Tuesday, February 8, 2011

Lawak Polis Dengan Seorang Pelajar

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok. Tiba-tiba di datangi oleh seorang anggota polis. Polis menegur pelajar tu kerana merokok.
Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Suka hati saya lah, En. Polis”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”

Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, En.Polis”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini setiap hari.”

Pelajar : “Sekarang saya hendak tanya sikit dengan En.Polis. Boleh?”

Polis : “Sudah Tentu boleh.”

Pelajar : “Adakah En.Polis merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor En.Polis pon?”

[AMARAN : Rokok tidak baik untuk kesihatan dan telah di istihar HARAM.]

p/s : Kenapa agaknya bila rokok naik harga beringgit Malaysia, perokok tidak marah tapi bila harga barang naik hanya berapa sen sahaja melenting macam nak kiamat..??? Renung2kan lah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...