Wednesday, February 9, 2011

Lawak Penyamaran

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain
bolasepak Kg.Buluh Perindu dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya...
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah
penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab....


Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia
bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...