Monday, January 24, 2011

Tinggalkan dia,Demi Dia

Saya bukanlah doktor cinta yang dapat merawat atau memberikan ubat kepada penghidapnya.Namun,sebagai rakan,saya tetap optimis dan memberikan yang terbaik apabila diajukan soalan dan diminta pendapat tentang cinta ini walaupun merasakan ianya hanya sekadar teori.Selebihnya,terpulang dan terserahlah kepada individu tersebut untuk meletakkan teori itu dalam bentuk praktikal dan amalannya.

"shah,aku ada satu masalah".
Secara tiba-tiba chatting box di fb saya diketuk seseorang di tengah malam.
"Ceritalah,apa masalahnya".

Seperti yang diduga,saya dapat menebak maksud masalahnya sebelum dia memberitahu.Masalah yang sememangnya sinonim dengan remaja yang masih belum berumahtangga,masalah cinta.

"Mula-mula kami bertegur di facebook,sekadar biasa,namun lama-lama dia memberitahu dia suka pada aku".

Rupanya zaman sekarang,masih ada perempuan yang menghulurkan bunga terlebih dahulu kepada kumbang sebelum kumbang memberi salam.Lama menanti penerangan dia dan akhirnya saya simpulkan jalan mudah bagaimana untuk menolong dia melupakan perempuan tersebut.

"Janganlah berhubung lagi dengan dia kalau merasakan tidak perlu".
"Sudah,sudah buat.Cuma kadang-kadang".
"Masih terbayangkan dia?".
"Erm.Susah,aku malu pada Allah".

Dalam nada menyesal,dia tahu 'melayan' perasaan itu akan membawa parah kalau tidak di cegah awal-awal.

"Buatlah solat sunat taubat setiap hari,ditambah dengan amalan-amalan sunat yang lain dan banyakkanlah berdoa".

Seolah-olah saya berlagak serupa seorang ustazah,tapi keadaan yang memaksa bertindak sedemikian.Dan akhirnya,saya sekadar cuba memberikan dia semangat kembali,supaya bangkit,dalam penyesalan dia atas ketelanjuran 'perasan suci itu'.Biar dia tahu,yang Allah masih sayangkan dia.

"Kamu hebat".
"Hebat,kenapa?".
"Sebab kamu tahu perkara itu salah,lalu kamu tinggalkan.Hebatlah itu".

Benar,hebatlah sesiapa yang dapat menangkis gelora yang sedang membara di jiwa.Lebih-lebih mereka yang sedang di uji dengan virus ini.Dan dia sepatutunya sedar,kalau Allah tidak mencintai dia,sudah lama Dia biarkan hatinya di isi dengan cinta makhluknya.

Sesungguhnya,cinta Rabbul Izzati tidak ada tolak bandingnya.Sifat Penyayang dan Pengasihnya mendahului sifat Yang Maha Menghukum kepunyaanNya.Dia menghulurkan keampunan tanpa dipohon hambanya hanya dengan amalan wudhu,bersedekah dan solat.Kasih sayangnya luas dan merata-rata.Cuma perlu menyerahkan jiwa yang ikhlas kepadaNya.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].

Saya pernah tersentak melihat foto yang tidak sepatutnya di simpan dalam telefon milik seorang muslimah.Hanya mampu mengalirkan airmata,bukan mencemuh,tapi memirkan cara bagaimana mengatasi masalah ini.Hanya mampu memaki diri sendiri kerana melepaskan hati seorang sahabat jatuh ke tangan seorang lelaki yang bukan bernama suami.

"shah,thanks for that.I'll try to handle this out".

Dalam tergamam membaca mesejnya,saya hanya berdoa mudah-mudahan nawaitunya itu dimakbul Allah.Saya tidak menegur secara kasar,menghukum dia bercinta itu berdosa,haram,terus masuk neraka,saya cuma berkata saya sedih kerana hatinya sudah dimiliki oleh seorang insan bernama lelaki yang masih berstatus ajnabi.

Ya,walaupun sudah mendapat lampu hijau daripada ibu bapa,cinta itu masih samar-samar.Tidak ada jaminan untuk kekal.Tidak ada kepastian 'cinta pertama' akan jadi cinta yang kekal hingga ke syurga apatah lagi abadi selamanya.

Tidak disangka,saya mendapat maklum balas daripadanya.

"Pasal masalah itu,saya sudah settlekan".
Dalam hati masih tidak percaya,namun syukur tak terkata.

"Saya kata pada lelaki itu,kalau ada jodoh tak ke mana.Persiapkan diri terlebih dahulu".
"Berkawan boleh,tapi jangan lebih-lebih".

Saya memberikan peringatan,tidak mahu dia tampak agama menjadi berat hanya dengan soal cinta.

"Lebih-lebih?".
 "Belum tentu dia akan menjadi suami kita".
"Setuju-setuju".

Hanya Allah sahaja yang tahu,bagaimana gembiranya hati ini.Doa yang dipanjat,kini telah diangkat.

"Ya Allah,kau jagalah hati dia,kau tunjukkanlah hati dia,kau tetapkanlah hati dia".

Dan kata-kata nasihat 'berbunga' saya untuk sahabat tercinta,

"Janganlah kita mencari cinta,biarlah cinta yang mencari kita".

Cinta akan mencari pemiliknya.

Yang dinamakan rasa cinta itu umpama seorang makhluk yang bernyawa.Perlukan sebuah kediaman untuk dibelai,dimanja,dan dijaga rapi.Dan kediaman itulah di sebuah tempat yang bertakhta tinggi,di hati nurani.

Ramai manusia hari ini menerima cinta dalam keadaan yang belum bersedia.Masih hingusan,umpama betik muda,terlalu awal untuk matang.Cinta yang terjalin hanya bersandarkan emosi semata,penuh tangisan,ketawa dan bahagia yang palsu semata.Sudah terlanjur bercinta,maka jalan keluarnya ialah dengan hidup bersama,bernikah.

Dalam keadaan tidak bersedia inilah rumahtangga akan menjadi pincang,masalah remeh menjadi rumit,hinggakan pertengkaran kecil membawa kepada penceraian.Kahwin muda,berceraipun muda.Beginikah masjid yang ingin kita bina?
Tidak sesekali.Bertentangan sekali dengan ajaran nabi..

Murabbi cinta,Ustaz Hasrizal,walaupun beliau janggal sendiri dengan gelaran itu,banyak mengemukakan teori cinta berdasarkan pengalaman yang ada.Sangat ditekankan ialah persiapan dan persediaan.

Bila masanya tiba.


Bila persiapan sudah mantap,seruan datang tanpa di ajak.Bila sudah bersedia,emosi dan ekonominya,ilmu dunia dan akhiranya,ilmu rumahtangga dan kepimpinannya,tidak ada masalah untuk menuju ke destinasi idaman.Inilah masa yang sesuai untuk si cinta mencari pemiliknya.

Dan masanya bukan sekarang.Yang waktu bersms dengan si dia dengan duit pinjaman,keluar berdua dengan wang kiriman ibu bapa tersayang.Matangkah kita kalau belanja cinta begini?

Luahan rasa.

Ada yang kurang gemar bicara soal cinta,tampak remeh dan temeh.Saya juga.Soal cinta dan kahwin muda  akan menjadi ranking pertama di mana-mana.Seolah-olah remaja kita tidak sabar-sabar.Sedangkan apa yang dikejar-kejar belum tentu hala tuju dan matlamatnya.Namun jangan dipandang sebelah mata,ada manusia yang hidup berkiblatkan cinta.Pelajaran terabai,amalan tercicir,keluarga terpinggir hanya kerana sedang diladungi setitis cinta ini.Dalam tidur,makan,mandi,solatnya hanya untuk dengan cinta.Buah zikirnya juga adalah nama si dia sahaja.

Sudah-sudahlah bermain dengan api cinta.Nampak kecil,namun bila-bila masa boleh merebak dan marak.Mula-mula dianggap kawan,lama-lama cinta jadi lawan.Mula-mula cinta itu menjadi penyuluh,lama-lama cinta yang menjadi penyuruh.Kerana si dia,semua jawapan ya.Maka,kalau boleh di cegah,cegahlah dari awal.Kerana ia fitrah,maka jangan kerananya kita difitnah.Jangan sembunyikan cinta di sebalik tudung labuh,di sebalik kopiah dan jubah,di sebalik nama 'dakwah'.Jangan salut cinta palsu itu dengan agama kita yang mulia.

Biarlah cinta bertasbih,jangan kita bertasbihkan cinta.

Sedarlah,umat memerlukan kita.Kalau asyik dengan soalan cinta,sampai bila saudara di Palestin terpaksa menunggu sengsara?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...