Wednesday, January 26, 2011

Pesakit Mental

Hye2.. Cite datang dari sebuah hospital mental yang terletak di suatu tempat dalam pemikiran korang. Dalam hospital mental ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik.

Kerjanya tiap - tiap hari menyanyi, pagi petang, siang malam dia menyanyi, tak penat-penat. kalau dah betul - betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari Jefridin, A.Halim, L.Ramle, P.Ramli dan lain lagi.

Tapi yang sangat peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam. Begitu lah hari - hari yang berikutnya.

Si warden penjaga hospital mental ni rasa agak heran jugak. Tapi malas nak tanya dah nama pun pesakit mantal. Entah macam mana ada satu hari tergerak hati dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap".? Jawap pesakit mental tu dengan selamba tanpa perasaan " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B la bodoh".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...