Wednesday, February 9, 2011

Lelaki Kacak VS Lelaki TIdak Kacak

Hye2.. Tahu kah korang apa yang selalu di katakan perempuan pada lelaki kacak dan lelaki tak kacak. Nak tahu mari layan kat bawah ini..



Kalau lelaki kacak pendiam
Perempuan akan cakap: Wow, cool giler.
Kalau lelaki hodoh pendiam
Perempuan akan cakap: Eh perasan bagus.

Kalau lelaki kacak berbuat jahat
Perempuan akan kata: Nobody’s perfect.
Kalau lelaki hodoh berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Patutpun, muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: Wah! Machonya, macam hero filem!
Kalau lelaki hodoh menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: Entah2 kawan dia.

Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Sepadan sangat.
Kalau lelaki hodoh dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Mesti kena bomoh perempuan tu!

Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: Jangan sedih, kan saya ada.
Kalau lelaki hodoh ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)

Kalau lelaki kacak penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Perasaannya halus. Penuh kasih sayang.
Kalau lelaki hodoh penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi.

Kalau lelaki kacak bawa BMW
Perempuan akan cakap: Matching. Hebat luar dalam.
Kalau lelaki hodoh bawa BMW
Perempuan akan cakap: Bang, bosnya mana?

Kalau lelaki kacak tak mahu bergambar
Perempuan akan cakap: Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau lelaki hodoh tak mau bergambar
Perempuan akan kata: Tak sanggup tengok hasilnya ye?

Kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Ini barulah lelaki gentlemen.
Kalau lelaki hodoh menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Naluri pembantu, memang begitu.

Kalau lelaki kacak bersedih hati
Perempuan akan cakap: Let me be your shoulder to cry on.
Kalau lelaki hodoh bersedih hati
Perempuan akan kata: Kuat nangis!! Lelaki ke bukan ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...