Tuesday, March 15, 2011

Payahnya Bila Nak Jadi....

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”:anongnangyari:

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.
:puppyeyes:

Sewaktu Kecilku

Budak2 yg lahir pd thn 80-90'an mesti ingat mase skola rendah dulu:
# Kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit Beli walaupun cerita buku tu dah tau.Salesman susu pon camtu gak.

# Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. Bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

# RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

# Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

# Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

# Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

# Cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

# Bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

# Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

# Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

# Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

# Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

# Balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

# Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

# Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

Jangan lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
Berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

Mesti Korang tersengeh2 bace mendenih...
hehehee..

Nama-Nama Jepun Yang Pelik Tapi Benar

Hye2... Dah berapa hari aku x dapat nak buat entri. Broadband ku makin lama makin slow.. Belum pun capai tahap maksimun aku pakai tapi slow sangat.. Jadi aku akan membuat keputusan untuk menukar dari C ke M.. Jadi sebelum itu mari layan lagi pasal entri pendek pasal nama Jepun lagi..

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI

Hehehehe..

Lawak Seorang Menteri

Hye2... Korang kenal menteri dan gorila..??? Tahu apa perbezaan 2 makhluk tuhan ni.. nak tahu mari bace entri ni..(^_^)
 



Suatu hari seorang menteri di sebuah negara Ntahdimanantah , dijemput untuk merasmikan satu pameran lukisan-lukisan.

Dah la buta seni, terlupa pulak bawa cermin mata maka terpaksa dia bawa pemandunya mengiring beliau.

Menteri : “Wah, lukisan ini bagus. Gambar ikannya benar-benar hidup.”

Pemandu: “Shttt… Jangan kuat-kuat Datuk. Itu gambar buaya.”

Kemudian mereka berpindah ke lukisan lain.

Menteri: “Gambar gajah ni nampak benar- benar kuat.”

Pemandu: “Shttt… jangan kuat-kuat Datuk. Itu gambar kambing.”

Menteri tu kemudian menahan diri memberi komen sampai ia tiba pada satu sudut ruang pameran dia berkata:

“Wah, kagumnya..Lukisan Gorila nya nampak betul-betul hidup.!”

Pemandunya terdiam kejap dan berkata:

“Pssttt…. Jangan kuat-kuat Datuk. Itu cermin!”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...