Wednesday, January 26, 2011

Ahli Parlimen

Hye2 pada korang. Suatu hari yang indah permai aku ucapkan selamat sejahtera pada pembaca Blog aku. Aku harap korang dalam keadaan relax dan happy..Macam ayat tulis surat pulak. Korang tahu Ahli Parlimen kan. Alah, yang duduk berdiri gaduh2 benda merepek2 kat Dalam Bangunan parlimen kat bawah ni macam budak sekolah rendah. Ini ada 1 kesah juga mengenai ahli parlimen yang bernama Dato'Pagar.


Dato’ Pagar seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan bernama Shasha.

Shasha :”selamat pagi Dato’ Pagar”

Dato’ Pagar :”Selamat pagi, siapa disana??”

Shasha : “saya Shasha , yang pernah tidur bersama Dato’ suatu ketika dahulu”

Dato’ Pagar : “hah???” APA...!!!:waaah:

Shasha :”Hek Eleh orang tua ni..Takkan tak ingat. Dah lah tidur dengan saya lepas itu buat2 lupa pula. Dipendekkan cite Macam ni lah, Kalau Dato’ tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato’ membayar saya sebagai duit penutup mulut”,

Dato’ Pagar :”ok2. Baiklah. Saya akan membayarnya”

Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato’ Pagar cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu. Keesokan harinya, Dato’ Pagar telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Shasha telefon lagi untuk meminta wang, dan Dato’ Pagar terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar. Setelah beberapa minggu kemudian Jenet menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.

Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terpaksa, Dato Pagar cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya ….” ok lah, aku tunaikan permintaan ko tapi aku agak terkeliru. Aku cuma ingin tahu, dimanakah tempat kita pernah tidur bersama itu?

Dengan lembut Shasha menjawab :”kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar Perdana Menteri kita membentangkan Bajet panjang lebar“.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...