Monday, July 25, 2011

Rahsia warna lipstik


Pemilihan warna lipstik adalah terpulang kepada cita rasa individu masing-masing dan di sebalik warna pilihan mereka itu, ia mewakili sikap dan peribadi diri mereka sendiri. Dikatakan hanya gadis yang berani selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa lipstik meraj menambahkan seri wajah si pemakai. Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti pink, coklat dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.

Lip Gloss Tanpa Warna
Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, mereka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan simple yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.
 

Warna Pink BerkilatWarna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.

Warna CoklatWarna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

Warna Ungu
Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!

Warna Oren
Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

Warna Merah
Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

Inginku Mengenalimu..


Mengenalimu,
Suatu keindahan dalam hidupku,
Kau hadir saat aku,
Kehausan dengan kasih sayang,
Kau menyinari hari-hariku,
Dengan gelak tawa dan gurauan manjamu,
Yang selama ini suram,
Tanpa warna-warna ceria,
Engkau menyuburkan kembali,
Kuntum-kuntum bunga yang layu kekeringan,
Di taman hatiku yang gersang,

Telah sekian lama hatiku beku,
Dengan kata-kata azimat pujuk rayu,
Kaum sejenismu,
Tapi, mengenalimu,
Hatiku kembali goyah dengan,
Pendirian yang pernah aku lafazkan,

Apa yang harus aku lakukan,
Untuk aku memiliki dirimu???,
Kau di sana,
Aku di sini,

Mungkin sudah suratan,
Aku hanya mampu mengenalimu,
Tapi, bukan untuk memilikimu,
Walau apapun, akan kusimpan rasa ini,
Sehingga aku menjumpai cinta yang baru,
Izinkanlah aku,
Mencintaimu dalam gelap malam,
Sunyi ini...

Saturday, July 23, 2011

Untuk Kehidupan Yang Lebih Pasti

 
Hadirnya dirimu..menceriakan hidupku..
Kau cahaya yang menerangi kehidupan..
kau juga pelangi yang mewarnai kesuraman
 
kini..
kau melangkah pergi..
untuk masa depan yang lebih pasti..
 
kini..
tiada lagi gelak tawa...tiada lagi gurau senda..
yang tinggal hanya kenangan..
 
dulu..
di saat diri ini memerlukan sokongan..
kau hadir menghulurkan tangan..
di saat aku mula hilang arah..
kau hadir bersama tujuan...
di saat ku menitiskan mutiara mata..
kau hadir dengan senyuman yang menceriakan...
 
tapi..
saat itu telah tiada..
saat itu telah berlalu..
saat itu takkan kembali...
 
kerana..
masa depan yang lebih pasti..
wahai insan yang ku sayangi..
cukuplah sekadar mengingati..
cukuplah sekadar memahami..
 
kerana...
aku tahu..
kau tetap bersamaku..
kau tetap di hatiku...walau jauh di mata..
tapi dekat di hati..
Allah pertemukan kita..
dan berikan kita ruang untuk saling mengenali
dan menyayangi..
 
tapi..
Allah juga memisahkan kita
bukan kerana kita bersengketa..
tapi..untuk kehidupan yang lebih pasti..
 
kini..
aku akan merindui gelak tawamu..
aku akan merindui gurau sendamu..
aku akan rindukan
dirimu...

Sepi sekeping hati ini..


Dingin malam seakan mengigit hati..
Nan sepi tersisih di pinggir derita..
Tanpa berteman..
Tanpa kemanisan..
Sendirian..
Di temani dian malam yang kian kelam cahayanya..

Sepi sekeping hati ini..
Ingin sekali ku khabarkan padamu..
Yang hadir tiap detik hanya kelukaan..
Mungkinkah ada pengertian antara kita??..
Kau pernah terluka dan aku jua..
Sama-sama merasa pedihnya..

Aku menagis kerna dia
Tapi......
Kehadiranmu..
Membawa khabar gembira yang dulu hilang...
Niatmu nan suci itu..
Tak ingin ku pinggirkan..
Namun...
Menganyam angan denganmu...
Bagai satu mimpi...

Bagaimana dapatku nyatakan...
Diri ini tak seindah putera impianmu...
Terasa kerdilnya menyulam kasih itu...
Namun...
Aku rela...
Walaupun secebis ruang hatimu...
Kau simpan untuku..

Kelam malam kian menyedarkan aku...
Tak usah leka..
Yakinilah aku...
Hati ini kan ku simpan untukmu...
Andai kau sudi di sampingku...
Dan selalu setia..
Hanya untukmu..

Hadirnya hanya sekali...

Keliru dengan diri sendiri, 
Termangu mengenangkan sikapmu, 
Tak pernah ku rasakan hidup penuh bererti, 
Hadirmu membawakan sinar baru.

Terasa pantas masa berlalu, 
Engkau dan aku semakin jauh, 
Biar pernah kita sama cipta bahagia, 
Namun semua hilang musnah tak kusangka.

Hadirnya Hanya Sekali, 
Benarlah kata mu dulu, 
Kini tak bererti, 
Biar Teguh cintaku.

Lerailah ikatan, 
Hancurnya hatiku, 
Hancur segalanya, 
Sudah tak bermakna.

Keliru dengan diri sendiri, 
Termangu mengenangkan sikapmu, 
Tak pernah ku rasakan hidup penuh bererti, 
Kini ku rasa lebih tak bererti...

Cara membina motivasi diri


Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan

Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan
lakukan senaman ringkas seperti,depa tangan,tarik nafas sedalam yang mungkin,kemudian hembus dengan perlahan-lahan..

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.

Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif

Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang

Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah

Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru

Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah

Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Friday, July 22, 2011

Kata Dari hati Nurani..


Di suatu malam
aku termenung sendirian
melihat indahnya ciptaan tuhan di bumi
yang fana ini
lalu mindaku jauh melayang
terkenangkan pada seseorang
yang pada zahirnya jauh dari pandangan
mata ini
namun amat dekat di hati nuraniku

kehadiran insan itu dalam hidupku
ibarat sebutir mutiara yang bersinar
nun jauh di dasar lautan
berharga, bernilai buat diri ini
senyum tawanya, lirikan manja matanya,
dan bisikan romantisnya
sentiasa menari-nari di tubir mataku
aku bahagia

duhai puteri hatiku
tiba masanya buatku pergi
bukan pergi selamanya
namun pemergian ini buat sementara cuma
demi kau dan aku
ku tahu kau mengerti semua ini

duhai sayangku
jangan sesekali air mata jernih membasahi
pipi sucimu
kerana terkenangkan memori kita bersama
mengertilah
aku di sana sentiasa merinduimu
menyayangimu dan mencintaimu
setulus hati kecilku ini
hanya satu pintaku
sayangi dan cintailah diriku
bersama secangkir keikhlasan
disemai dengan setulus pengorbanan
dan bertemankan sesuci kejujuran

duhai ratu hatiku
dengar dan tenung kata hati ini
di sini aku berjanji
akan sentiasa menyayangimu
dan mencintai dirimu
selagi nafasku tiada berhenti

duhai sayangku
kenanglah semua kata ini
kerana bicara sehelai kertas kumal ini
ibarat bicara sekeping hatiku
I love you…

Istimewa buat insan tersayang...

Take Me Home Tonight!

 best ker cite nie ek????
ade sape2 yang dh tgok???

cube bg komen ckit ttg cite nie.....bleh???

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU ..

terima kasih buat bro ben ashaari kerana buat entri psl nak tolong blogger2 baru nie...
patut la rmai yang buat entri psl Abg BEN...search jer dkt google,bkn main lg dyorg buat entry n joint kelab Abg BEN...

so,dgn kesempatan yg ade nie,saya pn nk joint jgk lh....apslhnye kn???lgpn,saya rase xde slh pape pn....dpt m'eratkan silaturahim antara geng2 blogger ade la....bgus jgk idea Abg BEN nie...bernas2...mmg tip-top ahh...mmg ptut org pggil Otai.....hehehhee....

lau nak keterangan secara detail ttg mcm mne nak joint kelab Abg BEN n cara nak promote 2,kne tgok sdri la....lau xthu,cbe tnya pndapat orang...xpn,tnya Abg BEN sdri....tol x????
lau nk thu,klik jer link nie.....

Thursday, July 21, 2011

Bihun sup cap si tangan kayu...

Assalammualaikum...

Entry kali ni just nak share camna aku buat sambal kicap. Ahaaa macam la aku pandai sangat masak kan. Hehe. Ala ni cara mak aku. Lain orang lain caranya kan. Kebetulan semalam extra rajin so aku masak mihun sup. Paling aku suka mihun sup ni bila makan dengan sambal kicap yg pedas tu. Oh nikmat nya !


Ok mula-mula goreng bawang merah ye. Agak-agak je la banyak mana nak guna.


Tu bila dah siap goreng. Kalau tak tahan pedas letak sikit je la cili tu.


Lepas tu tumbuk la sekali dengan cili padi. Since aku ni memang kuat pedas so banyak la aku letak. Jangan lupa letak garam secubit rasa ok.


Tadaaaaa !! Dah siap pun. Senang je kan ? Tapi kurang pedas la. Tak kaw !! Ngeee ;) ada orang suka perah limau. Tapi aku tak suka. Hehe


Ni lah mihun sup buatan aku sendiri ;))

Puisi Suami Isteri...


Isteriku
jika engkau bumi
akulah matahari
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu... ...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


*** Balasan Puisi si isteri*** 



Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu
dan... .
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...


AKAN TETAPIIIIIIII. . 
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

**********************************************************

Tuesday, July 12, 2011

Tonton Korean drama secara percuma!

Dah pernah masuk ke laman web www.tonton.com.my? Hahhh bagi awak yang selalu terlepas menonton drama-drama menarik, boleh tonton secara online di www.tonton.com.my. Sekarang ni, kalau berada di luar negara sekalipun, tak dapat nak tonton TV Malaysia, boleh tonton siaran ulangan di laman web tersebut. Sekarang ni pun dah boleh tonton drama korea secara percuma di www.tonton.com.my. Hahhh kepada kaki kipas Korean drama, boleh tengok di laman web tu okey? :)
TONTON adalah projek Alt Media, yang dibangunkan bersama Accenture syarikat pengurusan konsultasi, perkhidmatan teknologi, dan pengesanan sumber luar global beserta VioCorp, sebuah syarikat yang berpusat di Sydney yang menyediakan teknologi dan rekaan tercanggih. TONTON juga menerima sokongan jalur lingkaran daripada Akamai, penyedia perkhidmatan terkini di pasaran dalam penjanaan penuh aplikasi web serta kandungan mobile.
Nak tonton secara online? sila ke laman web----> http://www.tonton.com.my
*KATA HATI: zaman serba canggih, segalanya hanya di hujung jari :)

Saturday, July 9, 2011

Video Calling for facebook



Kini kita semua boleh buat panggilan kepada kawan kita yang berada dimana-mana sahaja dengan applikasi terbaru FACEBOOK! Tanpa bayaran! Tanpa sekatan! Yeeaaahhh!!! So, apa tunggu lagi!
Mari dapatkannya!!

p/s : tak tau betul ke tak, tanpa bayaran tu.. saje je kasi hangat.. hahaa..

Senang saja! Anda hanya perlu ke [Masuk Sini] untuk maklumat lanjut!


Cara guna : 

1) Pilih rakan yang anda hendak hubungi.



2) Tekan butang rakaman video.

 
3) Download software yg di berikan oleh facebook, dan akan keluar pop up dari facebook di sebelah kiri anda seperti ini.


4) install sofware berkenaan selepas habis download.


5) tunggu sehingga software berkenaan habis install.


6) selepas tamat, periksa pada pege facebook anda. dan pilih rakan anda untuk cuba hubungi. selepas itu ulang langkah 2. tekan pada video kemera.


7) selepas itu facebook akan menghubungkan anda dengan rakan anda. jika kawan anda tiada sofware ini. MEANGLAH TAK DAPAT! adooii... suruh dia download sekali.


* sory entry kali ni serabut.. hahaa.. nak cepatlah katekan.. kang kalau lambat.. tak terbuat kerja lain...

Thursday, July 7, 2011

Perbezaan Gambar la pula

Ini lah permainan cari perbezaan gambar yang paling kejam telor rase. Hehehe

Teka teki

Jom kita main teka teki hari ini. Saya dah cuba jawab. Tapi salah. Hehehe :)

Jangan klik link ini sebelum jawab ya. Tak best la main tipu... Hehehe


 
cne???
dapat teka dengan btol x??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...