Wednesday, January 26, 2011

Makcik & Pelayan Hotel

Ada satu kisah dimana terdapat seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama dalam hidup untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Bibah kawan paling kamcing masa dekat kampung. Kemana-mana Makcik Minah pergi mesti mesti ada Bibah.


Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah tujuh bintang semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah. Seorang pelayan datang untuk membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah dan Bidah.

Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, Cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari,
apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei...!!! Jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah. Lalu pelayan itu pun menjawab dengan selamba, "Sabar makcik, ini baru lif..."
Bidah pun ketawa besar manakala muka Makcik Minah kemerahan menahan malu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...