Thursday, February 10, 2011

Teka-Teki Menguji Minda

Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!


1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu















ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

CERPEN : REMAJA(KEBEBASAN)


"Abah, emak berikanlah aku kebebasan."Keluhan hati Milah.Milah sering bermandikan air mata tatkala bersendirian.Berkata-kata lagi Milah"Emak, abah mengapakah hidupku dikongkong begini?"Teringat kembali Milah akan kalimah yang terkeluar dari mulut abahnya."Abah malu engkau buat perangai macamni.Sudahlah semua orang disini kenal abah dan engkauni anak ustaz dan ustazah yg dihormati.Apalah feadahnya engkau pergi merayau-rayau jauh malamni?Abah dirumahni adalah sibuk mengajar anak jiran menggaji al quran dan engkau pulak malam-malam buta pergi tengok wayang.Belajar malas, menggaji pun tak mahu,kerjapun tak ada.Harapkan muka aje cantik."Bengis dan garang Pak Mail memarahi Milah.

Pada Milah.Apa, salah besarkah dia?Berdosakah dia menonton wayang dengan si Sidah anak makcik Senahtu.Cuma tengok wayang,lepastu pergi makan di Mc Donald dan terus balik.Macamana nak pergi siang hari.Si Sidah kerja waktu siang dan dia pulak tak habis-habis menolong emaknya berjualan di gerai Nasi Padang.Bukannya tiap-tiap hari dia pergi tengok wayang.Itu pun sekali-sekala pada malam minggu.Macamana nak cari kerja?Siapa nak tolong emaknya nanti?Milah bukan bodoh belajar dan malas menggaji cuma dia terlalu penat setelah siang hari menolong emaknya berjualan.

Bagi Milah, dia sanggup korbankan alam persekolahan dia , demi ingin menjadi anak yg baik dan menolong abah dan emaknya.Jiwa dia memang tertekan.Tingkah- lakunya mesti dijaga.Dia mesti berkelakuan baik,sopan dan alim.Ini semua kerana ingin menjaga maruah kedua orang tuanya.Pelajaran Islam yang diajar oleh abahnya tak pernah Milah ingkari.Solat lima waktu akan Milah kerjakan walaupun badannya teramat letih setelah berkerja di siang hari.


Semua sudah dia patuh, tapi abahnya tetap dengan peraturan ketatnya. "Dahlah Milah, jangan nak termenung lagi.Abah memang macam gitu.Dia marah kita bukan apa, dia sayangkan anak-anaknya.Pada abah ini tangong-jawab dia.Kalau dia tak marah sekarang, nanti di padang mashar dia di soal.Kakak faham betul perasaan kau.Jiwa orang remaja, memang nakkan kebebasan."Kak Rohana cuba menasihati adiknya Milah.Setiap hari Ahad, Milah selalu pergi rumak kak longnya.Setelah menolong emaknya.

Mak Cik Puteh berjualan separuh hari sahaja pada hari minggu, Milah pasti akan kerumah kakaknya yang tak jauh dari tempat jualan mereka.Kak Rohanalah tempat dia manja dan menggadu masalah peribadinya.Kalau tak ada kak Rohana, mungkin dah lama Milah lari dari rumah. "Milah bukan apa Kak Ana, Milah hanya pergi tengok wayang.Sedikit kebebasan pun tak boleh.Tak akan nak duduk pat rumah,kedai dan mengajar budak-budak jiran mengaji.Ini aje dunia Milah.Bosan tau!Milah, nak jugak tengok dunia luar disana.Pergi shopping ke atau berkelah.Janganlah kongkong Milah sampai macamni.Macam katak dalam tempurong.Sidahtu,semenjak dah kerja semangkin bergaya dah cantik.Milah pun nak macam Sidah, cantik dan bergaya.


Kata orang, hasil duit penat berkerja nampak."Milah cuba minta sokongan dan simpati dari kakaknya. "Itu kakak tahu.Kak Ana pun macam kau Milah.Kakaklah penyebab Abah garang dan kongkong kau macam gitu.Kakak, lagi teruk dari engkau."Keluhan suara Kak Ana."Tak akanlah kerana kakak kahwin muda, abah nak kongkong Milah pulak?Tanda soalan yang di tanya Milah seolah-olah tak munasabah. Sambung lagi perbualan antara kak Ana dan Milah"Memang kakak kahwin muda Milah, tapi kerana nak tutup malu.Kau memang tak tahu hal ini.

Peristiwa ini berlaku, kau masih kecil lagi Milah."Kak Ana berhenti sekejap perbualannya dan menarik nafas panjang sebelum meneruskan ceritanya."Apa kak Ana, nak tutup malu?Milah bertanya dengan nadah heran dan tak sabar nak tahu cerita sebenarnya."HEM!" Kak Ana menganggutkan kepalanya.

Tiba-tiba pintu rumah Kak Ana diketuk orang.Milah bangun dari sofa dan cuba melihat dilubang pintu.Perbualan mereka terpaksa dihentikan.Suami Kak Ana, abang Osman dah balik dari kerja."Baru balik ya bang"Tanya Milah pada abang iparnya."YA, Milah.Kau dari tadi atau baru sampai"Bertanya balik soalan abang iparnya kepada Milah"AH! Milah dari tadi duduk-duduk berbual -bual dengan Kak Long.Macam biasalah bang, dah habis jaulan singgah sini.Mana lagi Milah nak pergi.Bukan boleh merayap tempat lain"Sambung perbualan Milah dengan Abang Osman.

Osman macam biasa, sampai sahaja dirumah, dia pasti terus ke biliknya.Dia akan ketempat tidur baby dan cium pipi baby montel kesayangannya yang sedang tidur dengan perlahan.Hingga terlupa dia tentang apa yang Milah sudah ucapkan tadi.

Milah perhatikan gelagat abang iparnya yang memang sayang betul dengan si Natasha si comel yang baru 4 tahun.Dalam hatinya berkata,kalaulah dia dapat manja dan disayangi seperti Natasha, kan best.Abang Osman memang seorang ayah yang penyayang dan suami bertangungjawab dan baik hati orangnya.Beruntung Kak Ana bersuamikan Abang Osman.
 

"Eh!Eh!Eh.Adik akakni melamun aje dia".Sambil menepuk bahunya Milah.Rohana memang manja dan mesra dengan Milah.Milahlah satu-satunya darah dagingnya.Mereka cuma dua beradik sahaja.Tak heranlah kalau orang tua mereka memang jaga betul dan kawal anak dara mereka. Kata orang dulu-dulu menjaga anak lelaki lebih senang dari menjaga anak perempuan.Tapi, jaga macam mana pun, kalau dah nak jadi perkara buruk dah tak boleh nak kata.

"kak! Sambunglah cerita kakak tadi" Merayu Milah kepada kakaknya."EH! Tak bolehlah.Abang Man kan dah balik.Sekejap lagi, dia dah nak makan pula.Nanti,kalau abang man keluar pergi rumah emak dia, kita sambung ok!jawab kak Ana."EH! Akak tak ikutke?Tanya Milah pada kakaknya."Tak.Lagi pun abang cuma nak kasi duit aje pada mak nya".

"Abang Man tu, selalu ya kasi duit pada mak nya" Tanya Milah kepada kak Ana"Ah! Abang Man kau memang begitu.Dia memang siang-siang dah beritahu Kak Ana.Selagi dia mampu, dia akan tetap memberi duit pada orang tua dia.Kak Ana tak kisah Milah.Abang Man tu gajinya besar, lagi pun yang dia tolong pun emak dan bapa mentua akak.Kitani Milah, kalau jadi isteri,janganlah kongkong sangat suami kita. Dia anak lelaki masih bertangungjawab menolong orang tua mereka. Kalau duit tak ada ,bela dan jaga mereka atau selalulah bertanya khabar berita"Berpanjang lebar Kak Ana memberi pendapat pada adiknya.

Milah termenung sekejap dan di kepalanya ashik berfikir tentang apa sebenarnya yang terjadi antara Kak Ana dengan Abahnya.Dia perhatikan sahaja gerak Kak Ana mengemas dan menyajikan makanan untuk makan malam Abang Iparnya.Sambil bangun dari duduk di dapur, Milah meminta diri untuk masuk ke kamar biliknya yg memang dah di sediakan kak Ana untuk adik kesayangannya tumpang tidur.

Didalam bilik, mata Milah terkebil-kebil tak boleh tidur."Apakah rahsia yang Kak Ana dan Abah simpan hinggakan aku tidak dapat kebebasan.Setiap langkah aku selalu aje ada yang ascort.Bosan aku."Keluh Milah seorang diri hingga tak sadar lalu dia terlelap tidur.

Keesokkan harinya, selepas solat subuh, Milah keluar dari rumah Kak Ana dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu menggangu Kak Ana dari tidurnya.Hari ini dan hari-hari yang lain macam biasalah, Milah akan ke kedai emaknya sampai senja barulah dia pulang.Itulah jadual hariannya.Bagi anak remaja seperti Milah, kehidupan seperti ini amat bosan sekali.Di benak fikiran Milah, alam remaja seharusnya bebas, tak perlu bersusah-susah dan hidup remaja hanya sekali seharusnya enjoy.Dia cemburu pada si Sidah.Hidup Sidah selalu enjoy.Berjalan-jalan, disko, hi-tea, picnic, shopping, nonton wayang dan yang paling best ada pacaran, boyfriend.

"Kak Anani janji pukul 5.00 petang nak sampai disini.Sekarang dah pukul 5.30.Setengah jam Milah tunggu kak Ana tau!" Menggomel Milah pada kakaknya."Sorrylah sayang, Kak Ana lambatni pasal mengguruskan Natasha."Pujuk Kak Ana sambil cubit pipi adik kesayangannya."Milah bukan apani kak, masa pada Milah amat berharga sekali.Ini pun dapat keluar dah bagus.Abahtu, kalau dah malam-malamni, mana dia nak kasi Milah keluar.Ini pun dapat keluar sebab kakak yang talipon Abah.Kalau tak bohong sunat, tak dapatlah kita keluar sampai larut malam.Apatu Kak Milah, kursus komputer!" Terbahak-bahak Milah dan kak Ana ketawa."Mati kita Milah, kalau Abah tahu" Sambung Kak Ana dan terus memanggil pelayan di hotel Meridien untuk memesan makanan dan minuman.

Setelah makanan dan minuman terhidang, mereka pun makan sambil berbual -bual."Milah , kau tahu tak kenapa kakak ajak kau jumpa di sini. Tempatni meninggalkan kenangan pahit yang tak akan luput dari ingatan kakak. Tempatnilah shurga bagi kakak, semasa kakak remaja dan tempatnilah yang mengajar kakak mengenali apa itu neraka.Kalau nak cerita macammana kakak terjurumus dialam dadah dan seorang wanita bosia, sampai larut malam pun tak akan habis.Tiga tahun kakak hidup dengan dadah dan lesbian.Pahit Milah.....(air mata kak Ana turun dengan derasnya dan tersedu-sedan sambil mengesat air matanya)teramat pahit Milah hidup terlalu bebas.Kakak tak kenal tuhan, abah, emak dan semua orang-orang yang sayangkan kakak.Kakak hanya suka pada dadah dan teman lesbian kakak.Pada kakak, merekalah orang yang menyayangi kakak.Merekalah dunia kakak.Disko, nightclub, karaoke club, hotel-hotel mewah dan semua tempat-tempat yang anak-anak remaja suka pergi, pasti kakak akan ada.Semua kakak dah rasa tapi Milah, kepuasannya dan keindahannya hanya sementara saja tak kekal."Berhenti sekejap Kak Ana sambil menghabiskan Nasi goreng seafood yang dia pesan tadi.

"kak Ana, Milah tak sangka yang sejarah hidup kak Ana sedemikian.Milah merasa terperanjat yang kak Ana melalui semua ini.Betulkah apa yang Kak Ana katakanni?Inikah Kak Ana yang Milah selalu puji sifat kewanitaannya dan contoh idola buat Milah? Atau Kak Ana sengaja hendak menakutkan Milah.Kakak dan abah memang dah merancang supaya Milah tak timbulkan soal kebebasan.Katakanlah kak Ana ini semua tak benar.Seram Milah bila kenangkan". Menangis Milah hinggakan makanan di atas mejatu tak di sentuh lagi. Orang ramai yang berada di situ memehatikan gelagat dua beradik itu. Mereka berdua tak hiraukan orang-orang yang perhatikan mereka. Kak Ana megesat air mata adiknya dan berbisik kepada adiknya supaya mereka beralih ketempat lain. Semasa perjalanan pulang, Kak Ana meneruskan ceritanya.

Begitulah sejarah hidup Rohana. Penuh dengan maksiat. Kalau bukan kerana Osman dan Abahnya yang meyelamatkan Rohana mungkin Kak Ana dah dapat 'HIV' dan sesat dengan dunia kebebasannya. Setelah Milah mendengar cerita sebenarnya dari Abah, emaknya, abang Osman dan kak Ana, barulah Milah sedar betapa sayangnya mereka kepada dirinya. Semenjak itu, hidup Milah lebih bererti dan dia tidak akan minta kebebasan yang tidak mendatangkan faedah baginya. Milah semakin berhati-hati bila mendengar tentang temannya Sidah yang sedang mengandung 5 bulan dan belum nikah kerana tidak ada seorang pun teman lelakinya yang ingin bertanggongjawab.


Setiap malam, setelah selesai mengajar Al Quran kepada anak jiran tertangga, Milah pasti akan membaca firman Allah kepada anak-anak muridnya. Pada Milah, dia tak perlu lagi kebebasan kerana dia dah dapat ketenangan jiwa. Dengan Firman Allah, kebebasan yang tulus ada di Al Quran. Di dalam surah 91(ASY-SYAMS) ayat 7-10 yang bermaksud "Dan jiwa serta penyempurnaan(ciptaannya).Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang-orang yang mengotorinya." Maha benar firman Allah.



.........................................SELESAI .............................................................................. ....

CERPEN : PELAMIN ANGANKU TELAH MUSNAH....


Hujan turun dengan lebatnya justeru itu juga menandakan berakhirnya pesta majlis perkawinan antara Alia dan Jefry. Kebanyakkan tetamu semuanya sudah pulang.

Ramai saudara mara Jefry yang menyertai langkah mereka kekamar pengantin pada malam itu, sambil tersenyum dan berbisik sesama sendiri seolah olah mengusik kedua pengantin baru tersebut. Tetapi tidak demikian dengan expresi wajah Alia. Alia nampak tegang, gugup bahkan kelihatan sedikit ketakutan berbanding dengan Jefry yang kelihatan tenang sahaja.


Perkahwinan ini bukanlah kehendak hati Alia dan Jefry. Bahkan sebelum ini sebenarnya mereka tidak pernah bersua muka apalagi berkenalan antara satu sama lain. Ia adalah keinginan kedua orang tua mereka masing masing. Bagi mereka berdua, sebagai anak kepada seorang ahli korporat yang terkenal dikalangan masyarakat Singapura seperti keluarga mereka itu, mereka berdua tidak mampu menolak keinginan kedua orang tua masing masing demi maruah keluarga.


Tetapi bukan sebab perkahwinan itu sebenarnya yang menggelisahkan hati Alia, bukan juga karena keperibadian Jefry, yang dilihatnya sangat kacak, tenang, ramah, lembut, bahkan teramat lembut, tetapi sebaliknya Alia amat takut dan bimbang dengan keadaan dirinya sendiri. Ada rahsia yang tersembunyi disebalik raut wajahnya yang ayu itu. " Maklumlah, baru pertama kali..." Ibu Alia berusaha menenangkannya sepanjang siang tadi, namun tidak berhasil, Alia tetap juga berwajah sugul.

 






Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Suasana diluar yang tadinya kedengaran begitu riuh rendah sekali dengan suara saudara mara Jefry, tiba tiba bertukar menjadi senyap dan sunyi. Barangkali mereka semua sudah tidur, fikir Jefry. Di kamar, pengantin nampaknya kekok, kaku dan begitu sepi sekali. Tiada komunikasi antara keduanya.

Jefry kelihatan sangat tenang sekali, tetapi sebaliknya Alia terus menerus kelihatan gelisah, masih terbayang lagi dibenak fikirannya akan pengalaman buruknya yang telah merenggut kegadisannya! hal itulah yg terus membelenggu fikirannya, dia tidak berkesempatan menceritakan hal yang sebenarnya kepada Jefry, lagi pun Alia merasa takut.


Memang tragedi itu bukan kehendaknya, dia menghadiri satu pesta ulangtahun kawan baiknya, Sally. Kamal, kawan sekerjanya, lelaki yang di anggapnya paling baik ternyata adalah lelaki yang paling buas. Kamal telah memberinya ubat tidur ketika dia mengadu sakit kepala hingga secara tidak sedar Alia telah menyerahkan kegadisannya kepada lelaki keparat itu yang sehingga kini hilang entah kemana. Sejak peristiwa itu Alia jadi takut, bingung, sedih dan macam macam lagi perasaan yang menghantui dirinya.


Tiba tiba lamunan Alia terhenti. "Abang lihat sejak dari tadi Lia termenung, kelihatan gelisah saja. Macam ada sesuatu yang Lia fikirkan dan sembunyikan dari Abang," tenang Jefry bertanya memulakan bicara pada malam yang indah itu. Apa... Lia tak suka Abang?" soal Jefry lagi. "Bukan, bukan itu, sama sekali bukan." Alia masih cuba menyembunyikan lagi perasaannya. "Cuma Lia belum biasa dengan Abang," balas Alia lagi.


Mereka memang belum pernah kenal antara satu sama lain, kerana sudah bertahun tahun lamanya Jefry menetap di Amerika. Cerita tentang Jefry hanya sedikit sahaja yang Alia tahu, itu pun Ibunya yang memberitahunya. Kata Ibu Alia, Jefry baik orangnya, kaya raya dan berpangkat. Hal itulah yang membuat Alia bertambah takut, was was dan cemas sekali.


"Alia! Lia tahu tak yang abang sudah biasa hidup di negeri yg sangat bebas pergaulannya antara lelaki dan perempuan, bersikap terbuka, tak perlulah Lia malu malu lagi dengan Abang. Abang tahu pernikahan kita ini adalah pilihan orang tua kita, itu sudah pasti, tapi budaya kita, menghendaki Abang untuk menghormatinya dan sanggup mengambil risiko dari sebarang keputusan yang Abang buat" Jelas Jefry dengan panjang lebar.


"Lia tahu, tapi tidak mudah bagi Lia untuk memahami Abang dalam waktu yang sesingkat ini. Bagilah Lia sedikit masa lagi" jawab Alia dengan lembut. "Apakah Abang kurang menarik untukmu?" "Bukan itu masalahnya, Lia sudahpun menerima Abang, sejak kita diijabkabul siang tadi, cuma...." "Cuma apa? masalah kegadisan?" Tersentak Alia mendengar pertanyaan yang terpacul keluar dari mulut suaminya itu.


Ini membuatnya bertambah tambah gelisah, malu, takut dan macam macam lagi perasaan yang datang ketika itu. Dadanya juga semakin berdebar. "Jangan bimbang, Abang sudah biasa hidup di Amerika, hal itu bukanlah menjadi hal utama dan terpenting bagi seoarng gadis.."


Nyaris saja Alia tersedak karena terkejut mendengar kata kata Jefry itu. Bagaimana Jefry boleh meneka dengan cepat dan tepat sekali. Hairan Alia memikirkannya. Alia terdiam seketika.


Jefry meneruskan kata katanya, "Tentu Lia terperanjat bukan! macamana Abang boleh tahu tentang kejadian itu. Kamal, lelaki yang telah memperkosamu itu adalah kawan baik Abang semasa kami sama sama belajar di Amerika dulu." secara tidak sengaja Jefry menceritakan tentang perkara itu, tetapi tiba tiba dia menyesal sekali. "Ah....... kenapa begitu lancang sekali mulut aku pada malam bersejarah ini." Jefry berkata dalam hati.



Hancur hati Alia disaat itu, rahsia yang bertahun tahun disembunyikannya telah terbongkar oleh suaminya sendiri. Alangkah sedihnya Alia. Tiba tiba air matanya mengalir deras membasahi pipinya yang gebu itu.

"Lia, setiap orang mempunyai rahsia masing masing, setiap orang ingin dipandang suci, bersih, baik tapi itu semua tidak mungkin dapat mengubah kenyataan hidupnya, demikian juga dengan Abang..." terputus disitu sahaja cerita Jefry.


Dengan penuh keraguan Alia menatap wajah Jefry. "Kenapa dengan Abang? sudah ada isteri? sudah ada anak? atau..... ada gadis lain yang Abang cintai?" tanya Alia bersungguh sungguh.


Jefry menghela nafas panjang, " Lebih parah dari itu..., Abang sama saja seperti Alia, badan dan tubuh Abang saja nampak lelaki, tapi sebenarnya jiwa Abang, jiwa Abang ....." "Kenapa dengan jiwa Abang, kenapa bang, kenapa...? soal Alia lagi bertalu talu. "Abang "GAY", Abang "GAY" Alia." Masyallah! tiba tiba sahaja dunia terasa gelap. Badan Alia bertukar menjadi begitu lesu sekali, Betulkah apa yang aku dengar ini, bisik Alia sendirian. Betul ke apa yang dikatakan oleh suamiku itu?


Alia tergamam.... Jefry yang tampan itu seorang Gay? Gay!Gay!.... berulangkali Alia menyebut kata-kata itu. Suasana hening seketika, masing masing berbicara dengan fikiran masing masing. Alia merasa amat kecewa sekali, lelaki yang diharapkan dapat membahagiakannya rupa rupanya seorang Gay.


Malam pertama yang seharusnya indah bagi sepasang pengantin yang 'normal' ternyata hanya bertukar menjadi kepedihan, kesedihan, kepiluan bagi Alia, bukan sahaja suaminya tahu tentang rahsianya, tapi lebih buruk lagi, dia menikahi seorang Gay?! Patutlah Jefry nampak tenang sahaja, sejak siang tadi tanpa sebarang reaksi, tidak resah juga tidak bahagia, rupa rupanya ternyata dia seorang Gay.


Alia menyalahkan dirinya sendiri, itulah, bila niat untuk berkahwin tidak berasal dari hati nurani sendiri, calon suami atau isteri belum kita ketahui betul betul, hal hal buruk seperti ini memang mudah terjadi. Yang tinggal adalah satu penyesalan dan tangisan yang tiada hentinya.


"Abang, kalau Abang sudah tahu yang Abang ini seorang Gay, kenapa Abang bersedia untuk mengahwini Lia?" dalam tangisan Alia bertanya. Kenapa Abang tergamak melakukan ini semua. Kenapa???" tangisan Alia semakin kuat.


Dengan rasa bersalah Jefry menjawab,"Abang hanya menurut kehendak mak ayah Abang! Abang sangat sayang pada keduanya...."


"Sekarang bagaimana? tak kan kita hendak terus hidup berpura pura begini semata mata hendak menjaga hati orang tua kita?" "Entahlah, Abang pun tak tahu. Tapi Abang rasa elok kalau Lia ikut Abang balik ke Amerika, disana kita boleh fikirkan tentang masalah kita ini, lagipun bukankah menurut hukum islam, Lia sudah sah menjadi isteri Abang? Mungkin kita tidak menikah secara fizik, secara badani atau pun emosi, tapi ada hukum yang telah mengikat kita berdua. Abang tidak ingin melihat kedua dua orang tua kita kecewa disebabkan keputusan yang kita ambil... Kita harus bijak Lia."


Keadaan kembali sunyi. Kamar pengantin yang dihiasi indah sudah tidak bermakna lagi buat Alia. Alia sudah kecewa dan dia tidak pasti lagi apakah esok masih ada!!! Pelamin anganku telah musnah sama sekali........


CERPEN : MAAFKAN AYAH....MIRA


 
Jam sudahpun menunjukkan pukul 11.00 malam ketika Mansur duduk merebahkan diri di ruang tamu rumahnya. Dalam fikiran Mansur tentu isteri dan anaknya Mira sudah tidur nyenyak.

Tapi kenapa pintu bilik Mira masih terbuka? Mansur terpegun sebentar berdiri di depan pintu bilik Mira. Rupa rupanya Mira tertidur di meja belajarnya. Ditangan kanannya masih memegang pensil seolah olah baru selesai menulis sesuatu di dalam diarinya dan disisinya pula ada segelas kopi yang sudah pun sejuk.

Mansur terus mengangkat Mira ketempat tidurnya. Selepas itu dia mengemas meja belajar Mira yang berselerakkan dengan buku buku. Sebelum Mansur menutup diari Mira, dia ingin melihat apa yang ditulis oleh Mira itu.

Mansur termenung sejenak bercampur sedih selepas membaca diari tersebut kerana apa yang tertulis didalamnya, semua ceritanya berkisar tentang diri Mansur. Dan yang paling menyentuh hatinya ialah tulisan Mira ditiga lembaran terakhir diari itu.



Di lembaran pertama Mira menulis : "Hari ini ayah tidak jadi menemaniku ke Pesta Buku, mungkin ayah terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Aku amat faham dengan kesibukanmu ayah."

Tiba tiba Mansur teringat beberapa minggu yang lalu Mira memang ada mengajaknya ke Pesta Buku tersebut. Dia sendiri telah berjanji dengan Mira yang dia akan mengambil cuti untuk menemani Mira memandangkan sekarang ialah musim cuti sekolah penggal yang pertama.

"Ayah, minggu depan ada apa apa program tak?" Mira bertanya sewaktu Mansur baru hendak melangkahkan kaki untuk ke pejabat pada pagi itu.

Mansur tidak menjawab pertanyaan Mira itu sebaliknya bertanya semula kepada anaknya itu,”Ada apa sayang?"

"Kalau Ayah tak ada apa apa, boleh tak Ayah temankan Mira ke Pesta Buku minggu depan?" tanya Mira lagi.

"Insyaallah Mira, kalau tak ada apa apa hal Ayah akan ambil cuti tahunan ayah untuk temankan Mira,ok. ” Mansur memberikan jawapan seolah olah sekadar untuk melegakan hati anaknya itu.

"Terima kasih, ayah," sambut Mira dengan wajah yang sangat gembira sambil mencium pipi Mansur.

Mansur hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu yang begitu manja dengannya.

Di lembaran kedua Mira menulis lagi : "Hari ini sekali lagi ayah tidak jadi menemaniku ke kedai komputer, kerana aku hendak membeli dakwat printer aku yang sudah habis. Banyak projek sekolah aku yang mesti dihabiskan dalam masa beberapa hari ini. Sebenarnya aku sudahpun mengajak Ibu, tapi kan bagus kalau Ayah dapat ikut sekali. Tapi..... lagi-lagi ayah sibuk".

Sekali lagi Mansur teringat yang anaknya itu memang pernah mengajaknya pergi ke kedai komputer itu bersama sama ibunya.

Mansur sudah faham benar dengan kerenah Mira kalau hendakkan sesuatu mesti dia akan bertanya seperti ini, "Ayah petang nanti sibuk tak atau Ayah ada apa apa program tak petang nanti?"

Kata kata lembut yang keluar dari mulut anaknya itu membuatkan Mansur tidak dapat memberikan jawapan ‘TIDAK’, walaupun kadang kadang dia memang benar benar sibuk.

Di lembaran terakhir Mira menulis : "Hari ini dan untuk kesekian kalinya Ayah telah mengecewakan aku lagi kerana masih tidak dapat menemaniku ke pasar malam di tempat ku.

Pagi tadi aku mengajak Ayah ke pasar malam di tempat kami kerana hari ini adalah hari terakhir pasar malam itu. Aku sudahpun berjanji dengan Pak Man, penjual anak patung di pasar malam tersebut, yang aku akan membeli anak patung yang ditawarkan petang tadi sewaktu Pak Man lalu depan rumahku. Aku katakan pada Pak Man yang malam ini aku akan pergi bersama Ayah dan Ibu ke pasar malam dan aku akan membeli anak patung itu.

Tapi kerana Ayah masih belum balik lagi tentu Pak Man sudah pun menjualnya pada orang lain.

Pak Man, maafkan Mira ye!. Besok pagi pagi Mira akan tunggu Pak Man depan rumah Mira dan minta maaf pada Pak Man kerana Mira tak dapat pergi ke pasar malam semalam. Kali ini Mira yang akan minta maaf dulu sebab Mira yang berjanji, selalunya Pak Man yang terlebih dulu minta maaf bila Pak Man tengok Mira sudah menunggu di depan rumah menanti suratkhabar yang Mira pesan itu.

Pak Man selalu cakap,”maafkan Pak Man, Mira, hari ini Pak Man terlambat,” padahal sebenarnya Pak Man tak lambat pun cuma aku yang terlalu cepat menunggu.

“Pak Man tak mau kecewakan Mira kerana Mira sudah berpesan pada Pak Man yang kalau boleh hantar suratkhabar cepat cepat sebelum Mira pergi ke sekolah. Cuba kalau betul betul Pak Man lambat tentu Mira akan kecewa. Pak Man tak mau kecewakan harapan orang kerana memang susah untuk menyembuhkan hati orang yang kecewa kecuali kita minta maaf dengan tulus ikhlas pada orang yang telah kita kecewakan itu.”

Tiba tiba aku teringatkan Ayah aku. Aku amat sedih sekali kerana selama ini belum pernah sekali pun Ayah minta maaf padaku, bila Ayah tidak dapat melayan kehendakku kerana mungkin Ayah menganggap yang anaknya ini masih kecil, tentu tak tau apa itu perasaan sedih, kecewa atau kecil hati.

Aaa…ah. Aku tak nak bersangka buruk pada Ayah walaupun sebenarnya aku sangat kecewa dengan sikap Ayah tapi aku tidak ingin menyimpan kekecewaan itu didalam hatiku. Bahkan hatiku selalu terbuka untuk memaafkan ayah.

Tiba tiba hati Mansur menjadi hiba dan sayu lalu dia menangis bila membaca tulisan Mira yang terakhir itu.

Mansur mendekati Mira, anaknya di tempat tidurnya. Dia merenung wajah Mira sambil mengusap usap rambutnya.

Dengan linangan air mata Mansur berbisik ke telinga Mira,”Mira anakku sayang, maafkan ayah nak, Mira memang mempunyai hati emas. Ayah memang tidak pernah minta maaf pada Mira atas janji-janji yang tidak pernah Ayah penuhi padamu, nak. Dan Ayah selalu menganggap yang Mira sudah melupakannya, sebab setiap pagi Ayah tengok wajah Mira begitu ceria dan selalu tersenyum.”



“Tapi Ayah silap, itu cuma lakonanmu semata dan yang pasti Mira masih tetap menyimpan dan masih mengingatinya dalam tulisan tulisanmu ini.”

“Entah sudah berapa banyak kekecewaan yang ada didalam hatimu nak, seandainya Mira masih lagi tidak dapat memaafkan Ayah.”

“Ayah akan menunggumu sampai esok pagi untuk meminta maaf padamu, Mira.......”

CERPEN : SUATU PENYESALAN


Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. 

"Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.


Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.


Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...
Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."


Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

BAHAGIAN KEDUA

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri... Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.
Doakanlah Kesejahteraan Ani. Ikhlas dari isterimu yang malang, Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah...

Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...

Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...

Ya Allah?.


Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya..... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......

HACK MOZILLA FIREFOX TO BE FASTERS LIKE GOOGLE CHROME


Sebelum tu pastikan korang dah update Firefox korang..
Ok jum terus kepada cara - cara nya..
1st open mozilla firefox korang lepas tu taip "about:config" kat address bar.

Lepas tu keluar warning "This might void your warranty!" klik kat " I'll be careful, I promise!"

Dengan menggunakan fungsi Ctrl+F, korang cari kod yang saya suruh kat bawah ni.nak mudah lg,copy kod kt bwh 2,kemudian,pastekn dekat filter...

SEMASA CARIAN 2,AKAN KELUAR LIST..
ADE SESETENGAH LIST 2,ANDA HARUS TEKAN RIGHT KLIK,PASTU TEKAN TOOGLE UNTUK MENUKAR VALUE....REMEMBER...!!!!

Kurangkan pengunaan RAM untuk Firefox caching
  • cari "browser.sessionhistory.max_total_viewer" tukar value jadi "0".
Tingkatkan kelajuan loading page Firefox 
  • cari "network.http.pipelining" dan set kan kepada "true".
  • cari "network.http.proxy.pipelining" dan set kan kepada "true".
  • cari "network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan kepada "10".
  • right klik kat mana lepas tu pilih New --> Integer. Taip "nglayout.initialpaint.delay" kat dalam kotak tu dan setkan kepada "0".
Kalau korang nak lagi laju, tukar setting kat code ni.
  • cari "network.dns.disableIPv6" dan setkan kepada "false". 
  • cari "content.notify.backoffcount" dan setkan kepada "5".
  • cari "plugin.expose_full_path" dan setkan "true".
  • cari "ui.submenuDelay" dan setkan "0".
  • right klik kat mana lepas tu pilih New --> Integer. Taip "content.switch.threshold" kat dalam kotak tu dan setkan kepada "250000".
  • right klik kat mana lepas tu pilih New --> Integer. Taip "content.notify.interval" kat dalam kotak tu dan setkan kepada "500000".
  • right klik kat mana - mana, lepas tu pilih New --> Boolean. Taip "content.notify.ontimer" kat dalam kotak tu dan tekan enter. Setkan kepada "true".
Kurangkan pengunaan RAM ketika Firefox dalam keadaan minimized
  • right klik kat mana - mana, lepas tu pilih New --> Boolean. Taip "config.trim_on_minimize" kat dalam kotak tu dan tekan enter. Setkan kepada "true" dan tekan enter.
  •  
*PERHATIAN.....
BAGI YANG MENGGUNAKAN PLUGIN ACTIVE X,ADE YANG XDE DALAM CARIAN DI ATAS SEMASA CARIAN DALAM CTRL+F TU...
ANDA BOLEH RIGHT KLIK DKT MANE SAJE,LEPAS 2 
TEKAN NEW--->INTEGER --->ISIKAN DENGAN MAKLUMAT CARIAN YANG TIADA TADI...


Sekarang korang boleh restart Firefox. Selamat Mencuba!

Lawak Sorang Cikgu


Sebaik sahaja masuk dalam bilik darjah, cikgu becerita… ada seorang pemburu… dia sangat berani tetapi sekarang dia tidak memburu lagi sebab dia ada masalah menyebrang sebuah sungai yang dikatakan lagenda sehingga tiada orang yang berani nak seberang sebab banyak buaya.. pastu dia tanya saya… emmm… Dulu, masa Raja dari England melawat California, kapal terbang yang mereka naiki mengalami masalah dan terpaksa membuang semua kerusi dalam kapal… Kenapa nak buang kerusi? Katanya… dengan senang hati saya jawab… untuk meringan kan beban kapal terbang tersebut… So, dia cakap… kita belajar pasal beban pada hari ini… porah punya cikgu… hehe.. setelah abis belajar, dia tanya lagi…

Cikgu: Berapa cara nak masukkan rusa dalam peti ais?

Saya: Alaa… soalan senang la cikgu, masa darjah satu pun saya dah dengar… 3 lah cikgu…. buka, masukkan rusa dan tutup peti ais!

Cikgu: Zirafah?

Saya: 4 lah cikgu… tiada soalan lain ka? Buka peti ais, keluarkan rusa dan masukkan zirafah… kemudian tutp peti ais…

Cikgu: Kamu je ka yang nak jawab… takde yang berani ker plajar lain?

Pelajar lain senyap jer….

Emm… siapa yang pernah teno cerita Lion King mesti tau camana Simba masa dia baru lahir pastu semua binatang datang untuk melihat dia kan… So, cikgu saya pun berteka teki…

Cikgu: Kalau kamu terrer sangat, siapa yang tidak datang pada ketika semua haiwan menghadap Lion King?

Saya bingung dan berfikir seketika…

Saya: Dinosor sebab saya sudah tonton tetapi tiada dinosor…

Cikgu: Salah. Dinosor ada tapi tidak kena rakam… Jawapan yang betul ialah zirafah sebab masih dalam peti ais… ziarafah yang kamu nampak tu tinggal replica dalam cerita tu… hehe…

Saya: Hahaha… Ya lah tu…

Cikgu: Holly, kalau kamu terrer sangat, kenapa zirafah tu boleh mati dan masuk dalam peti ais….

Saya: Suka hati ja cikgu soal… bab dah kena tangkap kot…

Cikgu: Salah… Sebab masa raja England menjatuhkan kerusi dia dari atas kapal terbang, si zirafah tersebut terkena hempapan tersebut dan mati… lepas tu dijumpai oleh pemburu pula… pemburu tu lah yang takut nak seberang sungai tu…. Kalau kamu lah jadi pemburu tu, kamu berani ker seberang sungai tu?

Saya: Gila ka? Ada buaya banyak la cikgu…

Cikgu: Kalau saya, saya nak seberang juga…

Saya: Kenapa cikgu?

Cikgu: Sebab tak ada buaya kat situ… semua Lion King dah panggil jadi tak payah takut buaya lagi… hehehehe..

Cikgu: Hehe… Pandainyerr…

Lawak Surat Cinta


Hmm, benda ni aku dapat suatu ketika dulu. Dari sapa- aku pun dah lupa. But seriously, bila aku baca benda ni masa mula2 aku, aku ketawa sampai sakit perut. Ntah sapa the original writer, aku sendiri tak tahu. As u know, forwarding email...susah nak trace. Apapun, just enjoy the story... :)

satu lagi lawak antarabangsa ... khusus bagi pasangan bercinta .... mana tau pasangan / isteri /suami anda merajuk hati ... apakata anta surat sebegini !! pasti pasangan anda akan mencubit-cubit manja dengan sebab tak tahan nak ketawa (romantis gituuu !!!)

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.


Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.


Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.


Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.


Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

lawak Teka-Teki

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

7) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: Sekretari baik.................. 'Selamat pagi Boss' Sekretari kurang baik........... 'Dah pagi ni Boss'

13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile ape...

18) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

Lawak ciuman


Ini kisah teman dari seberang... begini.. Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta, Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.
paling cinta, Kanda Suparjo...

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya...

Kanda Suparjo tersayang, Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga: 

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah. 

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan. 

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari. Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja. 

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak. 

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. 

Lumayan buat belanja sebulan. Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. 

Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda. Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer?? Paling sayang, dari Dinda Suti Nirwingsih

...gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

Lawak Makcik dengan bartender





Ini cerita sal seorang makcik berbangsa korean masuk ke dalam pub...

masuk masuk je, seorang bartender yang yang namanya kelihatan pada name tag sebagai 'Spielberg' menampar makcik tersebut dengan kuat...

makcik tu tertanya tanya... "kenapa? Apa salah saya"... dengan riaknya Spielberg berkata... "Aaargghh... pasal korang la Pearl harbour kena bom... ramai nenek moyang kami mati dalam tu"...

"aik... tu orang Jepun la, bukan orang Korea" kata makcik tu... "Aahh... Jepun ke, Cina ke, Korea ke, Taiwan ke,.. sama je"...

pastu mak cik tu dah bengang... dia tarik rambut Spielberg, pastu hantukkan kat kerusi... "Aduh!! apasal ni" kata Spielberg...

Makcik tu kata, "korang punya pasal la kapal Titanic tu tenggalam... ramai saudara kami mati tym tu"...

pastu Spielberg cakap... "Aik... setahu saya, tu disebabkan oleh Ice Berg"... pastu makcik tu mencelah.... "Aaahh... Ice berg ke, Carlsberg ke, Spielberg ke, sama je"... hehehehe


Lawak ni pernah jadi lawak yang menerima anugerah no. 1 di England satu masa dulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...