Monday, June 6, 2011

cara nak hilangkan stress dengan kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Minggu ni adalah minggu stress dengan keja. Dah nama pun keja, sampai bila2 cakap pun memang tak kan habis. Saya pun manusia yang kadang2 lemah pada perasaan sendiri, gagal mengawal perasaan sampai lupa berlaku adil untuk meletakkan sesuatu yang betul pada tempatnya (Tak pasal2 orang lain jadi mangsa. Huhu).
Jadi salah satu cara saya untuk meredakan stress ialah dengan melihat gambar2 kat bawah ni sambil berangan bila la nak dapat. Ni semua terapi mata dan minda untuk saya :
Sony Xperia X10
iPad 2
 
BMW M3

Semua ni menjadi pembakar semangat saya untuk bekerja dengan lebih berdedikasi. Huhu. Tapi saya tau semua ni dunia je. Yang penting sebagai manusia kita kena tau bezakan yang mana keperluan dan yang mana kehendak. Macam tiga2 kat atas tu semua kehendak je. Manusia memang tak pernah rasa puas dengan apa yang dia dapat. Normal la kan. Menunjukkan manusia tu ada nafsu. Tapi nafsu bole di kawal dengan menggunakan akal. Jadi sila gunakan dengan sebaiknya.
Paling penting jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Ada duit banyak sekalipun belum tentu hati kita tenang, belum tentu menjamin kebahagiaan, dan paling penting duit bukan bole beli kasih sayang. Renung2kan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...