sangat sukar untuk aku tafsirkan, pelukan masih aku belum leraikan, memandang wajahnya lama.

“Awak sengaja ker amik kesempatan nak peluk saya nie?”

“Hah!? Gila, dalam mimpi pun tak akan” Aku terus menjarakkan diri daripadanya.

“Mimpi? Habis tu yang sekarang nie apa, bukan lagi mimpi tau tak”

“Saya tak sengaja, awak jangan nak perasan ye”

“Hurmm…takpe lah, saya faham memang semua gurls kat kampus kita minat kat saya, so tak payah lah awak nak bagi alasan”

“What, are u crazy? Awak balik cermin muka awak tu ye, tak hingin saya”

“Okay never mind, whatever I understand”

“Awak nie kan…”

“Ara…Ara…nie aku dah jumpa clue kat pokok tu tadi, nah” Bee menunjukkan sampul berwarna pituh itu.

“Macam tu la Bee, even berkepit-kepit pun kau jugak yang jumpa, bukan macam orang tu harap jer ketua, cakap jer lebih, habuk pun tadak..!”

“Hey…awak bo…”

“Dah lah Bee, jom cari kawan-kawan kita yang lain” Potongku, puas hatiku meninggalkannya dalam keadaan yang begitu.

Seminggu sudah berlalu selepas study camp, namun insiden kembara malam itu masih belum dapat kuluputkan dari sistem otakku, kalaulah boleh format macam komputer mahu sahaja aku membuangnya terus dari kotak ingatanku. Masih ku ingat hangat tubuh lelaki bernama Arman itu, begitu erat aku memeluknya sehinggakan aku dapat merasa deruan nafasnya, tidak dapat aku melarikan wajahku dari panahan matanya, renungannya terus menusuk ke tangkai hati. Kekacakkannya mengusik hati wanitaku, namun kusabarkan hatiku tidak mahu dia membaca isi hatiku. Dan kini setiap kali aku terlihat atau terserempak dengan dia dimana-mana, degupan jantungku tidak terkawal lagi, silap haribulan boleh kena serangan jantung aku. Apakah ini…?

“Hoi Man, tak turun padang ker hari nie, kau asik termenung jer aku tengok semenjak dua menjak nie, ada problem ker bro?”

“Entahlah Zul, semacam jer aku rasa sejak kebelakangan nie”

“Eh, engkau dah macam orang angau dah aku tengok. Kau masih ingat kat minah bola tu kan, untung juga kau ye kena peluk free, dah lah minah bola tu cute aje aku tengok. Jangan-jangan kau nie dah jatuh cinta dengan minah bola tu kot”

“Merepek lah kau Zul, ada ke situ pulak”

“Dah tu yang kau asik menung-menung nie apa hal, dah dua hari tak turun main, orang kata kan kalau asik termenung tu maksudanya dah jatuh cinta la”

“Zul, kau cakap biar betul, kau jangan main-main”

Aku dah bosan dengan panggilan telefon dari ‘unname’ itu, berkali-kali dia menelefonku, bila aku jawab tak nak pula bersuara, tension aku dibuatnya. Mahu sahaja aku cepuk si pemanggil tidak bernama itu macam dah tak ada kerja lain nak dibuat, hari-hari ada saja pnggilan daripada dia. Tengah aku menaip mesej untuk Bee tiba-tiba aku terlanggar sesuatu, bukan sesuatu tetapi seseorang. Arman! Haish, malang apalah nasib aku hari ini, kenapa dengan dia, dah kekurangan lelaki ke kampus aku nie, dah la aku rasa semacam jer kalau terjumpa dia. Hadoi Tiya parah…parah… Belum sempat aku memarahinya mataku terus terfokus pada siku dan lengannya yang tercalar, aduh agak teruk juga calarnya, perasaan bersalah menyelubungi hatiku, memang salahku kerana tidak menumpukan perhatian pada jalan dan leka menaip mesej.

“Awak nie, tak langgar orang dalam sehari boleh ker?”

“Sejak bila pulak saya langgar awak setiap hari?”

“Sejak saya jumpa awak ni kan asik malang jer yang datang dalam hidup saya, awak tau tak?”

“Jadi awak nak cakap saya nie pembawa malang lah ye” Air hangat mula bergenang di tubir mataku. Ayat itu pernah menikam gegendang telingaku suatu masa dahulu.

“Saya tak cakap, awak yang cakap”

“Awak nie kan tak boleh ker cakap elok-elok sikit, kenapa mesti nak sakitkan hati orang”

“Bila pulak?”

“Habis tadi tu?”

“Tu awak sendiri yang cakap bukan saya, lagipun macam mana nak cakap elok-elok kalau awak sendiri tak pernak nak hormat orang lain, macam nie ker mak bapak awak ajar awak, atau diorang tak ajar awak?”

Kakinya terus menjadi mangsa, aku pijak sekuat hati, airmata ku tidak dapat ku tahan lagi mengenangkan mama dan papa yang tak mengambil berat pasal aku, Arman yang tehenjut-henjut menahan kesakitan terdiam melihat aku yang mula menangis, mungkin dia tidak menyangka yang aku akan menangis dihadapannya, mungkin baginya perempuan seperti aku tidak punya perasaan.

“Engkau nie jatuh motor ker apa Man?”

“Jatuh motor ape nyer…minah bola tu langgar aku tadi”

“What? Aku rasa korang berdua nie betul-betul ada jodoh la Man. Hahahaha…”

“Zul kau tau tak tadi, aku rasa semacam jer bila tengok dia menangis”

“Hah, menangis? Kau buat apa kat dia Man?”

“Aku ungkit soal mak ayah dia, ini bukan kali pertama aku tengok perempuan menangis, tapi dengan dia, aku rasa sayu jer hati aku tengok dia menangis macam tu, mungkin cakap kau betul Zul, sejak kejadian study camp hari tu aku memang sentiasa terfikir pasal dia, aku selalu nak tengok dia”

“Parah kes kau nie Man, kena berubat cepat nie, hahaha…”

“Kau jangan main boleh tak Zul, aku betul-betul nie”

“Okay, okay, tapi memang tak patut kau ungkit soal mak ayah dia, sape-sape pun akan marah, tapi sekarang aku rasa kau kena minta maaf dengan dia”

“Tapi macam mana aku bukan ada nombor dia pun”

“Aku ada nombor Bee, kau minta lah dari dia”

Belum sempat Arman mendail nombor Bee, satu panggilan masuk ke telefonnya.

“Hello, assalamualaikum”

“Waalaikumsalam”

“Arman ke tu”

“Ye saya, boleh saya tahu ini siapa?”

“Saya Bee, bole kita jumpa?”

“Parents Ara tak pernah ambik tau pasal dia, sejak parents dia divorced, dia tinggal seorang sebab parents dia masing-masing dah remarried dan ada family sendiri, Ara anak tunggal dan Ara cuma ada saya seorang, kami dah macam adik beradik, dan saya tak sanggup tengok dia menangis, selama ini saya seboleh-boleh nya lakukan yang terbaik untuk dia dan cuba untuk buat dia rasa yang dia masih punya keluarga dan tidak sendirian, tapi disebabkan awak…”

“Bee saya betul-betul minta maaf, saya tak tahu, saya tak sengaja lukakan hati dia”

“Saya tahu awak tak sukakan dia Arman, tapi please cukuplah, Ara tak seburuk yang awak sangkakan. Saya pun tak faham kenape Ara asyik terluka kerana lelaki, dia tak bersalah pada sesiapa pun”

“Asyik terluka? Maksud awak?”

“Perlukah awak tahu, saya rasa cukuplah sampai situ, kalau awak memang nak sakitkan hati dia awak berjaya, dan lepas nie kalau boleh cukuplah, leave her alone”

“No way”

Tiba-tiba Bee tersentak dengan jawapan Arman, langkahnya terhenti dan berpaling semula pada Arman yang masih duduk memandangnya.

“Ayah dia selalu cakap dia pembawa malang, semenjak dia lahir ayah dia selalu tak dapat untung dalam business, mak dia pula asyik marah-marah sebab tak dapat duit dari ayah dia dan sebab tu la parents dia cerai. Lepas tu Iz hadir dalam hidupnya, Iz adalah segalanya bagi Ara, Iz yang bahagiakan dia, tapi siapa menduga Ara hanya mainan Iz” Jawapan Bee petang tadi masih berlegar-legar di minda Arman, persaan simpati dan bersalah menyelubungi segenap inci ruang hatinya, sama sekali dia tidak menyangka yang dia telah menoreh luka lama dihati Ara. Semakin kuat rasa cintanya pada gadis bernama Qyara itu, bukan kerana simpati tetapi kerana ketabahan hati menempuhi dugaan hidup. Azamnya cuma satu kini, menjadikan Ara miliknya dan melindungi Ara dari semua kedukaan.

“Umi Tiya rindukan Umi, rindu Ayyan dan Iman, Tiya nak jumpa Umi”

“Tiya kenapa nie sayang, jangan menangis cakap kat Umi”

“Tiya takde apa-apa Umi, memang betul Tiya rindu Umi, kat sini Tiya sunyi”

“Bee kan ada, lagipun kalau cuti balik lah ke sini, kami pun rindukan tiya’

“Hujung minggu pun sibuk Umi, Tiya tak dapat balik”

“Sabar ya sayang, Umi doakan semoga Tiya baik-baik disana, Tiya cuba la keluar dengan kawan-kawan, taklah Tiya sunyi sangat. Hmm… mak ayah tiya tak call Tiya ke?”

“Tak ada lagi Umi, memang Tiya dah tak harapkan apa-apa lagi dari mereka, mereka betul-betul dah buang Tiya, Tiya pembawa malang dalam hidup mereka”

“Tiya jangan cakap macam tu sayang, mereka yang melahirkan Tiya ke dunia, jangan simpan apa-apa dendam dalam hati nanti Tiya tak tenang. Takpe lah Umi kan ada, Tiya dah Umi anggap macam Iman dengan Rayyan, Tiya anak Umi, ingat tu jangan sesekali Tiya anggap yang Tiya takde siapa-siapa”

“Terima kasih Umi, Tiya pun sayangkan Umi, tak sabar nak balik sana”

“Bee mana?”

“Katanya ke kafe, nak beli makanan untuk malam nie tapi sampai sekarang belum balik, maghrib dah nie”

“Carin please stop nonsense! I dah fed up dengan sikap you, kalau you couple dengan I semata-mata untuk wang, we better break up”

“No han, believe me, you jangan percaya cakap Ray tu, he is a big liar, please han give me another chance”

“You pun sama macam Ray, from now on kita dah tak ada apa-apa lagi, stop bother me and don’t call me again”

Talian diputuskan, Syakir Izmie merenung lama keluar tingkap office nya, harta bukan lah sebab utama dia memutuskan hubungan dengan Carin, tetapi bayangan Tiya tidak dapat dia luputkan dari hatinya. Memang benar pada mulanya dia hanya ingin mengisi kekosongan hatinya, tetapi mana dia tahu yang cinta hadir tanpa diundang. Tiya tidak seperti perempuan lain yang pastinya akan memberi penampar ataupun membalas dendam atas apa yang telah dia lakukan. “You teach me how to love along with the pain” kata-kata terakhir Tiya masih terngiang-ngiang di telinganya. Sudah banyak kali juga dia menelefon Tiya hanya untuk mendengar suara yang sangat di rinduinya itu, tapi untuk bersuara dia masih belum ada keberanian. I miss you Tiya, and I’m sorry, aku akan menjadikanmu milikku semula, that is my promise. I love you sayang, detik hatinya.

“Betul cakap awak, mak bapak saya tak ajar saya untuk hormatkan orang sebab tu lah saya jadi macam nie, pembawa malang. Awak tak perlulah risau mulai hari ini saya takkan kacau awak lagi, saya akan pergi jauh dari awak supaya tak ada malang yang menimpa awak, lepas nie saya takkan langgar awak lagi dan…”

Tak sempat aku menghabiskan ayatku Arman terus merapatiku dan membisikkan sesuatu ke telingaku. Aku tergamam dengan tindakannya itu, aku bingung kenapa tiba-tiba Arman jadi begini, bukankah dia membenciku?

“Selama ini aku terfikir ke mana arah tuju hidupku, setelah berjumpa dengan Qyara, dialah destinasiku yang selama ini aku nantikan. Kehadirannya dalam hidupku adalah satu anugerah yang terindah yang tidak pernah aku ketahui. Kalaulah dia tahu yang hati ini telah jatuh cinta kepadanya sejak dia mendakapku pada malam itu. Aku tahu sama ada dia dapat menerima cintaku, but still I’m waiting for an answer, aku takkan menunggu untuk selamanya because I can’t wait to give all my love to her. I don’t care if she still can’t forget Iz, let me help her to forget because I’m sure that my love will be more than enough to forget all her pain. Awak tolong sampaikan semua nie pada Qyara, and last word tell her that I love her so much”

Serentak dengan itu Arman terus melangkah pergi. Aku terduduk di situ dengan seribu satu perasaan yang tak mungin dapat kuungkapkan dengan kata-kata. Dapat ku rasakan keikhlasan cintanya dan jujur aku katakan yang hatiku terusik dengan bisikannya itu, aku mahu menerimanya kerana hatiku memang sudah terpaut padanya sejak kejadian study camp tempoh hari. Tapi mampukah aku untuk memberikan dia cinta? Masih adakah rasa sayang dihatiku untuk diberi kepadanya? Ya Allah bantu aku, Umi, Bee, apa yang patut aku lakukan?

“Tiya cuba buka hati terima dia, jangan takut untuk mencuba kali kedua, kita hanya merancang tetapi yang menentukan bukan kita, kalau dah Tiya cakap yang Tiya pun dah jatuh cinta kat dia, cuba untuk terima dia, tak semua lelaki sama Tiya”

“Betul ke tindakan Tiya kalau terima dia”

“Betul atau tidak itu Umi tak pasti, tapi yang Umi nak pesan ikut kata hati Tiya, hati kita tidak pernah menipu”

“Hurmm, biar Tiya fikir lagi umi, Tiya perlukan masa”

Sekarang ni Bee sahaja yang setia disisi dan memahamiku, walaupun dia yang telah menceritakan semua tentangku pada Arman sedikit pun aku tidak berkecil hati padanya kerana dialah pemberi semangatku. Fikiranku semakin kusut dengan kehadiran Iz semula dalam hidupku, dia telah mengaku kesalahannya dan menyesal kerana melukakan hatiku, dia tetap berkeras ingin mendapatkan kembali cintaku, tapi tak mungkin bagiku, kerana cintaku sudah beralih kepada seseorang yang sememangnya telah menghuni hatiku.

“Maafkn Iz Tiya, Iz bersalah pada Tiya izinkn 1z menebus semua kesilapan Iz, izinkn Iz untuk bertakhta di hati Tiya sekali lagi”

“Tiya boleh maafkan Iz, tp Tiya tak mungkin kembali pada 1z semula, hati Tiya dah jadi milik orang lain”

“Iz akan mati kalau tak dapat Tiya, please sayang”

“Dan Tiya pula akan mati kalau kembali pada Iz semula, sudahlah, Tiya maafkan Iz dan lepas ni janganlah ganggu Tiya lagi”

“Kalau Iz tak dapat Tiya, mana-mana lelaki pun takkan boleh miliki Tiya dan kalau ada pun Iz takkan benarkan, Iz sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Tiya balik”

Satu semester lagi telah berjaya aku harungi, aku mengharapkan yang terbaik untuk pointer ku kali ini, atas sokongan Bee dan Umi aku tabah juga mengharungi jalan yang penuh liku ini. Sejenak Arman kembali ke kotak fikiranku, sayu hatiku mengenangkan dia, bagaimanalah keadaan dia sekarang, aku rindu padanya, semasa di kampus dahulu selalu sahaja dia menyakitkan hatiku tapi namanya jugalah yang sentiasa kusebut. Walaupun aku sentiasa mengelak daripadanya, setiap hari dia akan menghantar mesej bertanyakan khabarku, menelefon ku, walau tiada balasan daripadaku. Bee lah yang sentiasa menceritakan perihalku kepadanya. Arman semoga kau bahagia, detik hatiku.

“Hoi, mengelamun sampai tak ingat dunia, aku dah lama duduk sebelah pun tak perasan”

“Eh, Bee, bila kau sampai nie?”

“Dari tadi lagi, sejuk dah nasi lemak yang aku beli ni haa” Bebel Bee sambil menyuakan dua bungkus nasi lemak kepadaku.

“Hmm…thanks, cepatlah kau sarapan flight kau kejap lagi tu” Cepat-cepat aku menukar topik untuk menyembunyi gelora dihati. Tetapi Bee tetap Bee, tiada apa yang boleh terlepas dari pengetahuannya.

“Kau teringat kat Arman ke? Sabar ye Ara, kalau jodoh kau dengan dia korang tetap akan jumpa balik, aku yakin”

“Thanks Bee sebab sentiasa ada untuk aku”

“Ara kita kan dah macam adik beradik, aku cuma nak tengok kau happy jer… Ara flight aku tu, okay lah aku masuk dulu ye, kau jaga diri baik-baik tau, jangan lupe call dan kirim salam kat Umi”

“Ye lah Bee, kau pun take care, jangan lupe cakap kat mak ayah kau yang aku tak dapat ikut kali nie ye”

“Okey , love you dear sis, apa-apa hal call aku terus tau, facebook tu jangan asik offline”

“Ye Bee aku janji, love you too sis. Jaga diri ye”

“Anak Umi dah balik, kenapa tak cakap nak balik nie” Umi menyambut kepulanganku dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

“Saja bagi surprise”

“Banyaklah Tiya punya surprise, kenape kurus nie”

“Kurus, Tiya diet la Umi, hahaha…Ayyan dan Iman mane Umi?”

“Kak tiyaaa…” Jerit Rayyan dan Iman sambil berlari-lari anak ke arahku.

“Ayyan, Ayyan da gumuk laa… Iman pulak makin slim akak tengok”

“Mesti lah, kan anak dara kena lah jaga badan, hehehe…”

“Ayyan rindu akak, kenapa akak jarang call, kan Ayyan suruh call selalu”

“Eh, tanya Umi hari-hari akak call tau, Ayyan tu yang busy”

“Dah mari masuk. Kena jugak Tiya pulang hari nie, Hakim pun malam nie sampai”

“Yeke Umi, segan pulak Tiya”

“Kak Tiya jangan curang tau tengok Along nanti”

“Tak punya, takde orang lain yang lebih handsome dari Ayyan”

Terus meletus ketawa kami, syukur aku masih dapat bertemu dengan keluarga Umi, bezanya kali aku agak gementar sedikit kerana Hakim juga akan ada bersama, semoga dia dapat menerima kehadiranku dalam keluarga ini. Aku menghadiahi Umi sepasang baju kurung lengkap dengan tudung, untuk Iman aku hadiahkan novel berjudul M.A.I.D yang memang sangat diminatinya, dan untuk buah hatiku Rayyan aku hadiahkan sepasang kasut roda. Tapi untuk Hakim, aku sama sekali tidak tahu apa yang harus aku sediakan, tambahan pula aku belum pernah bersua muka dengannya. Cadangan Umi supaya aku berpindah ke rumahnya masih dalam proses timbang tara, tetapi menurut Umi kemungkinan tiada masalah kerana Hakim mungkin akan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja disana, jadi peluang aku cerah untuk tinggal bersama Umi. Tapi semua masih samar-samar, Hakim masih belum memberi kata putus, kalau dia tidak jadi berhijrah, tak mungkin aku dapat tinggal bersama dengan Umi, apa kata orang pula.

Umi lantas memeluk anak sulungnya yang satu itu, sudah lama tak bersua muka kerana Hakim sudah dua semester tidak pulang ke kampung, biasalah orang lelaki merantau. Hakim juga sangat merindui keluarganya. Adik boungsunya di peluk erat dan tangan ibunya dikucup mesra.

“Kenapa Umi susah-susah jemput Along, bukannya jauh pun”

“Takpe lah Along, Umi yang nak, Along sihat?”

“Along sihat jer… Umi?”

“Sihat alhamdulillah”

“Eh, Ucu pun ikut sekali, dah besar dah sekarang nie ek” Hakim mencuit pipi adiknya.

“Along cepatlah balik rumah, girlfriend Ucu ada kat rumah, dia yang bagi Ucu kasut roda nie”

“Yeke? Kak Tiya yang Ucu selalu cerita kat telefon tu ek?”

“Ye lah Along, siapa lagi…”

“Ye Along, Tiya ada kat rumah, pagi tadi sampai” Terang Umi.

“Along jangan terpikat tau, Kak Tiya tu Ucu yang punya”

“Hurmm…biar Along tengok dulu, kalau tak cantik Along tak nak lah”

“Mestilah cantik…kan Umi, Kak Tiya cantik kan?”

“Ye lah Ucu, memang cantik pun, dah jom kita balik, Along penat tu”

Iman terus menerpa memeluk Hakim sebaik sahaja abangnya itu menapak masuk ke dalam rumah, rindu benar dia pada abangnya yang satu itu. Hakim pula hanya tersenyum dengan tindakan Iman sambil membalas pelukan satu-satu adik perempuannya. Gembira hatinya melihat adiknya membesar menjadi seorang gadis yang cantik sama seperti ibunya. Selesai membersihkan diri dan bersolat, Hakim terus menghempaskan badannya ke katil, penat seharian dalam perjalanan, apabila dia hendak melelapkan mata, dia terasa sesuatu di bawah bantalnya. “Rantai siapa pulak ni?”soalnya sendiri. Dia menyangka milik adiknya Iman tetapi apabila dia membuka buah rantai yang berbentuk hati itu, dia melihat gambar seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan 50-an. Oh, mungkin milik Tiya, desis hatinya, kerana setahu dia Umi memberikan biliknya untuk di tumpangkan kepada Tiya semasa Tiya mula-mula tinggal disini. Dia perlu berjumpa dengan gadis itu dan berterima kasih kerana telah menolong ibunya dulu.

“Angah mane Kak Tiya?”

“Alaa…Kak Tiya dah keluar dengan Ucu, dia bawak Ucu jalan-jalan, sape suruh Along lambat sangat bangun”

“Umi mane?”

“Umi kat rumah Pak Long, Kak Tiya dah siapkan sarapan tadi, Along makanlah, Iman nak pegi rumah Dibah kejap, dia nak tengok novel yang Kak Tiya bagi nie ha”

“Hmm…baik betul Kak Tiya tu ye”

“Memang baik sangat, kalau Along kenal dia, mesti Along pun suka kat dia”

“Yeke, biar Along tengok dulu betul baik ke tak, mana la tahu ada maksud tersembunyi”

“Along nie tak baik cakap macam tu, Kak Tiya tu kesian tau, boyfriend dia dah tinggalkan dia, lepas tu dia terpaksa tolak lelaki yang dia suka kat kampus dia, sebab boyfriend lama dia tu cakap macam-macam”

“Alaa…biase lah tu Angah, dalam bercinta mesti ada dugaan, macam cerita novel yang Angah pegang tu jugak”



“Tapi cerita novel tak sama dengan realiti…”

“Ye lah cik kak oii…” balas Hakim sambil mencubit pipi montel adikknya.

Baru sahaja Hakim hendak melangkah ke dapur untuk bersarapan, matanya terpaku pada satu objek yang amat dikenalinya. Macam bola ragbi aku, terus dia mengambil bola tersebut dan laju sahaja matanya menangkap tulisan ‘MAN’ pada bucu atas bola itu. Sah memang ini bola aku yang Ara campakkan ke longkang semasa di kampus dahulu. Tapi bagaimana bola nie ada kat sini, macam-macam persoalan bermain di mindanya yang memerlukan jawapan yang pasti, hatinya mula tidak keruan, menjerit-jerit menginginkan jawapan kepada segala kekeliruan hatinya.

“Angah, mana Angah dapat bola nie?”

“Oh, itu bola abang ragbi kerek yang Kak Tiya selalu cite kat Angah, laki yang suke dia tu, tapi die terpaksa tolak, kesian kan Kak Tiya, bola tu dia dah buang kat longkang, tapi die kutip balik nak simpan sebagai tanda kenangan dengan abang ragbi tu. Angah pun tak tahu sape nama lelaki tu, Kak Tiya just panggil dia abang ragbi kerek jer” jelas Iman dan hilang perlahan-lahan dimuka pintu.

Bagaikan gugur jantungnya mendengar penjelasan Iman tadi, adakah Tiya ini ialah Qyara yang telah menolak cintanya? Benarkah? Arghhh…! Hatinya semakin tidak sabar menunggu kepulangan Tiya, dia mahukan kepastian, jika benarlah apa yang dikatakan oleh Iman, maksudnya Qyara tidak pernah menolak cintanya. Qyara…! Jerit hatinya. Sepucuk surat dikeluarkan dari dompetnya, surat terakhir daripada Qyara.

Saya telah sampaikan pesanan awak pada Qyara, dia meminta maaf kerana tidak dapat membalas cinta awak, sememangnya dari awal lagi dia tak punya perasaan pun terhadap awak, apalagi untuk jatuh cinta pada awak. Awak bukanlah pilihan hatinya, cintanya pada Iz masih kuat, Iz juga telah kembali ke sisinya dan dia bahagia bersama Iz. Dia meminta maaf sekali lagi, semoga awak bertemu seseorang yang lebih baik.

Jam sudah menunjukkan angka 10.30 malam, namun Hakim masih belum melihat wajah Tiya, persoalan yang bermain di mindanya sedari petang tadi perlu mendapat jawapan segera, tak mampu lagi dia menaggung semuanya. Sudah pasti ibu dan adik-adiknya sudah tidur masa ini kerana memang ibunya membiasakan tidur awal, tetapi dia tak pasti pula gadis yang bernama Tiya itu. Tiba-tiba tergerak hatinya untuk menghantar mesej ke nombor Qyara, hatinya kuat mengatakan Tiya ialah Qyara.

“Assalamualakum”

“Waalaikumsalam, blh sy tahu ni sape, num awk xder dlm list sy”

“Sy hakim, blh sy jmpa awk”

“Oh, ye tak ye, dah sehari kta duk sermh tp x bksmptn nk jmpa awk, tp elok kta jmpa esk pg je, sy pn x pegi mane2 kn dah lewat nie”

“Sy ada hal pntg nk ckp ngn awk, sy ada kt beranda blkg, sy tggu awk”

Tiya pelik pulak dengan permintaan anak sulung Umi ini, hal penting apakah yang dimaksudkannya malam-malam begini. Tiya tidak duduk senang, adakah dia telah berbuat salah? Atau mungkin Hakim akan menyoal siasatnya kerana meragui kehadirannya di dalam rumah ini. Arghh…pusing-pusing! Tiya mengorak langkah perlahan tidak mahu mengejutkan Umi dan Iman yang sedang lena, mujurlah Rayyan di bilik Hakim. Langkah diatur perlahan menuju beranda belakang, dapat dia melihat susuk tubuh Hakim dalam kesamaran cahaya bulan. Dia sudah betul-betul berada di belakang Hakim, tapi masih takut untuk memulakan bicara, makin laju degupan jantungnya.

“Assalamualaikum, err…awak, ermm…Tiya nie, ada apa awak panggil saya?”

“Waalaikumsalam, Tiya… Tiya je ke nama awak?”

“Err… nama saya Tiya Qyara, awak, kalau awak tak suka saya duduk kat rumah nie…”

Bagai disentap jantung Hakim mendegar nama Qyara itu, ya Tiya Qyara. Namun dia masih statik membelakangi Qyara cuba menutupi isi hatinya yang sudah merojak pelbagai rasa. Namun tetap juga mengagahkan dirinya untuk menyambung bicara.

“Bola nie awak punya?”

“Ye, err…kenape?”

“Tapi saya macam pernah nampak bola nie, nama saya pun ada pada bola nie”

“Err… nama awak, maksud awak?” Tiya semakin bingung.

“Man… stand for Arman Hakimi”

Serentak itu Arman Hakimi terus memusingkan badannya betul-betul menghadap Qyara, memang betul Qyara yang berada dihadapannya kini, wajah yang sentiasa dirinduinya itu. Arman! Ya Tuhan, permainan apa pula kali ini, aku dipertemukan dengan dia sekali lagi dalam keadaan yang sangat tidak kuduga. Sungguh tak tercapai akalku untuk memikirkan kelogikan drama hidupku ini, Umi adalah ibu kepada Arman, abang yang selalu Iman dan Rayyan ceritakan kepadaku. Bermimpikah aku? Atau kerana terlalu merindui Arman sehingga melihat Hakim sebagai Arman? Mata kami bertaut. Lama. Aku masih meneliti lelaki yang dihadapanku ini, Arman Hakimi lelaki yang sudah mencuri hatiku. Arman…

“Ara, awak kutip bola nie semula?”

“A..aa..wak Hakim…A..a..arman…”

“Arman Hakimi, family saya je yang panggil saya Hakim. Saya betul-betul tak sangka Ara kita dipertemukan lagi dalam keadaan yang sangat tak diduga nie… Awak Tiya…? Tiya yang Umi selalu ceritakan pada saya”

“Saya pun sama, Arman…”

“So how’s Iz…happy with him?”

“Err…Arman…saya…”

“It’s okay Ara, Iman dah ceritakan semuanya kat saya, dan bola nie sebagai bukti yang awak memang tak pernah lupakan saya, awak pun ada perasaan yang sama seperti saya. Betul Ara? Kalau tak untuk apa awak kutip balik bola nie”

Berjuraian terus airmata Qyara turun membasahi pipinya, sungguh dia sangat merindukan Arman, lelaki yang dihadapannya ini. Jauh disudut hatinya dia memanjatkan syukur yang tidak terhingga kerana dipertemukan dengan Arman semula.

“Arman, saya…”

“Shhh…Qyara tak perlu cakap apa-apa, mulai saat ini, I will never let you go, I don’t care about Iz or whatever comes, just say once that you never leave me again”

Qyara terus menangis, perlahan Arman mengusap pipinya mengesat airmata yang seakan tidak mahu berhenti. Qyara hanya mengangguk, tak mampu lagi dia untuk menahan rasa cinta yang menggunung terhadap Arman, dia sudah tidak peduli, Arman tidak patut kecewa lagi disebabkan kisah silamnya

“Arman, saya takut, Iz mungkin…”

“Forget about him, sekarang Qyara hanya milik Arman, I will never let him come near to us, that’s my promise”

“Saya betul-betul tak sangka awak Hakim anak Umi”

“Tu la salah awak, sape suruh tak tanya nama penuh saya, jual mahal sangat”

“Mane ade jual mahal. Oh, jadi awak memang tahu lah ye”

“Well saya pun baru tahu mase tengok Iman pegang bola nie tadi, tak sangka awak kutip balik ek, busuknye longkang tu, uwekk..!”

“Awak nie kan tak habis-habis menyakat orang la, penat saya kutip balik bola tu kat longkang tau”

“Sape suruh pergi kutip balik, kan senang datang terus jumpa saya and say I love you, tak payah susah-susah nak harung busuk-busuk longkang tu, lagipun yang awak pergi baling bola tu masuk longkang buat ape?”

“Dah awak kerek semacam, malas lah layan awak” Aku sengaja mencebik tunjuk muka merajuk.

“Okay, okay, now tell me, love me or hate me?”

“Hmm…hate you”

“What!? Cakap la betul-betul”

“Awak nie tak cukup lagi ke saya mengharungi busuk longkang tu semata-mata nak dapatkan bola awak tu balik. Hmm…lagipun apa jaminan awak kalau saya terima awak, saya tak nak janji-janji manis macam lelaki lain. Bosan.”

Arman memandangku lama.

” I’ll promise you heaven. Syurga Allah yang abadi’

Aku terdiam, terharu dengan jawapan yang Arman berikan, sungguh tak kusangka jawapan itu yang dia beri padaku, memang sungguh berbeza daripada Iz yang hanya menabur janji-janji semanis madu, kononya takkan tinggalkan aku selamanya dan takkan pernah menduakan aku. Namun walaupn Arman tidak memberikan jawapan itu, sememangnya dia sudah memiliki hati ini, cintaku padanya semakin dalam bila dia menjanjikan syurga untukku.

“Okay then, still my answer is hate you”

“Are you sure?”

“Yes, very sure, I H.A.T.E you, Happy to see you, Always love you, Terribly miss you, Everyday remember you”

Kemudian kami sama-sama tersenyum. Bahagia kini kukecapi bersama Arman, semoga kali ini kekal buat selamanya.

Keesokan paginya Arman berterus terang kepada Umi, Umi pun bagaikan tidak percaya bahawa lelaki yang sentiasa aku ceritakan padanya ialah anaknya sendiri, begitu juga dengan Iman. “Jadi abang ragbi yang kerek tu Along lah ye” Itu lah kata-kata yang terkeluar dari mulut Iman. Rayyan pula dengan gentlemannya menyerahkan aku kepada Arman dengan pesanan jangan pernah melukakan hatiku. Tercuit hatiku dengan telatahnya itu, terhambur ketawa kami apabila dia menyerahkan tanganku ke tangan Arman siap memberi amaran pulak tu. ‘Hai Rayyan…’detik hatiku. Syukur ya Allah kerana pertemukan aku dengan keluarga ini, pertemukan aku dengan Arman.

“Iz dah cakap Iz sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Tiya balik”

“Iz jangan ganggu hidup Tiya lagi, Tiya dah maafkan Iz, kenapa mesti Iz buat macam nie”

“Sebab Iz sayangkan Tiya, instead of giving me another chance, Tiya terus terima lelaki lain, Tiya tak cuba menyelami keikhlasan Iz kali nie, Iz betul-betul menyesal, Iz sayangkan Tiya, sedetik pun Iz tak pernah lupakan Tiya”

“Kalau Iz betul sayang Tiya, janganlah ganggu Tiya lagi, biarkan Tiya bahagia dengan lelaki yang Tiya sayang…”

“Iz tak sanggup lepaskan Tiya lagi”

Belum sempat aku membalas Arman terus mengambil telefon daripadaku dan memutuskan talian. Perlahan dia melepaskan keluhan berat. Dia sudah tahu panggilan itu daripada siapa, berkali-kali sudah dia meminta kebenaranku untuk berjumpa dengan Iz, tetapi aku berkeras tidak mahu membenarkan kerana aku khuatir akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Selagi Iz tidak muncul dihadapan kami, selagi itulah aku akan bersabar dengan panggilan-panggilan daripada Iz. ‘Susah-susah tukar aje nombor telefon’ bebelku dalam hati. Tetapi selepas sebulan tiada sudah panggilan daripada Iz, Iz telah diisytiharkan muflis dan terpaksa menaggung kerugian berjuta-juta ditambah pula dengan hutang yang tidak terbayar dengan pihak bank. Melalui khabar angin yang aku dengar kerugian Iz adalah angkara dendam Carina kerana Iz tidak mahu menerimanya semula. Iz setiap hari turun naik mahkamah disebabkan hutang-hutang yang tak mampu dia langsaikan. Namun walaupun begitu, aku berharap dia akan menemui jalan hidupnya suatu hari nanti.

“Arman…Arman…”

Aku tercari-cari kelibat lelaki itu, namun tidak terlihat dimana-mana. Ya Allah janganlah berulang kisah yang lalu, tidak tolonglah, aku tidak sanggup menghadapinya kali kedua. Setelah puas mencari aku naik semula ke dalam bas yang masih kosong. Setelah hampir dua bulan cuti semester, aku pulang ke kampus bersama Arman untuk menghabiskan semester yang terakhir. Semua penumpang sedang menikmati makan tengahari, mataku masih mencari-cari Arman di kalangan penumpang-penumpang yang berada di restoran itu. Airmataku sudah deras menuruni pipi, tiba-tiba seseorang memegang bahuku. Arman!

“Ara, what’s wrong? Kenape nangis nie?”

“Ara sedar tadi Aman dah takde, Ara takut Aman tinggalkan Ara”

“Shhh…jangan nangis, Aman tak tinggalkan Ara, Aman just turun belikan Ara lunch, don’t cry. Listen here, I’m not Iz, I’ll never let you go, Aman dah lepaskan Ara sekali but not this time, you’re mine. Remember that. I H.A.T.E you”

Sesaat sahaja tangisku bertukar menjadi senyuman. Arman sangat menyayangiku, dengan lafaz cintanya yang sekali itu, sudah cukup untuk aku mencintainya selamanya. Aku bersyukur kerana Arman masih bersamaku.

“Me too, H.A.T.E you so much”

Senyuman terukir di bibir, Arman…sungguh kau bukan lelaki yang pertama dalam hidupku, tetapi kaulah yang terakhir tiada lagi selepasmu. Aku menyayangimu seadanya, terima kasih telah merawat luka di hatiku dan mengisinya dengan pelangi cintamu yang tak pernah pudar warnanya.

Qyara…cintaku padamu takkan padam walaupun jasad terpisah dari nyawa. Kaulah wanita pertama yang telah menghuni hatiku ini, akan aku membawamu menuju ke syurga Illahi yang abadi. Aku akan melindungimu dari segala kelukaan, take all my love, and give me all your pain, jadilah permaisuri hatiku selamanya. 



Cerpen : Cinta monyetku




Malam yang tenang tika ini tidak mampu untuk membuat sekeping hatinya turut menjadi tenang , dia teringat kembali peristiwa yang terjadi di sekolah hari ini .

“Muka kau lagi , asyik datang lambat aje . Habis penuh buku laporan ni dengan namekau . Mesti kau lambat bangun lagi kan ?” Serkap jarang lelaki itu benar-benar tepat mengena batang hidungnya . Memang dia terlambat bangun pagi tadi , ini semua gara-gara abang tercinta Tengku Nifham Tizqan bin Tengku Farouk yang mengajaknya bersembang hingga larut malam . Cinta sangat lah ! Aku yang susah , kene hadap pengawas yang garang macam singa ni . Tapi kalau abang takde pun aku memang selalu lambat .Hehe , study malam beb ! Kalau tak silap aku , budak ni sebaya dengan abang . Kan bagus kalau dia macam abang , penyayang , lemah-lembut , baik hati . Ini tidak , macam singa kelaparan . Hubungan Asya dengan abangnya memang sangat akrab walaupun abangnya duduk jauh nun dinegara orang .

“Harap je kelas pandai , anak orang kaya pulak tu . Datang sekolah berhantar , tapi lambat jugak .”Sinis suara ketua pengawas yang bernama Tengku Isharq Harith itu memerli .
‘Hish , ni dah melebih ! Agak-agak la bro .’ Suara Asya dalam hati .

“Nama?”Tanya Isharq lagi .
‘Mamat ni da kenape , hari-hari kut tulis name aku . Takkan tak ingat lagi . Saje nak cari pasal ni .’

“Nurasya Tizhyani” Jawabnya pendek . Malas mahu merosakkan mood baik nya .

“Nama penuh lah .” Suara Isharq lagi .

“Tengku Nurasya Tizhyani binti Tengku Farouk” Jawab Asya geram ,‘aku siku jugak kang mamat ni ! Dah la panas ni .’

“Ok , boleh masuk kelas . Tapi ingat , esok kalau lambat lagi . Aku denda kau kutip sampah .” Arahnya separuh menggugut . Asya hanya memberi satu jelingan maut dan terus berlalu masuk ke kelas .
‘Huh , nasib baik cikgu belum masuk . Kalau tak mesti aku tertinggal .’Asya segera duduk ditempatnya .

“Aku ingat kau tak datang ,”Ara bersuara .
Asya tersenyum menampakkan sebaris giginya yang putih bersih itu , boleh buat iklan collgate .

“Abang aku balik la , malam tadi aku sembang dengan die . Tak sedar pulak da lewat malam .”Asya bersuara menantikan reaksi sahabatnya itu , tapi wajah itu tetap tenang . Asya mengeluh hampa , dari dulu dia berniat untuk menyatukan Ara dengan abangnya . Tetapi Ara seperti tidak berminat . Ara merupakan seorang anak yatim , bapanya meninggal sejak dia masih kecil lagi . Hidupnya boleh dikatakan susah , pada hemat Asya . Jika abangnya berkhawin dengan Ara pastinya hidup Ara akan berubah . Tapi Ara seakan tidak mengerti niat baiknya .

Asya menjerit setelah dia terasa ada orang mencucuk pinggangnya , serta merta lamunannya terpadam .

“Berangan aje , ingat boyfriend ape ? abang panggil naik bebuih da mulut abang ni , die buat dek je .” Suara Nifham pelik .

“Mane ade boyfriend ,orang study lagi la . Baru form 4 ape .” Jawabku geram .

“Ha , abis tu yang dok sebok-sebok nak match kn abang dengan si Ara tu kenapa ? Abang pun study lagi ape .” Balas Nafham separuh mengejek .
Serta merta wajah Asya bertukar , ‘Erk , macam mane abang boleh tahu ni ? hish , ni yang confuse ni . Rasanya aku taka de bagi tahu sape-sape selain pade bonda . Takkan bonda pulak yang pecah lubang .’

“Dah , tak payah nak buat muka macam ayam berak kapur tu . Abang tahu ape yang adik abang ni nak . Jadi untuk menggembirakan adik abang ni , abang sanggup buat ape aje . Termasuk kahwin dengan Ara .” Terkedu aku seketika . Betul ke bang aku ni ?

“Betul ke ni abang ?abang tak tipu adik kan ? jangan main-main , ni bukan hal kecik tau . Ni dah melibatkan sahabat yang paling adik sayang . Siap la abang kalau abang main-main” Ugut Asya sengaja ingin menggertak Nafham .

“Betul la , anak orang tu , mane boleh nak buat main-main . Tapi , biar die study dulu . Adik jangan risau , lepas die habis spm abang akan terus ajak die nikah . Pastu abang nak bawak die duduk dengan abang kat UK sampai die habis belajar .” Terang Nafham . ‘Kenape macam perfect sangat rancangan abang aku ni ? Dia dah rancang lame ke ? Tapi sejak bile ?’

“Buat ape cakap dalam hati tu ?abang bukan dengar pun , cakap la dengan abang ape yang adik tengah fikir tu .” Terjah abang .

“Erk , abang ni . Macam ade benda yang tak kene la . I know ni , ade something wrong . Abang memang dah rancang lame eh benda ni ?” Tanya Asya bingung .

“Hmm , sebenarnya kalau bukan adik yang suruh abang kahwin dengan Ara pun memang abang sendiri nak . Pertame kali abang jumpe die , abang rase abang dah jatuh cinta . Seriousely , die bukan gadis idaman abang . Tapi , abang rasa tak kisah . Abang rasa abang nak share beban yang die tanggung tu . Abang sanggup susah untuk die . Gile kan ? Tu baru first time jumpa .” Asya lega , gembira sehingga menitiskan air mata . Nafham kaku . Dia tidak rela melihat air mata adiknya mengalir kerananya . Laju dia menarik Asya ke dalam pelukannya .

“Jangan menangis my love , please .” Pujuk Nafham . Kalau orang lain dengar mesti mereka menganggap Nafham sedang memujuk kekasih hati . Tapi bagi Asya dia sudah terlalu biasa mendengar abangnya menggelarnya dengan panggilan my love .

“Adik gembira abang , terima kasih abang . Adik sayang abang sangat . Abang antara lelaki yang akan menjadi kesayangan adik sampai bile-bile .Jadi , sebagai penghargaan . Adik berikan abang satu keistimewaan . Adik akan kahwin dengan sesiape aje lelaki pilihan abang .Janji .” Ucap Asya tanpa berfikir panjang . Tiba-tiba dia teringat akan Tengku Isharq Harith , pengawas singa itu . ‘Eh !kenape picture die pulak keluar kat kepale aku ni ? mereng ape , tapi . Kenape aku rasa macam ni ?Aduh , telajak perahu boleh di undur , telajak kata alamat buruk padahnya . Lagi-lagi lah abangnya itu seorang yang tidak suka memungkiri janji .

“Betul sis ?Baiklah ..” Nafham tersenyum nakal . Manakala Asya sudah tidak senang duduk . ‘Ah !lantaklah , bukan aku nak kahwin dengan singa tu pun , buat ape fikir pasal die ? Jumpe mesti gaduh , tak sah kalau tak gaduh . Dah jadi rukun harian !Tapi ! Hmm …………

 



Sepuluh tahun kemudian ..

“My love , pleasebalik jom ! Seriouse abang dah letih , dah tawaf satu shopping complex da ni .” Suara Nafham lemah ,‘baik aku layan anak aku kat rumah lagi bagus . Menyesal pulak janji nak belanje adik aku yang terchenta ni . Bila pulak adik aku ni tukar hobi dari membaca ke mem’shopping’ ? Ara tak bagi tahu pun . Kalau dulu , dial ah yang paling liat sekali nak di ajak bershopping . Tapi sekarang ?Aiyoyo ..’

“Ala , abang ni . Hari tu die yang janji nak belanje kite .” Asya mula merajuk . ‘Ape punye abang la , bukan selalu dapat hang out macam ni . Dah la orang rindu . Lame tu tak jumpe , semenjak abang kahwin dengan Ara lagi . Dah lapan tahun !Ni pun abang balik tiga bulan je .Tapi , sebenarnya tak pun . Haha !mana tak nya setiap tahun pasti dia akan ke UK untuk berjumpa dengan abang dan juga sahabatnya itu . Tidak disangka , Ara juga sebenarnya menaruh hati kat abang . Bahagia sungguh sahabatnya sekarang , terima kasih abang !’

“Hello !dengar ke tidak ni ?” Wajah Nafham telah bertukar kelat . Asya kembali memujuk dengan menarik tangan Nafham manja . Tidak menyedari ada sepasang mata yang memandang kosong .

“Assalamualaikum , Nafham bukan ?” Terkedu Asya mendengar suara yang menyapa . Mana mungkin dia lupa suara itu , suara yang garang memarahinya setiap kali dia lewat datang ke sekolah . Tetapi kali ini suara itu lembut menyapa , dengan perlahan Asya memalingkan mukanya . Tidak tahu berapa lama dia tergamam , sedar-sedar abang dah ada dalam pelukan lelaki itu . ‘Aiykkk ?abang !what going on ? kenapa abang peluk die ? abang kenal ke ? Oh no !!!’

Asya hanya membiarkan dua sahabat itu berbual , dia hanya berdiri tegak disebelah abang . Macam patung pun ada .

“Ham , kau tak nak kenalkan isteri kau ni kat aku ke ?” Suara Isharq tiba-tiba .‘Erk ?isteri ?Haha !die ingat aku isteri abang ? patut muke kelat semacam je tadi . Cemburu rupanya .Perasan !
Nafham tergelak halus , “Meet my lovely sis , Tengku …”

“Nurasya Tizhani binti Tengku Farouk” Sambung Isharq perlahan . Abang terkejut . Asya pulak ?terkedu abis , die masih ingat nama aku ? Oh god !!!

“Kau kenal adik aku erk ?Ohhh , ok . Aku lupa , dulu kau satu sekolah dengan Asya .” Isharq tidak mempedulikan pertanyaan Nafham , matanya ralit memandang wajah wanita yang menjadi sumber inspirasinya untuk berjaya . Siapa tahu , dalam diam Isharq juga menyimpan perasaan yang sama seperti Asya .

“Sharq ?” Nafham melayangkan tangan nya ke hadapan muka Isharq . Merah padam muka Asya menahan malu .

“Sorry , abang adik nak pegi ladies .” Suara Asya perlahan , hanya allah saje yang tahu bagaimana hatinya berdetak saat ini . Hampir lima belas minit Asya menenangkan perasaanya di dalam tandas .Akhirnya , dengan penuh keyakinan dia melangkah keluar . Tapi ..wajah itu sudah tiada . Asya hampa !

“Lamanya , penat abang tunggu tau . Dah jom balik .” Kali ini Asya tidak membantah , hatinya benar-benar kecewa .
Sudah dua bulan peristiwa Asya bertemu dengan Isharq , tapi wajah Isharq tetap berada di dalam ingatan Asya . “Eihhh , ape ni . Shuh !Shuh !pegi main jauh-jauh la . Aku taknak tengok muka kau yang macam singa tu lagi .” Asya bersuara sendirian .

“Nak halau sape tu dek ?hantu ?” Nafham sudah tergelak melihat reaksi adiknya sebentar tadi .

“Abang ni , suka buat adik terkejut la . Nasib baik tak lemah semangat .”

“Abang pulak , die tu yang tak betul . Ade cakap sorang-sorang . Macam orang gile !”Jawab Nafham separuh mengusik.
Asya sudah memuncung , “Abang !” Pantas jejari Asya mencubit perut abangnya .

“Adik !sakit , ok sorry sorry . Sakit la adik .”
Asya menghentikan cubitan setelah dia berasa puas .

“Sorry naik lorry la !” Jawab Asya merajuk .

“Adik abang ni merajuk ke ? Abang taknak pujuk dah . Suruh bakal suami adik pujuk la .” Jatuh bawah rahang Asya sekejap . Terkejut abis ! ‘Bakal suami ?ape abang merepek ni ?’

“Tak payah nak buat lawak yang tak berape nak lawak la abang .”Balas Asya separuh gentar .
Muka Nafham kelihatan seriuose , Asya cuba menelan air liur tapi bagai tersekat di kerongkong .

“Adik ingat lagi kan , dulu adik pernah janji ngan abang . Adik bagi abang pilih suami untuk adik . Abang dah ade calonnya . Minggu depan mereka datang merisik ,sekaligus bertunang . Sebulan lepas tu kahwin .”Asya kaku di tempat duduknya . Mulutnya seakan di gam .Abang !

Sejak dari malam itu , Asya hanya mendiamkan diri . Apa boleh buat , dia sudah terlanjur berjanji . Makin dilupakan wajah yang satu itu , makin dekat pula dia datang . ‘Ah !cinta monyet .’ Tibalah di hari pertunangannya . Nafham memberitahu bahawa bakal tunangnya tidak dapat datang .‘Ah !ade aku kisah ?’ Jawabnya dalam hati . Melihat layanan baik bakal ibu mertuanya , Asya jatuh sayang . ‘Siapa tunang aku erk ?macam loaded jer , tengok dari barang hantaran macam tak cukup je 30ribu . Ni baru tunang , kahwin nanti macamane la . Ah , lantaklah !’

Kini sudah sebulan dia menjadi tunangan orang , tetapi sekalipun dia belum pernah bertemu dengan tunangnya . Kenal pun tidak .sehinggalah pada hari pernikahannya tiba .

“Ara , aku berdebar la . Kenape ni ? Padahal aku tak kenal pun die .Aduh ..”

“Siapa kata kau tak kenal ?”Tanya Ara sambil tersengih . Baru Asya ingin bertanya , bonda sudah memanggilnya turun . Bakal suaminya sudah sampai . Asya turun dengan bedebar , sekalipun dia tidak mengangkat muka kepada tetamu yang memandangnya . Malu !
Tidak lama kemudian , akad nikah pun berlangsung . Tengku Farouk sebagai wali . Makin bertambah gila debaran di hati Asya . Asya tidak mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan ayah kepada bakal suaminya itu . Tiba-tiba ..

“Aku terima nikahnya Tengku Nurasya Tizhyani binti Datuk Farouk dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai” Dengan sekali lafaz Asya sah jadi milik lelaki yang dia tidak kenal , debaran semakin menggila apabila tiba upacara pembatalan air sembayang .

“Assalamualaikum,” Terkedu Asya mendengar suara itu , laju mengangkat mukanya . Air matanya turun dengan laju memandang wajah itu , hatinya yang gundah sebentar tadi menjadi lega seleganya . Isharq !
Dengan lembut Isharq menghapuskan air mata Asya . Selesai menyarungkan cincin pada jari Asya , Asya tunduk bersalam dengan suaminya dan untuk kali yang pertamanya lelaki lain mengucup dahinya selain abang dan abi .

Asya sedang menyisir rambut sewaktu Isharq melangkah masuk ke dalam bilik dan menuju ke arahnya . Terkedu Asya . Isharq tersenyum lembut , dipegang tangan Asya dan dibawa menuju ke katil . Asya ?terkedu abis , kalau dulu Isharq buat begitu pasti makan penumbuknya . Tapi kini Asya tidak mampu untuk menolak .

“Asya taknak cakap pape dengan saye ?” Tanya Isharq lembut .Asya hanya membatukan diri .

“Ok , let me explain to you . Mase saye terserempak dengan Asya dan abang kat shopping complex dulu , hati saye hancur . Sebab saye ingat Asya dah kahwin dengan abang , kawan baik saye sendiri . Sebenarnya dah lame saye sukakan Asya . Sejak pertama kali kita berjumpa .”Asya terkedu , implication 1 : Sharq suka Asya . Implication 2 : Asya suka Sharq . Conclusion : Sharq dan Asya suka sama suka . ‘Oh no !’

“Betul ke ?” Tanya Asya binggung . Sharq tersenyum mengangguk . Bukan dia tidak tahu , isterinya juga mempunyai perasaan yang sama itupun setelah Ara membuka mulut dua hari sebelum mereka bernikah . Pantas Sharq menarik tubuh Asya ke dalam pelukannya . Perlahan Asya membalas pelukannya .‘Alhamdullilah , inilah cinta monyet aku ! Terima kasih Ya Allah !’

-TAMAT-

Sunday, September 13, 2015

10 Blogger dengan Pendapatan Terbanyak di Dunia

Kini pekerjaan sudah semakin kompleks, dan sudah banyak orang yang berpusu-pusu  untuk mencari keuntungan dalam bidang teknologi, khususnya internet. Melalui artikel ini, kami akan memberi tahu kamu, siapa orang-orang yang mendapatkan keuntungan tertinggi di dunia melalui blog yang dikelolanya. Diawali dengan tulisan-tulisan sederhana, kini ke-10 orang berikut telah menjadi raja blog di dunia. Siapa saja mereka? Ini dia 10 Blogger Terkaya Di Dunia.

Pete Cashmore

Pete Cashmore 

Sebagai pembuka dari list kita, ada Pete Cashmore yang merupakan Founder dan CEO dari Mashable.com. Untuk kamu yang sering sekali blogwalking dengan tema teknologi, pasti sudah sangat tidak asing lagi dengan blog ini. Mashable.com merupakan situs yang membahas mengenai teknologi, bisnis, hiburan, dan gaya hidup. Coba teka berapa pendapatan yang diperoleh setiap bulan dari blog tersebut? Luar biasa, sekitar $560.000!

Michael Arrington

Michael Arrington 

Selain Mashable.com, tentu kamu tau dengan TechCrunch.com kan? Founder dari blog ini adalah Michael Arrington dan Ia berusaha menyediakan situs yang selalu up-to-date mengenai teknologi dan gadget. Penghasilan perbulan dari Michael Arrington yaitu sebesar $550.000.

Perez Hilton

Perez Hilton 

Berpaling sejenak dari dunia blog teknologi, Perez Hilton menyediakan informasi yang lengkap mengenai entertainment dan fotografi. Penghasilannya juga cukup fantastis lho, mencapai $400.000 per bulan.

Vitaly Friedman

Vitaly Friedman 

Vitaly Friedman merupakan blogger terkaya ke-empat di dunia. Ia memiliki blog bernama SmashingMagazine.com dan menjadi salah satu pionir dalam urusan artikel design web dan development. Melalui blog tersebut, Vitaly berhasil mendapatkan kocek sebesar $150.000 per bulan.

Timothy Sykes

Timothy Sykes 

Urutan berikutnya dalam list kita adalah Timothy Sykes yang merpakan pemilik dari blog TimothySykes.com. Situs yang membahas mengenai finansial dan pasar saham tersebut berhasil mendatangkan income sebesar $180.000 per bulan, dan $2.000.000 perbu lan melalui bisnes saham yang Ia kelola.

Jake Dobkin

Jake Dobkin 

Jake Dobkin adalah pemilik dari blog Gothamist.com. Gothamist ialah situs yang membahas mengenai segala hal yang berkaitan dengan makanan, seni, dan acara. Melalui blog tersebut, Jake mendapatkan keuntungan sebesar $110.000 per bulan.

Collis Taeed

Collis Taeed 

Berikutnya ada Collis Taeed. Ia adalah blogger yang mengelola TutsPlus.com. Situs tersebut akan memberikan pengunjungnya berbagai informasi mengenai ilmu, tutorial, dan bermacam-macam informasi berharga tentang aplikasi desain dan software. Pendapatannya mencapai $120.000 per bulan.

Gina Trapani

Gina Trapani 

Lifehacker.com juga sering kita jumpai di internet ya. Blog populer yang membahas mengenai teknologi tersebut dimiliki oleh Gina Trapani dan berhasil meraih pendapatan hingga $110.000 perbulan. Pendapatan sebesar itu tentu saja membawa Ia menjadi blogger terkaya ke-8 di dunia.

Matt Marshall

Matt Marshall 

Matt Marshall adalah seorang blogger yang memiliki situs terkenal yaitu VentureBeat.com. Melalui situsnya yang membahas mengenai teknologi dan keuangan tersebut, ia mendapatkan profit sebesar $50.000 hingga $100.000 setiap bulannya.

Ewdison Then

Ewdison Then 

Terakhir ada Ewdison Then yang merupakan co-founder dari SlashGear.com. Situs tersebut Ia sediakan sebagai sarana menyampaikan artikel bertemakan elektronik dan berita teknologi kepada pembaca. Melalui situsnya tersebut, Ia mendapatkan profit sebesar $50.000 setiap bulannya.

I Love You Silently



Aku sering melakukannya. Sungguh sangat sering sampai aku sudah hafal bagaimana rasanya dan juga apa resikonya atas tindakan yang ku lakukan itu. Namun, hal itu justru membuatku ketagihan dan melakukan hal yang serupa walau akhirnya aku harus meneteskan air mata. Mencintai seseorang secara diam-diam. Hal itu terdengar wajar dan mungkin biasa saja. Tapi, pernahkah kau mencintai seseorang secara diam-diam? Apakah kau merasakan hal biasa? Aku tidak. Aku sungguh tidak menyukai hal itu terjadi padaku namun aku menikmati hal itu terjadi padaku.

Seruni berjalan seorang diri di koridor sekolahnya sambil membawa tumpukan buku yang harus ia serahkan kepada guru Bahasa Indonesia yang sudah menantinya di ruang guru. Seruni merupakan gadis pintar yang selalu menjadi murid kesayangan guru yang mengajarnya. Walau termasuk pintar dalam semua bidang pelajaran, dalam bergaul dan bersosialisasi Seruni tidak sepintar teman-teman yang lain. Tumpukan buku yang cukup tinggi itu cukup mengganggu jarak pandang Seruni. Namun bukan berarti buku itu dapat menghalangi jarak pandangnya untuk melihat Diar di seberang lapangan sana. Saking sibuknya memerhatikan Diar yang sedang tertawa bersama teman-temannya, membuat kaki Seruni tersandung dan menjatuhkan semua buku yang ia bawa.

Gerdiar Priatmodjo merupakan seniornya yang saat ini sedang sibuk memersiapkan diri menghadapi Ujian Nasional. Dari pandangan secara umum, tidak ada yang spesial dari lelaki yang akrab dipanggil Diar itu. Dia bukan seorang pemain basket, bukan ketua Osis, atau ketua ekskul lainnya. Dia juga bukan pria tampan yang berpenampilan keren dengan mobil atau motor sporty ataupun pria pintar dengan segudang prestasi. Itu semua tidak menggambarkan Diar. Diar adalah lelaki yang mengenakan kacamata, yang hobi mengenakan kaos dan sepatu converse serta vespa andalannya yang terlihat sederhana namun tidak aneh. Untuk sebagian anak gaul, mungkin penampilan Diar terlihat geeky. Namun tidak untuk Runi. Di matanya Diar nampak tampan apa adanya.

Melihat buku-buku berhamburan di bawah kakinya, Runi segera mengambil dan merapikannya kembali dibantu seorang teman yang kebetulan melintas di dekatnya. Diar mengalihkan pandangannya ke arah Runi. Mereka saling berpandangan satu sama lain. Kemudian Runi menunduk dan tersenyum sendiri sambil berlalu pergi. Sudah hampir satu tahun Runi memendam rasa untuk Diar. Entah sampai kapan perasaan itu harus ia pendam. Padahal ia tahu sebentar lagi Diar akan lulus dan meninggalkan sekolah itu. Artinya, tak ada lagi Diar di pagi, siang atau sore Runi. Yang tersisa mungkin hanya bayang semu Diar yang mampu digambarkan oleh penglihatan Runi atau doa-doa yang dipanjatkan Runi agar Tuhan mempertemukan mereka di dalam mimpi Runi.

Sudah sering beberapa sahabatnya menyarankan agar Runi bisa mengungkapkan perasaan yang sudah ia pendam untuk Diar. Terlebih lagi ketika salah satu sahabat Runi tahu bahwa Diar dan Runi sama-sama berstatus single, hal itu membuat sahabat-sahabat Runi semakin medesaknya untuk mengungkapkan perasaanya kepada Diar.
“Aku merasa puas walau aku hanya bisa mengaguminya dari jauh. Ketika kamu sudah merasa puas atas apa yang kamu lakukan, adakah hal lain yang akan kamu lakukan?” Kata-kata itu selalu dilontarkan Runi apabila sahabatnya mendesaknya untuk mengungkapkan perasaannya kepada Diar.
Vina, salah satu sahabat baik Runi kemudian mengerutkan keningnya sambil menatap Runi secara dalam. “Kamu jahat sama perasaan kamu sendiri dan juga sama Diar.”

Runi hanya balik menatap Vina dengan pandangan yang heran, kemudian Runi mengangkat kedua bahunya tanda tidak mengerti atas pernyataan yang Vina lontarkan untuknya.
“Iya, kamu jahat. Kamu gak ngizinin perasaan kamu untuk jujur. Kamu cuma membiarkan dia terpendam semakin dalam walau kamu tahu kalau sebentar lagi Diar akan pergi. Perasaan itu bukan cuma untuk dipendam terus-menerus Run, tetapi juga untuk diungkapkan.”
“Aku takut. Bagaimana kalau Diar gak suka sama aku.?”
“Bagaimana kalau Diar ternyata suka sama kamu?”
“Kalau Diar suka sama aku, pasti dia udah nyatain perasaannya ke aku dari dulu, Vina. Tapi, buktinya sekarang engga kan?”

“Gimana kalau dia juga sama kayak kamu? Dia takut kamu akan nolak dia? Mau sampai kapan kalian tenggelam sama perasaan kalian sendiri yang gak mampu kalian ungkapkan?”
Beberapa saat kemudian, handphone Runi berbunyi. Ternyata itu adalah telepon dari wali kelasnya yang memerintahkan agar Runi segera menemuinya di ruang Guru. Kemudian Runi bergegas menuju ruang guru dan meninggalkan Vina yang masih berdiri di balkon, depan kelasnya.

Di perjalanan menuju ruang Guru, Runi melihat Diar yang sedang asyik bercanda dengan teman lelaki ataupun wanitanya. Tiba-tiba saja perkataan Vina barusan kembali memenuhi pikirannya. “Mau sampai kapan kalian tenggelam sama perasaan kalian sendiri yang gak mampu kalian ungkapkan?”
“Apa Diar memiliki perasaan yang sama dengan yang ku rasakan? Bagaimana jika Diar melakukan hal yang sama dengan apa yang aku lakukan? Mencintai seseorang secara diam-diam.” Runi hanya mampu bertanya dalam hati saat melintas di hadapan Diar.

Ada yang aneh dari Diar di penglihatan Runi. Ya, kali ini Diar tidak mengenakan kacamata andalannya itu. “Where is your sunglasses?” tanya Runi dalam hati. Jujur kacamata Diarlah yang berperan sebagai magnet yang dapat menyedot perhatian Runi saat pertama kali melihat Diar. Tapi kini, tanpa kacamata pun Runi tetap mengagumi Diar. Diar memang selalu tampan apa adanya.

Hari demi hari terus berganti, namun Runi tetap pada pendiriannnya untuk mengaggumi Diar secara diam-diam. Dua hari lagi merupakan pengumuman kelulusan. Mengingat hal itu, sahabat Runi semakin mendesaknya agar Runi dapat menyatakan cinta kepada Diar. Mereka mengatakan jika Runi tidak segera mengungkapkan rasa yang selama ini dipendam, suatu saat Runi akan menyesal selama hidupnya. Merasa seperti terintimidasi, Runi bersikap seolah tenang. Namun tanpa diketahui yang lain, hati Runi menjadi gundah gulana.

Ya memang benar, sebentar lagi pengumuman kelulusan. Mungkin di saat itulah Runi akan melihat Diar terakhir kalinya di sekolah sebagai siswa sekolah itu. Setelah itu, Runi mungkin tidak bisa lagi mengagumi Diar secara diam-diam, memandangi Diar dari kejauhan, atau sekadar melihat senyuman Diar di setiap sudut sekolah. Dan yang paling memiriskan, tak ada lagi medan magnet dari kacamata Diar yang menarik perhatian Runi. Ya, tidak akan ada lagi. Mengingat semua itu, pikiran Runi seakan menjadi semerawut. Ia mondar-mandir ke sana ke mari di dalam kamarnya. Jujur, ia tidak siap untuk kehilangan satu sosok yang selalu menyedot perhatiannya di sekolah.

“Mungkin Vina benar. Aku harus mengungkapkan segalanya kepada Diar. Aku tidak bisa menahan rasa ini lebih lama.” Ujar Runi seorang diri sambil menghadap ke cermin.

Hari yang ditunggu-tunggu sebagian besar siswa akhirnya tiba. Di sekolah Runi, 100 persen siswa yang mengikuti ujian dinyatakan lulus. Runi tersenyum ketika mendengar kabar itu. Yang terlintas pertama kali di pikirannya saat itu tentu Diar. Runi segera menghampiri kerumunan siswa kelas tiga yang sedang berkumpul di dekat papan pengumuman kelulusan.
Matanya berkeliaran ke sana- ke mari, namun target yang ia cari tidak dapat ditemukan. Medan magnet yang biasanya dapat menyedot perhatiannya, tidak dapat ia rasakan.

“Di mana Diar?”

Rasa cemas perlahan mulai menghampiri Runi saat ia tidak berhasil menemukan Diar. Dari sudut ke sudut sekolah sudah ia jamahi, namun tanda-tanda kehadiran Diar tidak dapat ia rasakan. Sampai akhirnya ia baru bisa bernapas lega ketika melihat Hans, salah satu sahabat Diar. Biasanya, jika ada Hans itu artinya ada Diar, begitupun sebaliknya. Runi memutuskan untuk menghampiri Hans yang sedang tertawa dengan teman seangkatannya atas kelulusan mereka.

“Kak Hans!”
Hans menoleh ke arah suara itu berasal dan kemudian menghampiri Runi yang berdiri tidak jauh dari tempat Hans dan teman-temannya berkumpul.
“Iya, ada apa Runi?”
“Selamat ya atas kelulusan kalian. Semoga kalian semakin sukses.”
“Makasih banyak loh!” dahi Hans mengerut sambil menatap Runi yang celingukan seperti sedang mencari sesuatu. “Kamu cari apa?”
“Engga. Eh itu.. Sebenarnya aku mau tanya, Kak Diar di mana ya? Ada yang ingin aku omongin sama dia.”
Hans mengangguk-angguk perlahan. “Oh jadi kamu lagi nyari Diar? Diarnya gak ada. Kamu kayak Diar aja deh. Kerjaannya celingukan. Tapi biasanya yang aku tahu, Diar yang celingukkan nyariin sosok kamu, eh sekarang kamu yang nyariin dia.”

Mata Runi seolah terbelalak menatap tajam lelaki yang berdiri di hadapannya.
“Maksud Kakak apa? Terus sekarang Kak Diarnya belum datang ya?”
“Ya aku sih gak berhak ngomong apa-apa ke kamu. Seharusnya Diar sendiri yang ngomong, Tapi cowok yang mentalnya sebesar biji kacang kedelai jangan kamu andalin, Run.”
Runi hanya mematung, bingung dan tidak mengerti apa maksud dari perkataan Hans barusan. Namun Hans tetap berbicara semaunya meski banyak pertanyaan yang muncul di pikiran Runi.
“Belum sampai di garis finish, eh tuh orang malah kabur ke Birmingham. Alasannya sih mau ngelanjutin studi, Run. Tapi dadakan gitu sampai aku dan sahabatnya yang lain belum dapat kabar lagi dari dia.”

Runi seolah sulit bernapas. Banyak hal yang mengganggu pikirannya secara tiba-tiba.
“Oh, jadi sekarang dia udah di Birmingham?” suara itu jelas terdengar ke luar dengan sedikit paksaan. Terdengan serak dan tak beraturan.
Dengan santai, Hans menganggukkan kembali kepalanya. “Ya. Tapi kalau aku jadi dia, mungkin aku akan ngomong ya sebenarnya sama kamu. Run, aku tinggal dulu ya. Bye!”

Hans berlari menghampiri sahabat-sahabatnya yang sedang tertawa kegirangan. Seperti tak ingin ketinggalan momen apapun, Hans segera bergabung dan meninggalkan Runi yang mematung dengan seribu pertanyaan yang muncul di kepalanya.

Mengaggumi seseorang secara diam-diam ternyata tidak semudah yang dipikirkan. Ada banyak hal yang harus kau korbankan tanpa mendapatkan apa-apa selain kebahagiaan yang sementara. Dulu, aku berpikir aku akan bahagia walau hanya melihat senyumnya dari kejauhan. Namun, bukankah dia tidak akan berdiri selamanya, di tempatnya saat ini? Sewaktu-waktu dia akan pergi tanpa pernah kau tahu dan kau mengerti.

Tanpa pernah lagi kau bisa mengejarnya atau sekadar menahannya. Selalu ada pengorbanan yang kau korbankan dari mencintai seseorang secara diam-diam. Kau harus rela bahwa ia tidak akan pernah tahu akan kehadiranmu atau kau harus rela saat kau tahu dia telah menjadi milik seseorang yang berani mengungkapkan. Jika cinta memang harus diungkapkan, maukah kau memberikanku kesempatan untuk mengungkapkannya? 


Cerpen Karangan: Ziah Nur Aisyah
Blog: www.ziah1995.blogspot.comwww.facebook.com/ZiAhnuraisyah

Sunday, June 28, 2015

TRICK OPERA MINI CELCOM CGI TERBARU 2015




sila ikuti cara-caranya dgn betul...

1. download opera mod CELCOM di sini Download

2. set ip :80.239.242.253:80 = global-4-lvs-seele.opera-mini.net

3. restart fon.

selamat mencuba....


Thursday, June 25, 2015

Aku Lelaki Macho



Nama Pena: Domi Nisa

“Fiz, ada orang kirim salam!”sergah rakan sekerja Hafiz si Amri, lalu melabuh duduknya di hadapan Hafiz.

“ Hrmm, iyalah?” jawab Hafiz malas.

“Kau ni punyalah ramai awek-awek cun minat kat kau, boleh kau buat der, je? Hairan aku,”

“Buat apa awek ramai bro kalau kita inginkan isteri setia seperti Khadijah, secantik Zulaikha, sebijak Siti Aisyah, setabah Siti Fatimah,” tempelak Hafiz berfalsafah sambil memperbetulkan kedudukannya agar lebih selesa sedikit.

“Wah! Dah mula nak ceramah agama ke? Bagus betul didikan kak Hanan ni, boleh melahirkan seorang perintis ilmuwan Islam di masa hadapan kelak,” sakan Amri tersengih-sengih.

“Aku tak layak menjadi seperti dia, Am. Ilmuku hanya senipis kulit bawang tambahan pula sejak dia tinggalkan aku, aku sudah lupa segala ajarannya padaku,” sayu saja suara Hafiz.

“Kau ni memang! Tapi tak pelah, asalkan namanya sentiasa tersebut dibibirmukan? Hahaha….” Amri ketawa besar, suka sangat dia melihat hidung si hafiz mengembang bangga bila nama kak angkatnya itu dikaitkan dengan diri si sahabatnya itu.

“Itu semestinya, hanya namanya di sudut hatiku dari dulu hinggalah sekarang.”

“Angau betul kau ni, dia nak ke dekat kau yang kaki lepak di kedai kopi bukannya kaki masjid,” ejek Amri lagi sebelum berlalu meninggalkan Hafiz yang masih tersengih seorang diri mengenangkan kakak angkatnya itu.

“Mak tolonglah kawanku sudah terpingin mahu memperisterikan ustazah Hanan Imani, ni!”

Nyanyian dari rakannya yang sudah beberapa langkah keluar dari kedai itu masih didengari oleh cuping telinganya, sebuah senyuman terbit dibibir, hatinya juga turut mekar berbunga.

“Kakak Hanan, bilakah kakak mahu pulang ke Malaysia?”Hafiz di sini sentiasa menanti akak.”

*****

“Assalamualaikum mak cik,”

Wa’alaikumussalam, ya Allah Hanan 5 tahun tinggal Malaysia akhirnya kau balik juga ya, nak,” balas mak kepada Hafiz yang juga merupakan mak angkat Hanan.

Hanan membalas dengan senyuman manis berserta mengucup lembut tangan si tua itu sebelum bersuara kembali

“ Eh, mana Hafiz mak cik? Dah lama tak tengok dia,”

“Hmm.. terasa berat pulak mak cik nak bagitahu kamu tentang perangai Hafiz sekarang ni… Hanan, Hafiz dah jauh melencong, mak cik harap dengan kepulangan Hanan kali ini dapat mengubah Hafiz kembali,” keluh orang tua si Hafiz mengenangkan sikap anaknya yang sudah jauh berubah.

“Maksud mak cik?” soal Hanan dengan keliru, sambil berjalan beriringan dengan mak angkatnya untuk melabuh duduk di kerusi rotan.

“Sejak kamu tinggalkan Malaysia, dia semakin liar. Solat dan puasa memang liat nak tunaikan apatah lagi nak belajar, mak cik dan pak cik dah habis berikhtiar untuk menasihati dia, dia degil tak mahu dengar cakap kami. Kami tahu, dia akan dengar cakap kamu saja. Kamu ibarat kakaknya dari kecil lagi dia membesar bersama kamu ketika kami sibuk mencari rezeki, kami harap kamu dapat kembalikan dirinya yang sebenar.”

Hanan tergamam dalam hatinya dia beristighfar panjang. Dia memang tidak menjangka sepeninggalannya ke Mesir telah memberi impak yang cukup berkesan dalam hidup adik angkatnya itu. ‘Kalau kesan yang baik tak pe jugak, ni tak?’

“Mak! malam ni orang balik lewat tau,” laung Hafiz bila kakinya menjejak ke dalam rumah tanpa menoleh pada tetamu yang hadir itu.

“Elok sangatlah tu, malam-malam jumaat nak jadi kutu rayap bukannya nak ke masjid buat solat-solat tahajjud ke lagi bagus,”

“Assalamualaikum adik,”

Hanan memberi salam sebaik saja dia menoleh pada Hafiz, sebuah tersenyum terukir dibibrinya, lembut. Hafiz tercengang seketika, matanya sedikit mengecil cuba mengecam wajah tetamu itu.

Kak Hanan! seru Hafiz teruja, hatinya berdegup kencang bagaikan nak rak bila wajah gadis pujaannya itu menerjah dikornea matanya.

“Sihat dik?” tanya Hanan bila mak angkatnya sudah beredar ke dapur.

“Sihat kak. Hrmm, akak pulak macamana? 5 tahun tinggalkan Malaysia pasti banyak perkara yang hendak dikongsikan dengan Hafiz kan?” suara Hafiz, riang. Dia mengambil tempat di hadapan kakak angkatnya itu. Dalam hatinya satu perasaan getar mula terbit bila mata bertentang mata, tapi cepat-cepat disepak terajang keluar.

Hanan tergelak sopan, wajah adik angkatnya yang kian berubah mengikut usia dipandang lembut. Dalam hatinya dia sangat kecewa dengan sikap Hafiz yang sudah banyak berubah, berambut terpacak tinggi ibarat menara Petronas, berpakaian menampakkan susuk tubuhnya yang sasa itu, tidak seperti dulu lagi. Dia juga tertanya-tanya ke mana hilangnya didikan agama yang diterapkan pada adik angkatnya pada ketika dahulu?

“Adik, akak ada dengar macam-macam cerita yang tak elok tentang adik, betul ke?”

Hafiz tersengih, dalam hatinya dia menyalahkan kakak angkatnya itu, kerana pergi meninggalkannya terlalu lama sampaikan dia jadi begini.

“Ni mesti adik dah lupa nasihat-nasihat yang akak bagi dahulu, kan? Kalau macam ni adik memang tak macholah!” usik Hanan diselangi dengan tawanya.

“Hey, mana ada? Kalau akak nak tau, ramai aweks tergila-gilakan adik sebab wajah adik yang macho ni, tau,” jawab Hafiz membela dirinya dengan bangga.

“Hmmm, no!no!no!” protes Hanan sambil mengerakkan jari telunjukknya ke kiri dan kanan tanda dia tidak bersetuju.

“Machonya seorang lelaki bukan terletak pada ketampanan raut wajahnya tapi pada solat 5 waktunya yang cukup sempurna, tidak kira di mana dia berada,”

“Itu adik tahulah kak sejak dulu lagi akak asyik cakap benda ni, tapi sejak akak pergi adik rasa malas nak buat, sebab tak de orang nak nasihatkan adik,”adu Hafiz, suara manja.

“Adik…, takkan nak akak ketuk kepala adik selalu, baru adik nak buat perkara-perkara yang wajib adik lakukan,”

“Tapi kalau akak jadi isteri adik nanti, pasti adik akan jadi baik! Tak perlu disuruh adik akan segera lakukan dengan senang hati,” gurau Hafiz namun hatinya berdoa agar kakak angkatnya itu mengerti akan perasaannya ini.

“Hmm, adik ni ngada-ngada tau!”

*************************

2 bulan Hanan dikampung membuatkan Hafiz semakin seronok. Setiap hari dia akan pastikan solatnya dilakukan di masjid, segala hutang solat dan puasanya sedang dia berusaha mengqadakannya. Dia benar-benar bertekad akan berubah demi mendapatkan cinta dari kakak angkatnya itu.

Selesai dari solat zohor di masjid Hafiz sengaja singgah di rumah kak angkatnya kerana ingin berkongsi masalah disamping ingin berjumpa mata dengan buah hatinya itu.

“Kak hanan, kenapa ramai-ramai tadi?” soal Hafiz pelik bila punggungnya mencapai wakaf yang terletak dihadapan rumah Hanan.

“Err..takde apa-apalah Hafiz.” Hanan seolah cuba menyembunyikan sesuatu dari adik angkatnya itu.

“Laa, Hanan kau tak bagitahu Hafiz ke, yang kau dah bertunang?” sampuk ibu Hanan seketika sebelum berlalu naik ke rumah.

“Bertunang?” Suara Hafiz berlahan, hatinya dipagut sedih, kecewa dan terkilan kerana niat untuk memiliki kakak angkatnya itu hancur berkecai.

“Hafiz?” Panggil Hanan bila melihat Hafiz kelihatan tercengang.

“Eh! Tahniah kak,” ujar Hafiz cuba memaniskan wajahnya. Hanan pula tersenyum bahagia.

Sejak balik dari rumah kak angkatnya tempoh hari, Hafiz banyak termenung memikirkan kenapa Hanan tidak nampak akan perasaan cintanya itu. Dia sangat kecewa, dia sangkakan dia telah berubah, kak angkatnya akan suka padanya tapi ternyata tidak! Sudah pening otaknya berfikir kenapa cintanya tidak berbalas, apakah perlu dia berterus terang saja?

Asyik dia mengeluh, dia teringat kata-kata Amri tadi tentang tawaran kerja di Melaka. Dia berfikir sejenak sebelum mencari kelibat maknya di dapur.

“Mak, Fiz rasa nak tukar anginlah, Fiz ingat nak kerja di Melaka pulak,” suara Hafiz pada maknya di dapur yang sibuk mengacau air teh untuk minum petang buat mereka sekeluarga setelah mendapatkan maknya.

“Hah! Yang tiba-tiba ni kenapa? Hmm mak tak kesah asalkan Fiz suka sudah, mak akan restu Fiz, tak kira Fiz di mana,”

“Nak tambah pengalaman, hujung minggu ni Fiz akan bertolak ke sana ya, mak,”

“Apa-apa jelah.”

Jawapan dari maknya telah memberi satu kebebasan padanya, kebebasan untuk terbang jauh dari orang yang dipujanya, menghilang sementara waktu untuk merawat parut dihati yang entah akan pulih atau pun tidak.

“Maafkan Hafiz, kak. Hafiz terpaksa pergi dari sini tanpa pengetahuan akak, memandangkan tiada guna Hafiz di sini kalau akak tidak dapat Hafiz miliki,” rintih Hafiz dalam sendu lenanya.

**********

“Ya Allah aku sangat menyintainya, salahkah aku menyintainya? Kenapa Engkau mengujiku sedemikian rupa? Aku sungguh terseksa menanggung rindu pada orang yang tak sudi,” rintih Hafiz dalam doanya. Selepas solat tadi dia masih beri’tikaf di masjid seorang diri memandangkan perutnya masih lagi tidak lapar. Dia mahu mencari ketenangan di rumah Allah. Dia mahu mengadu domba pada yang Esa.

“Assalamualaikum, adik sorang ke?”

Hafiz yang baru selesai berdoa lantas mendongak pada suara yang menegurnya tadi, sesaat kemudian dia mengangguk perlahan.

“Abang rasa adik bukan asal sini, kan? Sejak semalam lagi abang tengok adik duduk di masjid ni, kenapa?”

“Aah, saya dari Kedah bang, semalam saya baru mula kerja di sini, rumah sewa pun belum ada lagi jadi saya tumpang tidur di masjid dulu,”jawab Hafiz jujur.

“Ooo, patutlah,”

“Abang, ustaz yang bagi tazkirah tadi, kan?” soal Hafiz

“Aah,tak payah berustaz-ustaz panggil je, abang Asrul, mesra sikit,” balas Asrul dengan senyuman manis dibibir.

“Terima kasih bang,”

“Macam tu lah, sama-sama. Hmm, memandangkan adik tak de tempat tinggal, apa kata adik tumpang rumah abang buat sementara waktu? Lagipun rumah abang ada banyak bilik kosong, semua adik beradik abang tinggal di rumah sendiri,”

“Boleh ke bang? Takut menyusahkan pulak,”

“Tak pe, kalau takut menyusah sangat, bayar sewa tiap-tiap bulan habis kes.”

Mereka ketawa serentak.

Sebulan menjadi penyewa di rumah Asrul, merapatkan lagi perhubungan Hafiz dengan keluarga Asrul. Hafiz sangat suka bergaul dengan lelaki itu memandang Asrul seorang mudah didamping bersesuaian dengan gelaran ustaz padanya, keluarga Asrul pun sama, sangat baik terhadap dirinya itu.

“Betul ke abang, haram kita meminang seorang perempuan yang sudah dipinang lelaki yang lain?” tanya Hafiz pada Asrul masa mereka berjalan bersama-sama mahu pulang ke rumah.

Asrul memandang Hafiz dengan tenang sebelum menjawab persoalan itu.

“Memang menjadi dasar dalam Islam tidak membenarkan peminangan ke atas wanita yang sudah bertunang kerana boleh mencetus perang dunia ke tiga antara ke dua lelaki, berdasarkan hadis dari Ibn Umar berkata melalui Rasulullah saw ada berbunyi: “Nabi melarang, seorang lelaki meminang wanita yang sudah dipinang hinggalah peminang asal meninggalkannya atau mengizinkannya..” (Riwayat Bukhari hadis no.4848). Bila dilihat pada hadis itu memang haramlah seseorang lelaki masuk line bila ada seorang lelaki lain sudah pinang gadis itu kecuali lelaki itu mengizinkannya, ingatnya Fiz jangan cuba nak gatal-gatal merebut pulak takut nanti gadis itu dahlah tak dapat lepas tu, nyawa pulak yang melayang, tak gitu,” jelas Asrul diselangi gurauan.

“Kenapa tanya, ada terlintas nak berebut tunangan, orang ke? usik Asrul lagi bila tawa mereka reda, mengundang kegugupan dalam hati Hafiz seketika.

“Er.. sebenarnya…”

“Cakaplah Fiz, abang tahu Hafiz ada masalah cuma segan nak bagitahu, abang kan?”

Hafiz menundukkan pandangannya.

“Ya bang, saya ada minat dekat sesorang yang telah menjaga saya sejak dari kecik lagi. Dia sangat baik dengan saya, bila dia tinggalkan Malaysia, saya sedih dan kecewa. Saya balas kesedihan saya dengan menghanyutkan diri dengan dunia keremajaan, bila dia kembali ke sini saya sangat gembira dan sanggup berubah kerana saya mahu miliki dia bang,” cerita Hafiz bersungguh-sungguh dengan suara sekejap tinggi sekejap perlahan.

“ Hafiz, tak baik kalau kita berubah kerana seorang perempuan…” nasihat Asrul berhemat dikhuatir Hafiz akan tersinggung.

… tapi kalau Hafiz betulkan niat Hafiz sikit insya-Allah akan dapat pahala. Macam nilah, biar abang terangkan dengan lebih jelas lagi, Hafiz harus beriktikad bahawa wanita yang Hafiz cintai itu diutuskan oleh Allah untuk merubah Hafiz agar lebih dekatkan diri kepada Allah ataupun wanita itu merupakan wasilah untuk Hafiz lebih rapat lagi dengan Allah, hah! itu baru betul,”

“Betul ke bang?”

“Ya dik. Ingatlah bahawa Allah ada bersama kita tidak kira kita suka dan berduka, Dia sangat sayang kita sebab itu Dia terus menguji kita agar kita sentiasa mengadu dan berdoa padaNya, Dia juga sangat cintakan Hafiz sebab itulah Dia tak mahu Hafiz terus tersimpang pada jalan yang salah,”

“Abang, kalau kita tak banyak ilmu agama, tak layakkah kita berkahwin dengan dengan wanita yang solehah,” soal Hafiz lagi

“Hahaha Hafiz, Hafiz jodoh, ajal maut, rezeki kita semuanya diatur dengan eloknya oleh Allah. Kita sebagai hamba perlu taatiNya selagi kita bernyawa. Kenapa Dia mengurniakan kita akal? Kerana Dia mahu kita belajar mengenalNya, Dia juga mahu kita menilai mana yang buruk dan juga mana yang baik. Hrmm, siapa yang buat Hafiz tergila-gila sampai tahap begitu, boleh tak abang nak kenal dengan wanita itu? Nanti abang nak jumpa dia dan nak bagitahunya yang dia betul-betul wanita hebat sampai Hafiz boleh berubah disebabkan dia,”

“Dia merupakan kakak angkat saya bang, dia 5 tahun tua dari saya dan dia tak pernah tahu yang saya menyintainya secara diam. Saya malu untuk nyatakan saya cinta dia sebab saya tahu saya ni jahil. Kerana dia jugalah saya sampai ke sini,”

“Siapa namanya dan asal usulnya?”

“Kami dari negeri dan kampung yang sama, namanya Hanan, Hanan Imani,”

“Hanan Imani?” suara Asrul perlahan.

“Ya, Hanan Imani binti Hj Daus. Kenapa abang kenal dia ke?”

“Tak delah, nama pun sedap pasti tuannya pun cantikkan?”

“Cantik bang, bukan setakat cantik, sopan dan lembut setiap bicaranya, dari kecil lagi dialah sentiasa menjaga Hafiz, dia yang ajar Hafiz mengaji, solat puasa dan sebagainya. Itulah membuatkan Hafiz sayang dan terlalu sayang padanya,”

“Hati Hafiz berdengup kencang setiap kali melihatnya, dulu memang Hafiz bodoh tentang perasaan itu, sekarang Hafiz sudah cukup matang untuk mengenali perasaan itu. Bila Hafiz ingin meluahkan perasaan itu, Kak Hanan sudah disunting, alangkah kecewa Hafiz,”

“Owh patutlah tanya tentang wanita yang sudah dipinang, rupanya terkena batang hidung sendiri, Hafiz, Hafiz. Jangan risau ya, dik, Insya Allah kalau dah tertulis jodoh Fiz dengan dia, dia pasti milik Hafiz, percayalah cakap abang.”

*******

Hanan Imani menggeletar seluruh badan dan jantungnya berdegup kencang meniti saat-saat dirinya bakal diijabkalbu dengan kekasih hati yang sama-sama belajar di Mesir, perkenalan yang singkat bakal menyatukan mereka selepas solat isyak nanti. Setengah jam lagi dirinya mahu bertukar status, hatinya diuji dengan merindui sang kekasih tapi ditahan hati yang merindui itu dari menghubungi bakal suaminya. Dia sendiri aneh dengan sikapnya selalunya dia tak bukan begitu, apakah kata-kata dari bakal suaminya tiga hari yang lalu betul-betul membuatkan dia meroyan begini? Berat otaknya berfikir tentang itu.

“Hanan, sekiranya abang tak sempat hadir ke majlis itu, bermakna abang mungkin bukan jodoh Hanan dan abang harap Hanan setuju siapa-siapa yang gantikan abang, mungkin dia yang menyintai Hanan terlalu lama dari abang, maka Allah memakbulkan doanya agar jodoh Hanan dengannya.”

“Ya Allah, minta-minta dia bergurau saja. Tapi siapa yang dimaksud oleh abang?” Hanan berteka-teki sendiri sambil merenung cincin pertunangannya itu. Lama matanya jatuh pada sebentuk cincin emas hantaran masa majlis pertunangannya dulu, kadang-kadang dia mengeluarkan cincin itu dari jari kadang-kadang dia memasukkanya semula. Bila saat dia mahu memasukkan kembali cincin ke jarinya dia tersalah arah cincin di jarinya terluncut dan jatuh tergolek ke bawah.

“Ya Allah abang!” saat itu juga hati Hanan berdebar kuat, hatinya tidak enak, dia bagaikan dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku pada tunanganya.

“Mak cik! Mak Cik rombongan pengantin lelaki datang, tapi… “

“Tapi apa?” soal ibu Hanan.

“Pengantin lelaki, kamalangan jalan raya.”

“Ya Allah! Hanan….”

“Allahuakbar!” Hanan memekup mukanya, menahan air mata dari keluar, majlis perkahwinannya akan bertukar menjadi majlis kematian. Patutlah tunangnya mengusik begitu, rupa-rupanya itulah amanat terakhir darinya.

“Jangan risau, anak angkat saya akan gantikan pengantin lelaki suara bapa kepada pengantin lelaki sebaik saja melangkah masuk ke masjid itu.

“Hafiz!” Jerit ibu Hanan mengejutkan seluruh tetamu. Mak dan ayah Hafiz yang turut berada di majlis itu terus menerpa dan memeluk erat anak bongsunya itu

Hanan lantas menoleh bila ibunya menyebut nama Hafiz, air mata kesedihan bertukar menjadi kegembiraan kerana adik angkatnya yang lama menghilangkan diri muncul tiba-tiba pada majlis perkahwinannya yang bakal musnah.

“Hafiz, akhirnya Hafiz pulang jugak, dah lama akak menanti kepulangan adik, tapi sayang adik pulang masa majlis… Hanan tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya dengan suara tersendu.

“Kak hanan?” Hafiz mengerutkan dahinya. Dia betul terperanjat bila melihat kak angkatnya yang siap berpakaian pengantin ada dalam majlis perkahwinan abang angkatnya itu. Otaknya mula berligat memikirkan sesuatu.

“Tak mungkin bakal isteri abang Asrul adalah….”

“Hanan, Hafiz bakal suamimu nanti,” suara ibu Hanan.

“Hah?”

Hafiz dan Hanan sama-sama tercengang.

*****

“Abang, termenung apa tu? Nah air kopi kosong pekat yang minta tadi,” tegur Hanan sambil menghulurkan cawan kepada suaminya. Memandangkan keadaannya sudah berbadan dua, dia dengan berhati-hati mengambil tempat di sisi suaminya.

Hafiz tersenyum lalu menyambut cawan yang bawa oleh isterinya itu.

“Tak delah sayang, abang teringatkan abang Asrul. Abang berterima kasih sangat-sangat pada dia yang banyak membantu abang untuk mendekatikan diri abang pada Allah dan sekaligus dia menghadiahkan abang seorang isteri yang solehah dengan izinNya,”

“Abang memang tak pernah duga dia yang selama ini tempat abang mengadu, tempat abang meluah perasaan rindu dan sayang kepada sayang rupa-rupanya bakal suami sayang.”

“Macamana abang boleh setuju nak kahwin dengan bakal isteri dia sedangkan abang tak kenal dia?” Hanan sengaja menduga suaminya.

“Abang sebenarnya tak ingin tunaikanpermintaan dia, sebab dalam hati abang masih ada saying, masa mula-mula dia suruh abang gantikan tempat dia sekiranya dia tiada, abang hanya tergelak sangkakan dia bergurau. Bila dia kemalangan abang terus ke hospital dan masa itulah dia bersungguh-sungguh meminta abang pergi ke majlis itu, dia cakap kalau abang tak pergi abang akan menyesal seumur hidup kerana Allah akan memberikan sesuatu yang amat berharga buat abang di majlis itu. Abang cuba rasionalkan balik kata-kata abang Asrul dan abang jugak ada terfikir mungkin jodoh abang dengan sayang tak mungkin bersatu tapi rupa-rupanya kita memang berjodohkan?” jelas Hafiz sambil memicit lembut hidung isterinya itu.

Hanan mengangguk bahagia. “Terima kasih bang, sebab sudi menerima saya,” ucap Hanan lembut.

Hafiz membalas dengan pelukan erat, ubun-ubun kakak angkatnya merangkap isterinya kita dikucup lama.

“Tak sangkakan bang, selama ini saya tak pernah anggap abang lebih dari adik angkat dan tak pernah terfikir nak bersuamikan lelaki yang muda dari saya,” ujar Hanan setelah beberapa minit mereka menyepi tanpa suara.

“Sayang je, yang tak pernah nak perasaan, abang ni dah lama tergila-gilakan sayang. Sejak abang masih kecik lagi, tau,” balas Hafiz seraya mengeratkan lagi pelukkan itu.

“Macamana nak perasan, sebab abang tu budak-budak!”bidas Hanan dengan tawa tersembur keluar.

“Amboi budak-budak? Yang dalam perut tu, kerja siapa? Kerja orang yang sayang anggap budak-budak nilah!” balas Hafiz sambil menggeletek pinggang isterinya itu.

“Haha, nakal tau! Akak pukulkan?” usik Hanan sambil membetulkan kedudukannya. Perut yang memboyot amat tidak selesa kalau duduknya tidak kena.

“Aik? Kakak? Sayang awak tu dah jadi isteri abang dah, selamanya akan jadi isteri abang dengan izinNya. Jangan nak paggil adik-adik, abang tak suka dengar!” Rajuk Hafiz berpura-pura.

“Baiklah abang Hafiz sayang,”balas Hanan lalu menyandarkan kepalanya di dada bidang Hafiz kembali sambil memicit hidung suaminya.

“Abang…, ingat tak, kata-kata sayang dulu, tentang kemacholan seorang lelaki? Sayang terharu sangat sebab, akhirnya abang berjaya menepati ciri-ciri itu, tidak pernah tinggal solat 5 waktu tidak tinggal tidak kira dimana dia berada. Ingat tak bang?”

“Tak akan lah abang lupa! Tapi bagi abang itu untuk lelaki lain, bagi abang solat cukup 5 waktu dengan wudhuknya elok, menunjukkan kemanisan nur yang akan memancarkan wajah abang di akhirat sana.”

Mereka tergelak bersama. Dalam hati, Hafiz berdoa agar rumah tangga yang baru dibina 7 bulan akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta manusia, bila kita mendapat cintanya maka kita akan kecapi cinta hambaNya~ Domi Nisa~

Frasa kata

beri’tikaf~ berdiam diri di masjid( berzikir atau beribadat kepada Allah) biasanya dilakukan pada bulan ramadhan perlu diniat i’tikaf dahulu baru dapat pahala i’tikaf.

Iktikad~ pegangan/ niat.

Wasilah~ perantaraan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...