Monday, January 24, 2011

Seorang lelaki di sampingku

Dia adalah seorang lelaki remaja yang biasa. Rambutnya hitam berkilat,wajahnya sangat kacak dan imejnya pula menggugat. Dia, sudah tidak dapat lagi melihat kedua orang tuanya. Pasti, dia malu sendiri pada Tuhan. Kerana, dalam perdu hatinya telah ada satu rahsia. Dan sayalah yang berjaya membuka pekung aibnya di dada. Bukan untuk dijaja, tetapi untuk ditatap bersama. Buat tadah yang baik sebagai pengajaran dan buruknya tinggalkan di sempadan.

Dia-sewaktu kecilnya sangat manja. Lahirnya dia amat dinanti. Sepuluh tahun lamanya. Bila dia mengangkat kelopak matanya kali pertama,wajah ayahnya tersenyum. Rambut ayahnya yang sudah memutih sebahagian dan kumis janggut yang masih menawan. Lihat, lamanya penantian. Di sebelah indera dengar yang kanan, dia dibisikkan azan dan iqamah di kirinya.Dia meronta-ronta  meratap tangis enggan meninggalkan alam rahimnya dalam dakapan seorang ibu.

Tuhan,saksikanlah bahawa jiwanya sudah ditanam akidah sejak kakinya sebesar tapak tangan. Dia,telah dimaklumkan bahawa dia perlu taat kepada keduanya seperti firmanNya. Dia meneguk nikmatnya dalam pelukan seorang ibu. Dikucup dengan cinta,di belai dengan kasih. 

Ah, dia jadi paling istimewa antara mereka berdua.

Hari meningkat, dia semakin membesar. Dia dihantar ke sekolah. Dia disunting harapan agar menjadi seorang insan. Setiap kali pulang kerumah, mereka berdua yang akan di cari. Segera dia menunujukkan kertas kerjanya mohon dipuji. Dia akan dicubit dipipi kerana aksinya yang menyenangkan hati.

Namun, dia semakin remaja sekarang. Dia sudah menjadi yang lain. Lebih gemar bersembang dan melepak dengan rakan. Segala yang diminta disediakan. Sangkaan mereka, itulah keperluan puteranya.

Namun, buat pertama kalinya bila bahunya mahu disentuh, dia menepis. Itu belum diminta dahinya untuk dikucup. Dan untuk yang pertamanya, dia menggugurkan airmata mereka.

Dia, menggunakan kemudahannya pada jalan yang salah. Wang pinjamannya digunakan untuk keluar bersama seorang perempuan. Hanya menjenguk mereka bila dalam kesesakan sahaja.

Dia-sudah berubah kata mereka.

Satu hari, saya mendekatinya. Bukan untuk menggoda, tetapi untuk menyampaikan pesan. Mereka kemalangan dan sudah berada di samping Tuhan.

Dan kini setia dia di samping saya dengan airmata yang berjujuhan siang dan malam-sepasang tugu nisan.

Pengajaran

1-Wahai remaja,kenangilah semula masa kecilmu yang indah belaka.Ibu bapa orang pertama yang kamu jatuh cinta.Namun,berangkat dewasa,kau alihkan cinta pada si dia.Meraka kau sisihkan kerana secebis cinta.Adilkah begini?

2-Kalau mahu bercinta,janganlah melaburkan wang pinjaman mahupun biasiswa kepada si dia. Kelak, jika dia dan kamu hanya sekerat jalan bertahan,tiada pampasan yang dia berikan.Ingat!

3-Seorang anak yang soleh di dambakan doanya buat ibu dan bapa.Doa anak soleh sangat mustajab.Terus diangkat Allah tanpa hijab.Jangan biarkan ianya terlambat wahai teman!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...