Wednesday, February 16, 2011

Hantar SMS Free Dengan MostSMS


MostSMS merupakan sebuah laman perkhidmatan penghantar sistem pesanan ringkas (SMS) secara percuma ke seluruh Malaysia. Laman ini dikendalikan oleh Cypearl Sdn. Bhd. Sehingga kini terdapat 19,88531 pada rakan anda bila-bila masa dalam sehari. 


Anda boleh juga menyimpan nombor telefon di dalam buku telefon dan terdapat fungsi dimana anda boleh menetapkan penghantaran sms secara berjadual kepada rakan anda. Jadi jika ada sesuatu perkara yang penting seperti hari lahir seseorang, pasti anda tidak mahu terlewat untuk mengucapkannya dan masalah terlupa akan dapat diatasi dengan adanya MostSMS ini. Terdapat juga koleksi sms pelbagai kategori yang disediakan bagi untuk dihantar terus kepada rakan anda dan juga untuk tersayang.


Bagi menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Itu itu bagi pendaftaran dan langkah untuk menggunakannya anda boleh lihat dibawah.

Langkah 1 :


Daftarkan nombor telefon bimbit anda di link http://www.mostsms.com/signup.php.

Langkah 2 :


Isikan segala butir diri yang diperlukan dan sila pastikan nombor yang diletakkan itu masih lagi boleh digunakan. Masukkan kod keselamatan dan akhir tandakan pada kotak untuk pengesahan dan akhir sekali tekan butang Signup bagi pendaftaran.

Langkah 3 :

Satu mesej pengesahan akan dihantar ke telefon bimbit anda beserta dengan kata laluan untuk anda login masuk ke MostSMS.

Langkah 4 :


Seterusnya login masuk dan tukarkan kata laluan bagi memudahkan anda untuk mengingatinya.

Langkah 5 :


Kini anda boleh mula menghantar sebarang sms secara percuma ke telefon bimbit rakan anda. INGAT!. Hanya 31 sms percuma yang dibenarkan dalam sehari. Pengguna Maxis dan Celcom boleh digunakan dan pastikan anda tidak menggunakan perkhidmatan MostSMS ini sebagai sms SPAM kerana nombor dan nama pertama anda akan disertakan sekali semasa anda menghantar mesej.

2 comments:

  1. free ek. pernah juga jumpa website camnie.tapi dah lama dah.dah tak ingat apa nama websitenya.

    follow balik k
    Ikan rm400 sekilo

    ReplyDelete
  2. cbe ar cri blik...
    nt,leh kongsi sme2...
    ok..now i go....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...