Wednesday, January 26, 2011

Lurus Bendul

Hye2.. Terdapat kesah dimana seorang manusia yang bernama Dol yang sangant lurus bendul. Citenya bermula apabila Dol yang baru habis main bolasepak di padang pulang dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Dol mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak


Tanpa berlengah lagi Keesokkan harinya, Dol membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Dol, Mekanik cuba nak mempermainkan Dol. Dia memberitahu, sekiranya Dol meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Mekanik memberi amaran supaya berhenti tiup bila pintu yang kemik kembali sedia kala kerana takut pintu kembang sangat dan meletup.

Maka, Dol pun pulang ke rumah dan mula meniup dengan penuh tenaga melalui lubang ekzos keretanya itu. Dol tiup punya tiup tapi Tiada apa-apa yang berlaku. Dol tanpa berputus asa terus meniup dengan semangat yang lebih dengan meniup sekuat hati lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya yang melihat, Ben... lalu keluar dan bertanya, "Apa yang ko tengah buat tu?" Dol menjelaskan kepada Ben bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya akan kembung dan kembali sedia kala semula.

Ben menggeleng-gelengkan kepala, Dengan berserta ketawa berdekah-dekah hingga terbaring2 sambil berkata, "HELLLLO!! Apalah la ko ni mangkuk sangat? Ko kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu, kalu tak sampai bila nak kembung!!!" Ben dan Dol meniup melalui ekzos bergilir2 sampai masing2 pengsan kepenatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...