Tuesday, March 1, 2011

Rahsia Tarikh Lahir Dr Fadzilah Kamsah


Ingin mengetahui rahsia tarikh lahir anda?? 
Juga ingin mengetahui rahsia tarikh lahir pasangan anda?
Caranya :

Catatkan tarikh lahir anda dan sebagai contoh saya ambil tarikh lahir saya ini :

25/02/1989

Tambah semua nombor diatas :

25+09+1985 = 2016

Seterusnya jumlahkan nombor 2,0,1,6

2+0+1+6 = 9

Jadi jawapan untuk tarikh lahir saya ialah 9 pada 25/02/1989

Jawapan untuk nombor tarikh lahir anda dibawah,

1.KETULENAN
  • Hadir dengan idea yang baru
  • Memperolehi sesuatu dengan cara tersendiri
  • Paling jujur
  • Diplomasi
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
  • Suka bekerja sendiri
2.PENDAMAI
  • Dilahirkan sebagai diplomat
  • Peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain
  • Analitikal mengikut gerak hati
  • Ekstrovet
  • Sanggup bersendirian jika tidak serasi
  • Pemalu tetapi boleh meluahkan perasaan tanpa berselindung
  • Perlu banyak belajar untuk meningkatkan nilai kendiri
3.CERIA
  • Kreatif
  • Sosial
  • Mesra dan romantik
  • Suka memulakan sesuatu tetapi jarang menghabiskannnya
  • Sering membuat orang lain gembira dan sanggup buat apa saja untuk mencapainya
  • Individu yang popular
  • Idealistik dan perlu banyak belajar
4.KONSERVATIF
  • Sensitif
  • Sukakan arahan
  • Hanya bertindak apabila faham sepenuhnya dan cukup maklumat
  • Suka bekerja secara solo
  • Sukakan aktiviti luar
  • Sabar,tekun dan kadang-kadang juga degil
  • Perlu belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri
5.PERINTIS
  • Perintis dan memiliki sikap ingin tahu
  • Mengambil risiko dan bersemangat
  • Kepelbagaian dan tidak suka disekat
  • Sentiasa memerhatikan peluan untuk mempelajari sesuatu yang dialami
  • Persoalan yang bermain dalam minda tidak pernah berhenti
  • Dinasihati agar melihat sesuatu dengan teliti
6.ROMANTIK
  • Idelistik dan perlukan sebab untuk bergembira
  • Pentingkan keluarga
  • Setiap keputusan dipengaruhi oleh perasaan
  • Suka muzik dan seorang teman yang setia
  • Harus belajar apa yang boleh diubah
7.INTELEKTUAL
  • Pencari dan suka menyelesaikan sesuatu dengan sembunyi
  • Sukar menerima sesuatu perkara
  • Tidak suka dikritik
  • Suka bersendirian dan berpengetahuan
  • Sukakan teknikal
  • Hidup dalam dunia mereka sendiri
  • Perlu belajar untuk terima kenyataan
8.PENYELESAIAN
  • Penyelesai masalah dan profesional
  • Berterus terang dan penilai yang baik
  • Tegas dan berperancangan
  • Gemarkan suasana yang tenang
  • Suka menjadi ketua
  • Perlu belajar untuk membuat keputusan dan jangan asyik ikut orang lain
9.PELAKON
  • Mampu menghiburkan orang lain
  • Penyayang dan pemurah
  • Tidak bermasalah untuk berkawan
  • Sukar untuk orang lain memahami mereka
  • setia pada pasangan
 
P/S : Sejauh mana kebenaran dan nak percaya ke tidak itu terpulang kepada individu. Saya hanya kongsikan melalui pembacaan saya di internet juga..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...