Tuesday, February 8, 2011

Kejadian Dalam LRT

Hye2.. Cuti pada hujung minggu ramai mengambil kesempatan menghabiskan masa bersama keluarga, kawan atau dengan buah hati di tempat yang menarik. Kebanyakan mengambil kesempatan menaiki pengangkutan awam kerana mudah. Tidak perlu susah menghadapi kesesakan jalan raya atau berpusing-pusing mencari Parking.

Jika korang menaiki pengangkutan awam , mesti dah biasa melihat kemurahan hati setengah orang yang memberi tempat duduk pada orang yang lemah. tidak kira sama ada orang tua, ibu mengandung, ibu yang mendukung anak dan tak lupa juga bagi pada gadis cantik..


Disini aku nak cerita Terdapat 1 kisah mengenai gadis cantik dimana Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak dengan orang. Gadis cantik melihat kemurahan hati beberapa penumpang yang memberi tempat duduk pada sekumpulan gadis lain dan orang tua. Gadis itu berada berdiri betul - betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa - apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.

Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, "Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...