Tuesday, February 8, 2011

Lawak Bola Sepak


Hye2..Musim bola sepak sudah bermula. Berita sana sini mengenai bola tidak kira dalam negara atau luar negara. Terdapat 1 wawancara mengenai bola sepak dalam 1 rancangan televisyen. Penonton boleh bertanya apa sahaja mengenai bola sepak.

Terdapat 1 panggilan dimana soalannya susah hendak dijawab oleh tetamu yang dijemput.

Soalan yang ditanya oleh pemanggil ialah "Kenapa masa dalam perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (untuk separuh masa)?"

Tetamu yang dijemput iaitu Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, Kemudian ada seseorang pemain muda yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab.... "Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah....

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit hingga 6 minit...itu adalah "bola referee" dan "penjaga garisan" !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...