Friday, May 1, 2015

Aku yang Sweet




“Assalamualaikum,”
            Baharuddin tersenyum manis. Dua orang anak muda yang sedang asyik berbual disapanya ramah dengan wajah yang manis berseri.
            “Waalaikumusalam. Nak ke mana pak cik pagi-pagi ni?” Huzaifah segera bangun menyalami jirannya.
            “Pak cik nak keluar pergi sarapan ni. Ni nak bagi surat jemputan kat kamu, dah alang-alang kamu kat luar ni,” bibirnya tidak lekok dengan senyuman.
            Huzaifah menghulurkan dahulu tangan untuk menerima surat jemputan walaupun tidak dihulurkan lagi surat yang ingin diberi padanya.
            “Siapa kahwin pak cik?”
            “Siapa pula yang kahwin?” Baharuddin kembali menyoal.
            “Dah pak cik kata tadi surat…”
            “Abah!”
Belum sempat Huzaifah menghabiskan baris katanya, anak perempuan Baharuddin muncul di pintu pagar dengan wajah yang mencuka. Perhatian mereka kini pada gadis itu.
“Anak pak cik yang ni kahwin ke? Dengan orang mana?” serta-merta Hazim bangun menghadap Huzaifah dan Baharuddin. Dari tadi dia asyik mendiamkan diri dan hanya tersengih-sengih tika abangnya ramah berbual dengan pak cik Baharuddin.
Baharuddin tidak terkata apa-apa. Soalan Huzaifah tidak dia balas, soalan adiknya, Hazim juga tidak dia menjawab. Kepalanya sedang memproses maklumat yang baru diterima. Siapa yang kahwin?
“Ada apa jerit-jerit ni?” soalnya pada anak perempuannya yang sudah berada di sebelah. Sementara fikiran memproses maklumat, ada baiknya dia menyahut panggilan anaknya itu.
“Ibu cakap, abah bagi barisan depan laluan kita ni. Ana dengan ibu akan edarkan kat barisan belakang sana tu,” Syafiqa memuncungkan mulutnya sambil menyerahkan lebihan surat jemputan pada ayahnya.
Hazim memandang tanpa berkerdip. Padanya, Syafiqa langsung tidak berubah. Lima tahun dahulu dengan sekarang, sama sahaja bagi dia. ‘Dah nak kahwin dah dia ni,” bisik hati kecilnya.
Syafiqa melirik tajam. Dia sedar Hazim sedang memerhatikannya. Dengan spontan Syafiqa juga berkalih. ‘Kalau nak bermain mata, mainlah betul-betul,’ bisik pula hati Syafiqa lantas memandang tepat pada Hazim.
Hazim terpana. Pandangan yang diberikan Syafiqa tidak mampu dia patahkan dengan pandangannya sendiri. ‘Apa aku nak buat ni? Astaghfirullah,’ sekali lagi hati kecil Hazim berbisik seraya melafazkan istighfar acap kali.
“Surat jemputan kahwin ke ni pak cik?” Huzaifah memainkan peranan. Dia sedar akan kelakuan pelik adiknya itu. Dilihatnya juga Syafiqa diam hanya memandang mereka berdua. Kalau dibiarkan lama, takut lain jadinya nanti.
“Kahwin apa pula ni? Ini surat jemputan pakatan laluan tempat tinggal kita ni. Jemputan untuk raya Qurban nanti. Kamu jangan lupa datang pula. Ajaklah adik kamu ni sekali walaupun tak duduk kat sini,” Baharuddin meneruskan kata tanpa menghidu sebarang keganjilan yang telah berlaku tadi.
Huzaifah mengangguk beberapa kali. “Ingatkan si Syafiqa ni hah yang kahwin. Tu yang terkejut tadi tu. Anak-anak pak cik ni semuanya senyap-senyap beritanya. Alih-alih dapat kad jemputan je,”
Baharuddin terus ketawa tanpa sebab. Baginya kenyataan itu mencuit sedikit hatinya, “Nak buat macam mana, masing-masing duduk jauh. Kalau duduk sini, adalah gamaknya dengar gossip-gosip hangat macam selalu orang laluan kita gosipkan,”
“Jangan pak cik! Minta simpanglah nama kita ni naik untuk digosipkan. Ahli gosip jiran-jiran kita ni bahaya pak cik!” Huzaifah menyambung gelak tawa Baharuddin. Senang dia bicara dengan jirannya yang seorang ni. Baginya, pak cik Baharuddin sangat sporting dan bertimbang rasa. Sesiapa pun mudah masuk dengan pak cik ni.
“Abah, Ana pergi edar dululah. Abah sembanglah dengan mereka ni,” Syafiqa bersuara. Dua tiga minit yang lepas dirinya jadi tugu pendengar, begitu juga dengan Hazim.
“Hah! Pergilah edar, itu ibu dah tercongok depan pintu tu,”
Syafiqa membuka besar langkahnya. Ada bagusnya dia tidak bertemu dengan dua jejaka tu tadi. Resah semacam je mereka-mereka tu bila berdepan dengan dirinya.
“Pak cik pergi dahulu. Jangan lupa datang tau nanti,” Baharuddin menyalami Huzaifah dan Hazim sambil tersenyum memandang mereka berdua.
“Kalau ya pun kamu tu syok kat anak dia, janganlah sampai terkantoi. Nasib baik abah dia tak perasan kamu pandang anak dia macam nak makan je,” Huzaifah menyiku lengan adiknya. Sudah banyak kali dipesan, jaga kelakuan, lebih-lebih lagi bila bersua dengan Syafiqa tu.
“Susahlah Long,” Hazim mengeluh. Matanya masih pada Syafiqa yang dari jauh berjalan kaki dari rumah ke rumah mengedarkan surat jemputan Qurban itu.
*************************
“Aku dah bagitahu dah kamu dulu, tapi kamu tak nak dengar,”
            “Long… bukan tak nak dengar, tapi waktu tu zaman hingusan. Apa kata orang? Zaman cinta monyet! Manalah nak ada rasa cinta-cinta ni,” Hazim menyandarkan badannya.
            Huzaifah menaikkan sedikit cermin matanya. Hidungnya dipicit beberapa kali. Terasa mahu bersin pula.
            “Siapalah yang suruh jadi monyet bagai ni? Tak adanya cinta monyet. Yang ada adalah cinta manusia. Cinta yang suci dan itulah yang sepatutnya menjadi fitrah kita. Yang menjadikannya monyet adalah kita juga, bercinta tanpa ada tujuan, hanya mahu berseronok. Kalau bukan keseronakan yang diutamakan, cinta monyet semuanya ni mana nak wujud,” panjang lebar dia bersyarah.
            Hazim menggaru-garu kepalanya. Huzaifah merunsingkan lagi fikirannya. Tiap kali soal ini dibangkitkan, benda yang sama akan dia bicarakan. Bersyarah saja, solusinya masih belum diperoleh.
            “Sekolah lagilah Long waktu tu. Nak fikir cinta tulus suci apanya? Lepas sekolah, masing-masing bawa diri. Waktu dah besar macam nilah baru berpeluang berjumpa balik. Along, tak ada tips ke untuk Jim ni?” Hazim menggerak-gerakkan kedua-dua keningnya ke atas.
            “Aku kan dah bagi dah waktu kamu sekolah dulu,”
            “Long, tu dulu. Mana Jim nak ingat. Bagilah semula Long. Kasihan kat adik Along yang sorang ni,” Hazim mengumpan lagi.
            Huzaifah tersenyum lebar, “Jim, perempuan ni senang je nak tackle. Senang je,”
            “Macam mana?” tak sabar pula nak tahu.
            “Kamu kena jadi seorang yang sweet untuk pikat hati perempuan ni,” mata Huzaifah bersinar-sinar. Lima tahun yang lepas, perkara yang sama juga dia berikan pada adiknya ini.
            “Sweet? Binatang apa tu?”
            “Sweet tu bukan binatang la. Bak kata orang kita, menjadi seseorang yang sejuk mata memandang dan baik budinya. Perempuan ni hati dia lembut,”
            “Macam mana pula nak jadi sweet tu Long?”
            Huzaifah memandang sekeliling. Matanya melilau sampai ke bahagian dapur. Perkara rahsia harus diberitahu dengan rahsia juga. Tiada sesiapa boleh tahu.
            “Ada tiga steps yang kamu kena ambil. Tak banyak. Tiga je,” Huzaifah mengangkat tangannya menunjukkan bilangan tiga.
            Hazim berkerut seribu, “Biar betul Long? Tiga je? Syafiqa tu bukan calang-calang orang. Mahu dekat beratus stepsnak kena ambil ni,”
            Huzaifah mendekatkan dirinya, “Tiga je. Kalau kamu ikut steps aku kasi ni, inshaAllah, Syafiqa tu kamu punya,” dengan yakin Huzaifah memberi kata putus.
            Hazim diam seketika. Minda memainkan peranan. Logikkah kata-kata abangnya ni? Kalau tak cuba, mana nak tahu hasilnya kan?
            “Apa steps nak jadi sweet ni Long?”
            Huzaifah meghidu-hidu sesuatu. Hidungnya terangkat beberapa kali. Sensitifnya pada bau ni. Mana datang bau ni?
            “Kenapa Long? Selsema ke pun?” soal adiknya yang perasan akan kelakuan abangnya itu.
            “Kamu bau tak apa yang aku bau ni?” Huzaifah memegang batang hidungnya.
            “Bau apa? Jim bau bihun goreng je. Kak Long tengah masak tu kan,”
            Huzaifah mengangguk pantas seraya lebar tersenyum, “Pandai pun! Kita makan dulu, lepas tu aku bagitahu kamu apa yang kamu kena buat,”
            “Ala Long! Cakaplah dulu. Lepas tu kita makanlah. Tak lari mana pun bihun goreng tu!” Hazim menarik tangan abangnya.
            “Kamu tahu kan bihun goreng Kak Long kamu tu favourite aku? Aku terpikat dengan dia pun sebab bihun goreng yang dia masak. Tak tahan aku! Kalau dia masak nasi ke, mee ke, itu tak pe, kita boleh duduk sembang lagi. Tapi, kalau bihun goreng, memang tak boleh aku nak tahan dah!” Huzaifah menarik semula tangannya. Seleranya naik dengan haruman bihun goreng hasil air tangan isterinya.
            Huzaifah menapak laju ke dapur. Wajahnya begitu berseri dengan adanya bihun goreng.
            Hazim sedikit mencuka. Memang tak boleh nak dibuat apa dah. Abangnya memang hantu bihun goreng. Tapi hanya bihun goreng yang dimasak oleh Kak Long sahaja dia gilakan, selain daripada itu, hidanglah apa pun, seleranya memang kurang.
            “Jangan risaulah Jim! Lepas kita makan bihun goreng nanti aku bagitahu. Tak lari manalah Syafiqa tu,” Huzaifah bersuara lagi. Hanya suaranya kedengaran, jasadnya sudah ada di dapur.
            “Memanglah dia tak lari. Dia berjalan je dah boleh dapat kat orang lain,” bisiknya sendiri.
*************************
“Kamu kena tanamkan dalam diri kamu tu yang kamu seorang yang sweet. Itu yang paling penting sekali,”
            “Sebelum nak ambil langkah pertama untuk lakukan kesemua steps tu nanti, jangan lupa baca Bismillah dan selawat. Lepas dari tu, barulah buat apa yang patut,”
            “Aduh!”
            Hazim tersentak.
            “Astaghfirullah. Sempat lagi aku duk mengelamun,” suara yang didengarnya tadi menyedarkannya dari lamunan yang sekejap itu.
“Mana Along ni? Dah dekat sepuluh minit duk tunggu depan rumah dia. Dahlah panas duduk dalam kereta waktu-waktu begini,”
“Kepala ok ke? Terhantuk kuat tu,” satu lagi suara kedengaran.
Hazim memusingkan kepalanya ke kanan. Kelihatan Syafiqa dan ibunya yang sedang berdiri menghadap but kereta mereka. Hazim menelan air liur. Jantungnya berdegup pantas.
“Astaghfirullah,” lafaznya perlahan sambil mengurut-urut dadanya.
“Ana, pergi ambil troli besar kat belakang. Senang sedikit kita nak angkat barang ni masuk rumah. Lagipun, kereta ni tak boleh masuk dalam,”
Syafiqa turut perintah. Dibiarkan ibunya seorang diri bercekak pinggang mengomel tentang barang-barang yang telah mereka borong.
“Apa yang nak dibuat dengan microwavekettle, pinggan mangguk bagai tu? Syafiqa pindah duduk sini terus ke?” soalnya sendiri sambil meninggi-ninggikan tengkuknya untuk mengintai apa yang ada dalam but kereta.
Syafiqa menolak troli keluar. Troli yang sederhana besar itu adalah hasil kreatif ayahnya sendiri. Masa lapang yang ada, jika tidak ke kelas agama, ayahnya akan duduk di stor belakang dan mencipta pelbagai jenis barang baru, termasuklah dua buah troli yang memudahkan mereka untuk mengangkat barang-barang berat.
“Macam ada peluang je ni,” Hazim menelan air liurnya buat kali kedua.
“Dengar sini, step yang pertama yang perlu kamu lakukan adalah ambil hati ibu dan abah Syafiqa tu. Pak cik Baharuddin tu baik orangnya. Mudah untuk kamu beramah dengan dia. Ibunya pun sama. So, credit untuk kamu kat situ. Biar mereka nampak yang kamu ni baik orangnya, rajin, dan suka menolong orang,”
Suara abangnya kembali bergema di cuping telinga. “Ambil hati ibu dia. Boleh ke aku ni?”
“Ingat pesan aku. Itu yang pertama,”
Hazim mengangguk sendiri setelah teringat apa yang telah dia bualkan dengan Huzaifah kelmarin.
“Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad. Bismillahirrahmanirrahim. Aminnn…” dihembus ke kanan dan ke kiri.
“Banyak beli mak cik?”
Hazim melangkah perlahan seraya menyapa dua beranak yang tekun mengangkat barang untuk diletakkan ke atas troli.
Syafiqa mengerling. Matanya sengaja dikecilkan untuk memberi amaran. Hazim tersenyum memanjang. Amaran yang diberikan umpama sapaan lembut baginya.
“Hazim! Tak kerja ke hari ni?” Maria kembali menyoal.
“Kerja. Budak ramai tolong jagakan kejap bengkel. Datang ni nak jumpa Along, tapi dia tak balik lagi. Tunggu kat dalam kereta tu. Lepas tu nampak pula mak cik dengan Syafiqa ni. Tu yang saya datang sini tu,” panjang bicara dengan lancar.
“Nak saya tolong ke ni mak cik? Banyak barang ni,” Hazim kembali bersuara.
“Eh, tak payah! Menyusahkan kamu je. Mak cik dengan Ana boleh buat. Sekejap je ni,” Maria cuba menolak. Kalau boleh dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.
“Ala mak cik, terima je lah aku nak tolong ni. Aku kena jadi sweet depan anak mak cik ni. Tak boleh jadi ni. Kena pujuk lagi ni,”
“Dah alang-alang saya ada dekat sini. Lagi sekejap kalau saya yang tolong. Bukan susah mana pun. Dari saya duk membosankan diri dalam kereta, ada baiknya saya tolong kat sini,” Hazim bermanis kata.
“Biarlah ibu. Orang dah nak tolong, kita terima je lah,” Syafiqa pula bersuara. Makin lebar senyuman Hazim.
“Suka hati kamu lah. Angkat yang besar tu dulu,” Maria kembali memerintah.
Hazim ke but kereta dan mengangkat microwave seperti yang Maria arahkan. Syafiqa pula mengangkat barang-barang yang ringan ke dalam rumah.
“Alhamdulillah. Step pertama berjaya,” ujarnya perlahan.
*************************

“Jim. Kamu datang tak ni?”
            “Jim banyak kerjalah Long. Customer ramai ni,” Hazim mengesat peluh di dahi.
            “Budak-budak mana? Minta tolong mereka jagakanlah,”
            Hazim mengeluh. “Masing-masing ada kerja. Nantilah, kalau lepas Asar siap semua kerja, Jim singgah rumah,”
            Telefon dimatikan. Kerja yang tertangguh disambung kembali. Minggu ni merupakan minggu yang sangat sibuk baginya.
            “Assalamualaikum,”
            Semua memandang pada Hazim. Dia hanya berdiri tegak sambil tersenyum kambing memandang kembali yang lain.
“Lambat kamu sampai. Banyak kerja kat bengkel ya?” Baharuddin menapak keluar rumah menjemput Hazim masuk.
“Lambatnya! Orang dah nak balik dah ni!” Huzaifah pula muncul dengan lemang yang masih ada di dalam mulutnya.
Sorry. Jim banyak kerja kat bengkel. Ni pun baju bengkel Jim pakai. Lupa nak bawa baju salin. Maaflah kalau berbau sikit,” Hazim berbahasa basi.
“Tak mengapalah. Jom masuk makan. Pak cik kenalkan kamu dengan anak menantu yang selalu pak cik ceritakan pada abang kamu ni,” Baharuddin mendahului Hazim dan Huzaifah.
“Hari ni, kamu boleh teruskan dengan step kedua yang aku ajar tu,” Huzaifah berbisik pada adiknya seraya mengenyitkan mata kirinya.
“Azma tak ada hujung minggu ni abah. Ada kenduri kesyukuran pula mak buat kat kampung,”
Baharuddin berkerut. “Tak mengapalah kalau begitu. Lagi pun dah lama kamu tak balik jenguk mak kat kampung. Pandailah abah dan ibu uruskan rumah tu,”
Hazim mengambil tempat di hadapan abangnya.
“Ini Hazim, adik Huzaifah ni. Yang ni pula Azma, menantu pak cik,” Baharuddin bersuara.
Hazim segera menghulurkan salam. Azma tersenyum sambil membalas salam yang diberikan. “Hazim ya? Segak orangnya,” tegurnya ramah.
“Kita upah orang je lah abah,” Syafiqa tiba-tiba muncul membawa sepiring kuih dan diletakkan di hadapan Hazim.
Hazim terkesima. “Astaghfirullah…” cepat-cepat dia alihkan lirikan mata ke bawah. Hatinya berdebar-debar.
“Mana sempat nak cari orang. Kita tunda je minggu hadapan. Bukan lama pun,” Baharuddin memberi kata putus. Dari memeningkan kepala, baik tundakan sahaja.
Huzaifah menyiku belakang adiknya beberapa kali. Terbantut gerak Hazim yang baru hendak menyuap kuih.
“Jim, kamu ingat lagi kan step kedua tu. Buat baik dengan keluarga Syafiqa. Tunggu apa lagi ni?” Huzaifah mengingatkan.
Hazim menelan air liurnya. “Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad. Bismillahirrahmanirrahim. Aminnn…”
“Maaf menyibuk. Nak tanya, ada masalah ke ni?” ujarnya setelah menghembuskan kata-kata hikmat sebentar tadi. Kuih yang masih ada di tangan disuapkan ke mulut. Sedap!
Azma memandang ayah mertuanya. Baharuddin mengangguk seakan memahami isyarat mata menantunya itu. Huzaifah yang berada di belakang senyum melebar.
“Minggu ni kami semua tak ada di sini. Abah, ibu, dan Ana terpaksa hadir majlis konvokesyen Ateh di Perlis. Saya dan isteri pula ada kenduri kesyukuran di kampung,” Azma berasa selesa menerangkan hal yang menjadi masalah buat mereka. Hazim dan Huzaifah sudah dianggap seperti keluarga mereka juga kerna, antara jiran-jiran yang ada, dua beradik inilah yang selalu bertegur sapa dengan mereka.
Hazim tekun mendengar.
“Minggu ni juga ada majlis dekat rumah kanak-kanak di bandar tu. Rumah tu inisiatif abah dan ibu untuk membantu mereka yang susah. Dah janji dengan adik-adik dalam rumah tu nak buat majlis minggu ni. Tak sangka pula semuanya pada hari yang sama. Serba salah pula kalau tunda hari yang lain. Tapi setakat ni, itu sahajalah jalan yang ada,” sambungnya lagi.
“Along tak pernah cerita pun pak cik ada buka rumah kanak-kanak,” Hazim menjeling pada abangnya.
“Aku lupalah. Tak kan semua aku nak cerita kat kamu,” Huzaifah membela dirinya.
“Kalau susah sangat pak cik, serahkan pada saya je lah untuk uruskan majlis tu nanti,” Hazim memberi cadangannya pula. Spontan dia membuat keputusan tanpa memikirkan apa-apa tindakan yang dia perlu hadapi nanti.
Huzaifah membulatkan matanya. Adiknya terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan.
“Kamu ni biar betul? Tak payahlah,” Baharuddin pantas menolak cadangan Hazim.
“Kenapa nak susahkan diri pula? Tak usahlah Hazim,” Azma menyokong ayah mertuanya.
“Tak mengapa. Saya willing nak tolong ni. Lagi pun, kerja kat bengkel tak banyak sangat. Boleh panggil budak-budak bengkel tolong sama. Alah, macam buat program waktu belajar dulu je bunyinya. Nanti pak cik bagitahu saya majlis pasal apa, nak buat macam mana. Pandailah saya uruskan nanti,” Hazim semakin yakin dengan keputusannya. Sambil sembang, sambil mengunyah. Lapar benar dia hari ni.
“Tak manislah Hazim,” Baharuddin tidak sedap hati.
Hazim mengangkat tangannya dan dilambaikan beberapa kali, “Apa pula tak manisnya? Benda baik ni pak cik, tak kan saya nak lepaskan peluang buat kerja-kerja kebajikan. Saya serius ni!”
“Tak payahlah abah nak susah hati. Orang tu dah nak tolong kita, terima je lah,” Syafiqa yang dari tadi hanya mendengar, akhirnya bersuara. Baik pula Hazim ni nak bantu keluarganya.
“Betul cakap Syafiqa tu pak cik. Adik saya ni memanjang free. Apa salahnya dia tolong. Nanti saya dan Junia pun akan tolong sikit-sikit,” Huzaifah cuba membantu Hazim untuk menyakinkan Baharuddin untuk serahkan tugas tu pada adiknya.
“Kalau begitu kata kamu, baiklah. Esok pak cik bagitahu semuanya pada kamu. Makan dahulu semua ni kasi habis. Terima kasih banyak la Hazim,”
“Sama-sama pak cik. Tak susah mana pun,” Hazim tersengih.
“Tak susah mana kamu kata? Kalau ya pun nak buat step kedua tu, beragaklah sikit Jim!” Huzaifah membongkok dan berbisik di telinga adiknya.
“Ini barulah dikatakan sweet Long!” Hazim berbisik kembali pada abangnya.
“Suka hati kamulah Jim!”
*************************
Telefon bimbit di tangan diletakkan semula ke atas meja.
            Sudah hampir setengah jam dia begitu. Telefon bimbit diangkat kemudian diletakkan semula. Satu helaan nafas dilepaskan.
            “Step yang akhir ni susah sedikit. Kamu perlukan kekuatan maksima untuk lakukannya,”
Masih terngiang kata-kata abangnya itu.
“Memang aku perlukan kekuatan maksima untuk teruskan. Payah benar nak dapatkan kekuatan tu. Dah sebulan dah aku tak jejakkan kaki ke sana. Gerun pula rasanya,” ujarnya sendiri sambil menekan-nekan punat pada telefon bimbit tanpa sebarang tujuan.
Kertas A4 yang berselerakan di atas mejanya diperhatikan satu-persatu. Bibir digigit setiap kali melihat apa yang telah dia tulis pada kertas tersebut.
“Tapi kalau nak tunggu kekuatan maksima tu datang, memang tak kahwinlah aku jawabnya. Aku kena buat juga stepakhir ni! Barulah aku berjaya jadi lelaki yang sweet untuk Syafiqa,” sambungnya lagi.
Hazim mencari-cari nama ‘Ayah Mertuaku’ dalam telefon bimbitnya. Mulutnya terkumat-kamit melafazkan sesuatu, “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad. Bismillahirrahmanirrahim,”
Telefon bimbit merah miliknya dilekapkan pada telinganya. Air liur ditelan.
“Assalamualaikum pak cik,”
“Waalaikumusalam. Siapa ni?” soal Baharuddin apabila nombor yang tidak dia kenali menelefonnya.
“Saya ni, Hazim. Maaf menganggu pak cik waktu petang macam ni,” jawabnya lembut.
“Hazim! Ya Allah! Lamanya tak dengar berita kamu. Dah sebulan lebih dah kalau tak silap pak cik. Pak cik tak sempat nak terima kasih kat kamu face-to-face sebab tolong uruskan majlis rumah kanak-kanak tu,”
“Ala pak cik, kecil punya hal. Bukan susah mana pun benda tu,” sambungnya pula.
“Apa halnya kamu telefon pak cik ni?”
Hazim berdehem beberapa kali. Terasa berat pula mulutnya nak menyampaikan hajat. Kertas A4 diangkat sehelai demi sehelai sambil mengira-ngira wajarkah tindakan yang dia lakukan tika itu.
“Udah kenapa kamu tu? Tak sihat pula ke?” deheman Hazim sedikit sebanyak merisaukannya. Sebulan tidak nampak batang hidung sebab sakitkah?
“Eh, tak adalah. Saya sihat. Tekak kering sikit ni. Hurm… esok pak cik free?” Hazim meneruskan kata.
“Kenapanya?”
“Saya ingat nak datang rumah esok. Ada hal nak bincang dengan pak cik dan mak cik,”
“Boleh. Boleh. Kamu datanglah lepas Asar,” mudah benar Baharuddin membuat keputusan tanpa bertanya apa-apa.
“Kalau macam tu, kita jumpa esoklah. Terima kasih pak cik. Assalamualaikum,”
Hazim menarik nafas lega. Mudah berbicara dengan pak cik Baharuddin. Tanpa berlengah, Hazim mengemas kertas-kertas yang ada dan dimasukkan ke dalam fail peribadinya.
Dia perlu lakukan persiapan untuk esok. Langkah terakhir untuk menjadi lelaki yang sweet harus dilakukan dengan sebaiknya.
*************************
“Kertas apa ni Hazim?”
Maria membelek-belek kertas yang diberikan padanya. Baharuddin juga mengintai sama isi kertas itu.
“Sebelum tu, Syafiqa ada ke kat rumah?”
“Dia dah balik kolej dua minggu lepas. Apa ni Hazim?” Baharuddin pula bersuara seraya mengambil kertas-kertas yang ada pada isterinya.
“Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad. Bismillahirrahmanirrahim,” lafaznya perlahan sebelum menjawab pertanyaan Baharuddin dan Maria.
“Last step ni Jim, kamu kena tunjuk berani sikit. Inilah masanya nak buktikan yang kamu tu bukan sahaja sweet, tapi memang layak untuk anak mereka. Apa yang kamu perlu lakukan adalah, kamu pergi pinang Syafiqa tu tanpa pengetahuan Syafiqa. Tapi kamu kena prepare lah betul-betul. Kamu nak pinang anak orang, bukan anak monyet,”
“Lepas je last step ni Jim, aku jamin Syafiqa tu memang kamu punya,”
Hazim termangu mengingat kembali kata-kata abangnya. Walaupun tidak mempunyai kekuatan maksima yang diperkatakan oleh abangnya, dia tetap mahu meneruskan langkah terakhir ini.
“Dah kamu ni kenapa? Hazim! Kenapa termenung?!” Baharuddin meninggikan suaranya. Dari tadi dia dan isterinya tanya tidak jawab, kemudian termenung seperti orang hilang akal.
Hazim sedikit terkejut. Kepalanya digeleng beberapa kali tanpa sedar.
“Saya minta maaf. Saya lupa nak cakap apa, sebab tu termenung sekejap,” Hazim cuba berdalih.
“Kertas tu adalah kertas bajet yang saya rangka sendiri,” Hazim memulakan sesi pinangannya.
“Untuk apa bajet ni?” Maria menyoal.
“Bismillah. Sebenarnya, saya berkenan dengan anak pak cik dan mak cik, Syafiqa, dan nak sangat jadikan dia isteri saya,” lancar dia menyatakan hajat di hati setelah sekian lama dipendamkan.
“Kamu nak pinang anak pak cik dengan kertas bajet ni?” Baharuddin pula menyoal.
Hazim tersenyum kambing.
“Dalam kertas bajet tu, saya dah senaraikan semua keperluan yang diperlukan untuk majlis perkahwinan nanti, itu pun kalau jadilah majlisnya. Dalam kertas tu juga, saya senaraikan sekali pendapatan saya untuk bengkel kat sini, dan juga dua lagi cawangan saya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,”
Maria dan Baharuddin bersilih ganti meneliti isi kandungan kertas bajet tersebut. Hazim mengambil peluang itu untuk meneruskan lagi katanya.
“Syafiqa merupakan junior saya sewaktu sekolah dahulu. Malu saya nak cakap, tapi kena cakap juga. Saya dah lama suka kat Syafiqa, sewaktu saya tingkatan lima lagi. Tapi, waktu tu Syafiqa baru tingkatan satu. Memang terasa terlalu kebudak-budakan untuk bercinta ni. Selepas habis belajar, saya fokus pada pengajian teknikal dan sampai sekarang, alhamdulillah, saya sudah berjaya miliki tiga bengkel sendiri,”
“Saya betul-betul serius nak jadikan Syafiqa isteri saya. Saya buat sendiri kertas bajet tu dah lama dah,”
 “Alhamdulillah, saya berjaya ikut bajet saya tu. Saya sudah cukup bersedia untuk berkahwin. Dan calonnya adalah Syafiqa Azliana. Itu pun kalau dia masih belum berpunya,”
Maria memandang wajah suaminya. Baharuddin juga begitu, berkalih memandang isterinya.
“Hazim,”
Hazim memandang pula kedua mereka tanpa berkerdip.
“Pak cik dan mak cik dah lama berkenan dengan kamu dan kami setakat ni tiada masalah dengan hajat baik kamu ni,”
Kata-kata Baharuddin melegakan Hazim. Kata syukur dilafazkan dalam hatinya.
“Tapi, yang nak kahwinnya adalah Ana, bukan kami. Jadi, kami kena tanya empunya badan dahulu. Kemudian, barulah kata putus kami beritahu pada kamu,” sambungnya.
“Alhamdulillah. Saya akan tunggu pak cik, mak cik,”
“Ana masih lagi ada satu semester. Kalau dia setuju nanti, kami harap biarlah dia selesai belajar dahulu, kemudian barulah buat majlisnya,” Maria menyatakan hasrat hatinya. Dia tidak mahu anak perempuannya terganggu urusan belajarnya nanti.
“Boleh mak cik. Saya setuju,” jawabnya laju.
“Rajin sungguh kamu buat semua ni Hazim. Habis semua kamu senaraikan ni. Pelamin, hantaran, rumah, kereta. Banyak ni,” Baharuddin masih meneliti kertas yang dari tadi tidak lepas dari tangannya.
Hazim senyum hingga tampak barisan giginya, “Saya nak yakinkan pak cik dan mak cik yang saya betul-betul serius. Satu je yang saya tak senaraikan, duit yang ada dalam akaun bank saya,”
“Ada ke duitnya dalam akaun kamu tu?” Maria mencelah.
“Haisshh mak cik ni. Mestilah ada, kalau tak buat apa saya datang sini. Nak pinang anak dara orang ni. Bukan boleh dibawa main,”
Baharuddin dan Maria ketawa kecil.
“Pak cik dan mak cik jangan risau. Rumah saya dah ada, kereta pun saya dah ada. Setakat ni semuanya cukup. Alhamdulillah,” sambungnya lagi.
“Kena tunggu dulu jawapan Ana. Semoga terbuka hati Ana untuk terima kamu,”
Hazim mengaminkan dalam hati.
Step terakhir ni lah penentu hidup aku,”
*************************
Terik panas matahari tidak dihiraukan. Peluh yang seronok mengalir dibiarkan sahaja.
“Mana barang tu?”
Syafiqa menghampiri Hazim yang setia menunggunya di luar. Tergesa-gesa dia bersiap bila ibunya terjerit-jerit memanggilnya. Bila diintai ke luar tingkap, Hazim sudah terpacak di pintu pagar rumah.     
“Tak nak ajak saya masuk dulu ke?” Hazim mengesat peluh yang ada di tengkuknya. Dia sengaja membiarkan peluh membasahi dirinya semata-mata mahu kelihatan simpati di hadapan Syafiqa.     
Syafiqa mencebik, “Alah! Panas sikit dah nak minta teduh. Siapa suruh datang waktu tengah hari panas macam ni? Lain kali awak datanglah waktu Subuh pula, sejuk je,”
“Tak perlulah nak perli saya macam tu sekali. Waktu ni je saya free. Awak nak barang hantaran tu hari ni kan? So,waktu ni je lah yang saya boleh bagi pada awak,”
            “Yalah tu. Lagi satu, tak boleh ke awak telefon bagitahu saya dulu sebelum nak datang?”
Hazim tertunduk mendiamkan diri. Dia terus membuka pintu kereta belakang untuk mengambil barang hantaran yang ada.
Terbit rasa serba salah dalam hati Syafiqa. Dia selalu berkasar dengan Hazim dan selalu buat Hazim terasa hati sejak hari pertama dia menjadi tunangnya.
Sorry lah awak. Saya bukan apa, nak ajar awak tertib-tertib datang rumah orang. Kan manis kalau awak telefon bagitahu awak nak datang bila, pukul berapa. Tak adalah ibu asyik terjerit-jerit suruh saya keluar. Saya pun ada masa nak siap-siap,” Syafiqa serba salah.
Hazim tidak mengendahkannya. Dia leka menyusun barang dan memasukkannya satu persatu dalam kotak untuk memudahkan Syafiqa mengangkatnya nanti.
“Awak, saya minta maaflah. Saya tahu awak sibuk uruskan bengkel awak tu. Tapi awak kenalah tahu adab nak datang rumah orang macam mana. Bukan main terjah je,” dalam ingin memujuk, tetap tegas ingin memberi nasihat.
Hazim menolak pintu kereta dengan kakinya dan menapak ke halaman rumah. Kotak yang berisi barang hantaran itu diletakkan di atas buaian. Peluh di dahi dilap kosong.
“Semua barang yang kita dah bincangkan ada dalam kotak ni. Ok, selesai kerja saya,” ditepuk-tepuk kedua-dua tapak tangannya dengan senang hati.
“Awak tak marah ke?” soal Syafiqa tika lihat Hazim begitu.
“Kenapa pula saya nak marah?”
“Yang tadi tu? Awak diam je. Awak tak terasa dengan apa yang saya cakap?”
Hazim cuba mengingat semula, “Awak ingat saya diam sebab terasa? Hahaha… Lawaklah awak ni. Saya diam sebab nak cepat-cepat siapkan kerja ni. Awak pun tahu panas berdiri lama-lama kat luar tu,”
Tidak terlintas langsung dalam benak fikirannya untuk terasa hati. Dia terlalu menyayangi Syafiqa hinggakan apa yang Syafiqa katakan atau lakukan semuanya baik baginya.
“Kalau macam tu baguslah. Semua barang dah cukup dah ni. Awak pergilah sambung kerja kat bengkel tu. Terima kasih,” lega sedikit hatinya kerna tidak buat sesiapa terasa hati dengan sikap dinginnya itu.
“Awak!”
Syafiqa membatalkan hasratnya untuk mengangkat kotak ke dalam. Perhatiannya kini pada Hazim. Apa lagi yang dia nak?
“Saya nak tanya dua soalan sebelum saya balik,”
“Tanya apa?”
“Kenapa awak terima pinangan saya ya? Dah lama saya nak tanya, tapi tak berkesempatan pun nak tanya,”
Syafiqa memeluk tubuhnya, “Kenapa tanya macam tu? Tak suka dah ke?”
Hazim segera menidakkan tanggapan tunangnya itu, “Tak! Siapa cakap tak suka? Saya bukan setakat suka, dah tahap cinta sayang semuanyalah,”
“Kalau macam tu, awak tak perlulah tanya soalan pelik-pelik macam tu dah. Saya dah terima pinangan ni, jangan nak mempersoalkan pula. Kita ni lagi seminggu nak akad dah tau,” Syafiqa memberi amaran pertama.
“Ala, saya saja nak tahu je. Tapi kalau awak tak suka soalan tu, saya tanya soalan kedua pula,”
Syafiqa menunggu dengan sabar.
“Awak rasa… awak rasa saya ni sweet tak pada awak?” Hazim mahukan kepastian yang kata-kata abangnya boleh dipercayai. Dia dilatih dengan tiga steps untuk menjadi lelaki yang sweet untuk memikat Syafiqa Azliana.
Syafiqa mengurut-urut kepalanya, “Soalan merepek apa yang awak tanyakan ni?”
“Saya nak tahu je yang saya ni seorang lelaki yang sweet atau tak? Itu je,”
“Macam budak-budaklah awak ni. Dahlah, malas saya nak layan dah. Awak balik rumah nanti, banyakkan rehat. Kerja teruk sangat sampai fikiran awak pun dah tak berapa nak betul,”
“Awak… satu jawapan je saya nak dengar, ya atau tak. Awak tahu tak? Dah macam-macam saya buat untuk jadisweet kat mata awak,” Hazim beralih ke hadapan Syafiqa yang membelakangkannya.
“Jadi sweet? Untuk saya? Siapa suruh? Hazim, jangan mulakan perkara yang pelik-pelik lagi,” rayunya supaya pergaduhan besar tidak terjadi nanti.
“Jadi lelaki sweet tu pelik ke? Awak… saya cuba ambil hati abah dan ibu awak, saya cuba berbaik dengan keluarga awak, dan saya memberanikan diri pinang awak dengan jumpa parents awak tanpa pengetahuan awak. Tak ke sweet tu? Apa tak cukup sweet ke saya ni?” soalnya sekali lagi.
“Ooooo… awak buat semua tu sebab nak nampak sweet je? Awak kata tadi awak cinta dan sayang pada saya. Awak nak kahwin dengan saya pun sebab nak nampak sweet juga ke?” dicuba untuk mengawal nada suaranya.
Hazim menggeleng beberapa kali, “Saya betul cintakan awak. Saya nak tahu je, saya ni dah cukup sweet ke tak untuk awak? Itu je. Saya buat semua tu sebab ada yang bagitahu saya yang awak ni suka pada lelaki yang sweet,”
“Siapa cakap?”
“Adalah orang tu. Kenalan saya,” Hazim tidak membuka sepenuhnya pekung di dada. Nama baik abangnya perlu dijaga.
“Tapi saya betul sayangkan awak tau! Tiap kali jumpa awak, hati saya berdebar semacam. Sampai ke hari ini dan tika ini pun jantung saya berdegup pantas ni. Awak buat saya tak keruan. Istighfar saya dalam hati ni tiap kali nampak awak. Kalau tak istighfar, tak reda degupan kat dalam ni,” tangan diletakkan di dadanya.
“Kalau dah sayang, buat apa nak tanya soalan yang pelik-pelik lagi? Kenapa terima pinanganlah? Awak ni sweet ke tak lah? Awak tahu tak, kita boleh gaduh besar tau kalau diteruskan macam ni. Saya nak pelihara hubungan kita ni,” Syafiqa tegas melafazkan katanya.
“Yalah. Saya tanya je. Awak tu yang susah sangat nak jawab. Jawab je lah, itu pun tak nak,” sedih nadanya.
“Saya balik dululah. Ada banyak kerja kat bengkel,” Hazim melangkah dengan lemah menuju ke keretanya. Dia sedikit kecewa dengan apa yang terjadi. Salahnya juga bertanya. Tapi salah Syafiqa juga tidak menjawab pertanyaannya.
“Apalah pelik sangat bakal suami aku tu? Sweet? Jadi sweet untuk pikat aku?”
Syafiqa mengeluh panjang sambil bibirnya melirikkan senyuman penuh makna.
*************************
“Amin ya rabbal ‘alamin,”
“Abang,”
Hazim menoleh ke belakang. Syafiqa masih bertelekung dan hanya memandang kepadanya.
“Kenapa ni? Jomlah kita tadarus. Lepas tadarus, boleh masuk tidur terus. Penat sangatlah hari ni. Esok tentu kena bangun awal. Malulah pula kalau pengantin baru bangun lambat,” tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Sebelum kita tadarus, Syafiqa ada satu benda nak bagitahu,”
Hazim menyengetkan mulutnya, “Apa Syafiqa-Syafiqa ni? Kan dah bagitahu sebelum solat tadi, bahasakan diri tu sayang. Kan sedap bunyinya,”
Syafiqa tertunduk malu.
“Apa benda tu? Tak boleh tunggu waktu nak tidur nanti?” Hazim tukar posisi dengan bersila. Badannya dibongkokkan sedikit. Lebih selesa begitu.
“Abang ingat tak minggu lepas, sewaktu hantar barang ke rumah, abang ada tanya dua soalan. Ingat lagi?”
Hazim meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangan, “Kenapa nak ingatkan semula cerita tu? Malu pun ada, geram pun ada. Sayang tak ada cerita lain ke malam-malam ni?”
Syafiqa tersenyum memanjang.
“Sayang minta maaf sangat-sangat untuk perkara-perkara yang lepas selama kita bertunang,”
“Kan manis bahasakan diri tu sayang. Sejuk telinga ni dengar. Nasib baiklah kita tak tadarus lagi. Kenapa nak minta maaf? Sayang tak ada buat salah pun,”
“Yalah, sayang ni kan dingin memanjang. Kalau dengan abang, suara ni kalau tak tinggi memang tak sahlah. Lepas ni sayang dah tak macam dulu dah. Sebelum kahwin je sayang lain sikit. Ada sebabnya kenapa sayang buat begitu. Dan jawapan kepada soalan abang tu pun sayang memang dah ada. Lama dah sebenarnya,”
Hazim setia mendengar. Dia sengaja membiarkan isterinya menghabiskan segala katanya sebelum dia bicara semula.
“Soalan pertama, kenapa sayang terima pinangan abang? Jawapannya satu je, sebab sayang mahukan redha Allah. Bila ibu dan abah datang jumpa sayang dan beritahu hajat abang tu, sayang memang tak tahu nak respon macam mana. Sayang istikarah dan bincang dengan ibu dan abah, mereka terima dengan hati terbuka kalau abang jadi menantu mereka. Redha ibu dan abah itu juga merupakan redha Allah kan, abang?”
“Soalan kedua, abang ni lelaki sweet ke tak? Jujur dari hati ni, abang memang seorang yang sweet. Sayang cakap ni bukan sebab nak sedapkan hati abang, tapi memang betul abang sweet. Sweet abang tu sangat terserlah bila abang datang jumpa ibu dan abah untuk meminang sayang. Sangat sweet. Dan bila dah jadi suami sayang ni pula, bertambahlahsweet,”
Hazim membetulkan songkoknya sambil tertunduk-tunduk menahan malu. Hidungnya sedikit kembang kerna terasa dihargai dan bangga bertindak begitu dahulu.
“Alhamdulillah. Seronok dan bahagia abang dengar semua ni. Kenapa tak bagitahu waktu abang tanya dulu?”
“Sebab waktu tu abang masih belum jadi suami sayang lagi,”
“Abang tak faham. Apa maksud sayang?” Hazim meminta penjelasan.
“Abang, seorang isteri akan mendapat pahala sekiranya apa yang dia lakukan itu menyenangkan dan menggembirakan hati suaminya. Malah, bila isteri memandang wajah suaminya dengan penuh rasa cinta dan sayang pun Allah bagi pahala. Sayang simpan jawapan sayang ni sampailah abang sah bergelar suami sayang. Bezanya, jika sayang bagitahu abang sebelum kita akad, sayang telah menyenangkan hati seorang tunang. Tetapi sekarang ni, hati seorang suami yang sayang senangkan. Sayang tak nak terlepas nak dapat pahala yang Allah telah janjikan untuk kita,”
“Allah… Allah… Allah… Sampai ke tahap itu sayang fikir. Ini yang buat abang makin sayang sangat kat sayang manis ni,” mata Hazim tetap pada isterinya.
“Terima kasih sayang. Insya Allah, abang akan jaga amanah Allah ini dengan baik,” sambungnya lagi.
“Sayang pun,” balas Syafiqa yang tidak lekang dengan senyumannya.
“Mari kita tadarus. Masanya kita untukNya pula,”
Syafiqa bingkas bangkit mengambil dua naskhah Al-Quran dan kembali bersimpuh di hadapan suaminya.
Lelaki yang sweet itu akan lebih tampak sweet apabila agama menjadi tunggak utamanya.
*************************

Aku Untukmu



“Alhamdulillah. Kenyang perut aku hari ini. Terima kasih beb belanja aku makan. Nanti aku dah dapat kerja aku belanja kau pula ok.” Aku menyedut air laici yang tinggal separuh. Hari ini dapatlah aku jimat duit yang hampir susut sebab Julia baik hati nak belanja makan tengah hari
“Benda kecil je la Sha. So, macam mana dengan interview tadi? Agak-agak boleh pass tak?” Julia menolak pinggan ke tengah meja menandakan dia sudah selesai makan.
Aku mengeluh apabila mendengar soalan Julia. Masuk kali ini sudah berpuluh kali aku pergi interview sejak graduate. Tapi entah mana silapnya aku tak pernah Berjaya interview itu.
“Tak tahulah beb. Aku rasa kali ni pun macam tak dapat je.” Aku menongkat dagu di atas meja. Nampak sangat macam orang kecewa.
“Takkanlah kau give up dah kot. Aku rasa kau dapat la beb. Instinct aku selalu betul tau.” Ujar Julia. Aku membuat muka menyampah. Si Julia ni memang selalu cakap berdasarkan instinct dia tu. Yelah sangat instinct dia selalu betul.
“Tak habis-habis dengan instinct kau tu. Kalau betul aku dapat kerja ni. Aku belanja kau lunch selama seminggu. Amacam?” Ujarku kepada Julia. Minah ni memang pantang kalau dengar orang nak belanja dia ni. Nasib baiklah dia pun memang jenis yang suka belanja orang juga.
“Ok. Deal ea.”
Kan aku dah cakap. Laju jer minah ni setuju. Siap buat pinky promise lagi. Entah apa-apa macam budak kecil. Aku pun layankan je lah. Kang merajuk aku juga yang kena pujuk. Tak kuasa den.
“Dah jomlah blah.” Aku mengajak Julia pulang memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 3. Solat zohor pun belum lagi ditunaikan.
Aku berjalan keluar dari restoran tersebut sementara Julia ke tandas. Sambil berjalan aku membetulkan lilitan selendang di kepala. Sedar-sedar sahaja aku sudah terduduk di atas lantai akibat dirempuh dari depan. Aku mengusap bahu yang terasa sengal. Manusia manalah yang buta sangat sampai langgar aku ni. Belum sempat aku membuka mulut sudah ada suara lain yang kedengaran.
“Hoi, buta ke? Tak nampak dah orang kat depan ni?” Tersentap aku bila dengar suara yang sah-sah berjantina lelaki ni. Suara tu tak boleh kuat lagi ke bang. Menyirap pula aku rasa. Elok-elok aku nak minta maaf tadi terus terbantut.
“Hek elah bro. Bahasa tu cantik sikit. Kau tu pandai-pandailah nak elak kalau dah nampak aku nak langgar kau. Ke kau yang buta sebenarnya.” Bidasku. Ingat aku nak diam je bila kau dah tengking-tengking aku. Silap besarlah. Ni Farisha lah.
“Menjawab pula kau ea. Bukan reti nak minta maaf. Sengal punya perempuan.” Rungut lelaki itu. Suka hati je kau panggil aku sengal kan.
“Kau lah sengal, sengal.” Kalau orang panggil kita sengal, kita kena panggil orang tu sengal balik. Ha..itu teori aku. So, aku tengah aplikasikan sekarang ni. Aku tengok mata lelaki tu membuntang. Terkejut ke bang aku panggil kau sengal.
“Memang sah kau ni sengal. Aku nak kau minta maaf sekarang.” Lelaki itu memeluk tubuh. Dah lah muka pun kerek semacam. Tapi kan muka mamat ni boleh tahan. Kalau lah muka boyfriend aku macam muka mamat ni, ish.. bahagia hidup aku. Tapi muka je bukan perangai sengal mamat ni.
“Apa kes pula aku kena minta maaf kat kau.” Aku balas balik kat lelaki itu.
“Dah kau yang langgar aku. So, kau kena lah minta maaf.”
“Ah.. Malas aku layan kau.” Aku terus beredar dari situ. Boleh sakit jiwa kalau aku lama-lama layan mamat sengal ni. Aku buat tak dengar je bila lelaki itu terjerit-jerit panggil aku. Ada aku kisah. Yang sakit tekak kau, yang malu kau bukan aku.
HARI ini hari pertama aku mula kerja dekat Ilham Construction. Alhamdulillah setelah berpuluh kali aku pergi interview akhirnya berjaya. Punyalah happy aku. Dahlah satu company dengan Julia cuma lain bahagian. Yalah dia engineer aku ni cuma secretary je.
Sampai sahaja di syarikat, aku ditunjukkan tempat kerja aku. Aku hanya duduk termenung sebab bos belum masuk office lagi. Untuk menghilangkan bosan aku membelek fail-fail yang menimbun atas meja tu. Sedang leka membelek fail tersebut, ada seseorang yang mengetuk meja aku tu. Fuh.. terkejut aku. Cepat-cepat aku berdiri dan memandang manusia yang mengejutkan aku tu. Eh.. macam kenallah pula mamat depan aku ni.
“Kau?” Ujar lelaki tersebut dengan wajah terkejut sambil jari telunjuk menunding ke arah aku. Aduh.. bila dia buat muka macam tu tetiba aku rasa kenal pula. Ini kan mamat sengal yang terlanggar aku hari itu. Apa dia buat kat sini pula. Aku hanya mampu tersengih ke arah lelaki tersebut.
“Kau buat apa kat sini?” Soal lelaki tu lagi.
“Er..aku kerja kat sinilah. Kau buat apa pula kat sini?” Aku menyoal lelaki yang berdiri di hadapan aku ini. Jangan cakap dia kerja kat sini. Mahu sekarang juga aku berhenti kerja.
“Aku bos kat sini.” Lelaki itu terdiam sebentar sebelum menyambung kata-katanya.
“Ok now I got it. Kau secretary aku yang baru. Hmm.. interesting.” Tutur lelaki itu sambil tersenyum sinis. Aku rasa nak jatuh terduduk dah bila lelaki tu cakap dia bos aku. That’s means lelaki kat depan aku ni Khairul Amar bin Dato’ Ilham, project manager dekat Ilham Construction, merangkap bos aku.
“Kau buatkan aku kopi.” Arah Khairul kepadaku seraya melangkah ke dalam biliknya.
Tanpa melengahkan masa aku terus melangkah ke arah pantry untuk membancuh kopi. Setelah siap aku menghantarnya ke bilik Khairul. Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu setelah mendapat kebenaran dari Khairul. Kelihatan Khairul sedang sibuk membelek fail tebal. Aku meletakkan kopi tersebut di atas meja dan bersedia untuk keluar namun terbantut apabila mendengar suara Khairul menyuruh aku duduk. Aku pula hanya menurut.
10 minit berlalu namun Khairul masih sibuk membuat kerjanya tanpa mengendahkan aku yang duduk di hadapannya. Hisy.. mamat ni ingat aku tunggul ke dok tercongok depan dia, rungut aku perlahan.
“Kau cakap apa?” Soal Khairul tiba-tiba sambil memandang ke arahku. Fuh.. terkejut aku. Dengar ajelah telinga mamat ni.
“Er..tak ada apa-apa. Kau ada apa-apa nak cakap ke? Kalau tak ada aku keluar dulu nak buat kerja.” Kataku kepada Khairul.
“Sekarang ni aku bos kau. So, tolong hormat aku and address me properly. Kau ambil fail ni dan semak kalau ada kesalahan ejaan or anything. Pukul 11 nanti ikut aku. Kita ada meeting dengan client.” Ujar Khairul sambil menyerahkan sebuah fail kepadaku.
“Alright bos.” Aku sengaja menekankan perkataan bos itu. Mentang-mentang kau bos aku, kau nak kerek pula dengan aku. Aku terus keluar dari bilik itu untuk membuat kerja yang disuruh.
SEDAR tak sedar sudah enam bulan aku bekerja di Ilham Construction. Tempoh yang sangat lama aku rasakan kerana perlu menghadap muka Khairul lima hari seminggu. Dalam tempoh itu, Khairul semakin galak membuli aku namun aku hanya mampu berdiam diri kerana aku tahu batasku sebagai pekerjanya. Kalaulah zaman sekarang ni senang dapat kerja, dah lama aku angkat kaki dari situ.
Aku sedang leka menaip di komputer ketika mendengar derap kaki melangkah menghampiri mejaku. Aku memandang ke arah empunya badan. Kelihatan Khairul bersama seorang lelaki yang tidak kukenali.
“Buatkan aku kopi dua dan hantar dalam bilik.” Arah Khairul sebelum masuk ke biliknya. Aku hanya mengangguk. Sebelum melangkah ke pantry aku sempat memandang ke arah lelaki yang bersama Khairul tadi dan kebetulan lelaki itu turut memandang ke arahku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan dan kalut melangkah ke pantry.
Aku meletakkan dua cawan kopi di atas meja. Semenjak aku membancuh kopi untuk Khairul pada hari pertama aku kerja dahulu, Khairul pasti akan meminta aku membancuh kopi untuknya pada setiap hari. Nampak sangat yang kopi buatan aku sedap sehingga dia ketagih.
“Cantik bro secretary kau.” Kedengaran suara lelaki yang tidak kukenali itu memujiku. Tiba-tiba terasa hangat mukaku apabila dipuji depan-depan.
“Cantik apanya. Rabun agaknya kau ni Haris.” Oh.. Haris nama dia.
“Eh.. kau tu yang rabun.” Haris menoleh ke arahku dam melemparkan senyuman. Peh.. kacak. Boleh cair aku dibuatnya. Aku turut tersenyum ke arah Haris.
“Hai.. saya Haris. Nama awak siapa?” Soal Haris kepadaku.
“Er.. saya Farisha.” Jawabku.
“Farisha.. Cantik nama tu macam orangnya juga.” Er.. dia puji aku lagi ke. Ni yang nak blushing lagi ni. Aku tak boleh orang puji-puji ni.
“Bro.. agak-agak la. Kau jangan nak try staf aku pula ea.” Sibuk pula la si Khairul ni. Kau cemburu ke apa. Aku menjeling ke arah Khairul sebelum meminta diri untuk keluar.
Petang itu aku terpaksa pulang menaiki teksi kerana Julia outstation selama tiga hari. Sudah setengah jam aku menunggu namun bayang teksi pun aku tak nampak.Tiba-tiba ada sebuah lancer putih berhenti di hadapanku. Macamku kenal kereta ni. Ni bukan kereta Khairul ke, fikirku. Tingkap tempat sebelah pemandu diturunkan dan aku menjenguk ke dalam. Sah memang Khairul. Apahal dia berhenti dekat sini pula.
“Kau nak balik ke?” Soal Khairul kepadaku. Aku hanya mengangguk. Dah sah-sah lah aku tengah tunggu teksi ni, mestilah nak balik. Apa punya soalanlah, rungutku perlahan.
“Naiklah aku hantarkan.” Pelawa Khairul pula. Eh.. biar betul mamat ni. Tiba-tiba baik hati pula nak hantar aku balik. Selama ni tak pernah pun.
“Tak apalah bos. Saya tunggu teksi jer.” Tolakku secara baik. Mana tak aku tolak kalau muka tu kerek semacam. Macam tak ikhlas je pelawa.
“Naik ajelah. Time macam ni memang susah nak dapat teksi. Hari pun dah petang sangat ni.” Aku masih berkira-kira sama ada mahu naik ataupun tidak.
“Kau fikir apa lagi tu. Kau tak nampak belakang tu ada bas nak berhenti.” Aku menoleh ke dan memang ada bas yang mahu berhenti di perhentian bas itu. Ah.. naik ajelah. Hari dah lewat. Solat asar tak lagi. Lancer putih itu meluncur laju selepas aku menutup pintu kereta.
Kekok, itu yang aku rasakan saat ini. Nasib baik radio terpasang jadi taklah terasa sangat. Tak pernah aku naik kereta mamat ni kecuali atas urusan kerja.
Lebih kurang setengah jam perjalanan, Khairul berhenti di hadapan rumah sewaku. Tau pula rumah aku kat mana mamat ni. Rasa macam aku tak pernah bagi tau rumah aku kat mana. Ah.. abaikan je lah. Tak penting pun.
PAGI itu aku gagahkan juga diri untuk pergi kerja meski kepala terasa berat. Aku rasa macam nak demam je. Janganlah bos ‘kesayangan’ aku tu cari pasal hari ni. Memang ada yang kena maki je nanti. Baru limit minit aku melabuhkan duduk, Khairul sampai di pejabat. Seperti biasa tanpa perlu Khairul suruh, aku ke pantry untuk membancuh kopi.
“Kopi bos.” Kataku kepada Khairul sambil meletakkan cawan kopi di atas meja.
“Hmm.. terima kasih.” Ucap Khairul sambil tersenyum kepadaku. Eh.. dia senyum kat aku lah. Ni yang rasa nak buat status kat facebook ni. Tak pernah mamat ni nak senyum kat aku. Aku ke dia yang demam sekarang ni. Ah.. lantaklah. Makin buat aku sakit kepala je fikir pasal dia ni.
Aku terus membuka planner dan membacakan agenda pada hari ini. Nasib baik Khairul tidak perlu berjumpa dengan client di luar. Aku tak larat nak ikut ni. Aku ralit membacakan agenda pada hari itu sehingga tidak sedar Khairul sedang merenung ke arahku. Bila aku memandang ke arahnya, dia kalut mengalihkan pandangan ke arah lain. Dah dia ni kenapa, fikirku.
“Er.. kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.” Aku meminta diri untuk keluar.
“Kejap. Kau ok ke?” Soal Khairul.
“Ok je. Kenapa?” Soal aku pula. Serius aku rasa Khairul pelik hari ini.
“Muka kau pucat je. Tak sihat ke?” Soal Khairul lagi. Aku menyentuh mukaku. Nampak sangat ke pucatnya, tanyaku sendiri.
“Tak ada apa-apalah. Sakit kepala sikit je.” Aku dah malas nak duduk lama-lama dalam bilik ni. Terasa lain macam pula hari ini.
“Dah makan ubat belum?” Eh dia ni tak habis lagi ke. Apasal dia prihatin sangat hari ni. Pelik je.
“Dah makan ubat dah. Bos tak payah risaulah.” Ujarku pula.
“Siapa risaukan kau. Aku tanya je. Dah pergi buat kerja sana.” Khairul terus menyibukkan diri menekan mouse. Sungguh aku tak faham perangai dia nilah. Tadi dah nampak macam prihatin sangat. Sekarang ni balik dah perangai lama dia tu. Ah.. lantaklah. Malas aku nak layan.
“Yalah bos. Saya keluar dulu.” Aku terus melangkah keluar dari bilik itu tanpa menyedari mata Khairul mengikuti setiap langkahku.
Tengah hari itu, Khairul mengajak kau keluar makan. Katanya ada lunch meeting dengan client. Aku hanya mengikut. Mujur sakit kepala aku sudah berkurangan. Sampai sahaja di restoran tersebut, khairul terus membuat pesanan.
“Bos, tak nak tunggu client dulu ke?” Soalku kepada Khairul. Bukan selalu kalau ada lunch meeting kena tunggu client dulu ke baru pesan makanan.
“Tak payah. Client tu ada hal tak dapat nak datang.” Ujar Khairul selamba. Aku dah terkedu. Maknanya aku kena makan dengan dia nilah. Berdua?
Aku hanya senyap ketika makan. Khairul juga begitu. Kadang-kadang aku perasan Khairul mencuri pandang ke arahku. Ini membuatkan aku bertambah tidak selesa. Aku hanya mampu menghabiskan separuh sahaja makanan.
“Kenapa tak habiskan makanan tu. Tak sedap ke?” Soal Khairul.
“Er.. sedap tapi saya dah kenyanglah.”
“Huh.. patutlah badan kecil. Makan sikit dah kenyang.” Eh.. mengata aku nampak.
“Kecil la bagus bos. Besar-besar nanti tak ada orang nak pula.” Balas aku selamba.
“Ada pula macam tu. Kalau orang tu suka kat awak dia tak kisah fizikal awak.” Ok sekarang aku makin pelik. Sejak bila pula dia bahasakan aku ‘awak’ ni. Huh.. pelik-pelik.
“Apa-apa jelah bos. Dah sudah kan. Jom balik office.” Aku mengajak Khairul balik office. Tak sanggup aku nak lama-lama dengan dia ni.
“Saya ada nak beli barang dulu kejap. Kita solat dululah kat sini.” Macam-macamlah pula si Khairul ni. Aku hanya mengikut. Yalah dia kan bos, kenalah ikut arahan dia.
Aku menunggu Khairul di luar surau kerana aku ‘cuti’ hari itu. 10 minit kemudian barulah Khairul keluar dari surau. Dia memandang pelik ke arahku.
“Kejapnya awak solat.” Ujar Khairul. Aku hanya diam tanpa membalas kata-katanya. Malu kot nak cakap aku tidak boleh solat.
“Bos nak cari barang apa?” Aku menyoal Khairul. Tidak mahu membahaskan soal solat itu.
“Nak cari hadiah untuk birthday my mom. Awak tak solat ke tadi?” Khairul seperti tidak faham aku tidak mahu membicarakan soal solat tu.
“Tak.” Jawabku ringkas. Kalau aku tak jawab mahu sampai esok dia soal aku. Mukaku terasa panas.
“Awak blushing. Ok saya faham dah. Tak boleh solat ek?” Soal Khairul sambil tergelak kecil. Sungguh aku rasa malu sangat masa tu. Sengal punya bos. Aku hanya menundukkan wajah.
“Awak cantik sangat bila malu-malu macam tu.” Bisik Khairul di telingku. Aku memandang ke arahnya dan dia hanya tersenyum kacak ke arahku. Aku rasa macam nak pengsan je bila dia buat macam tu.
“Bos nak beli apa for your mom?” Soalku tanpa mengendahkan perilaku Khairul itu.
“Tak tahulah. Saya tak reti nak beli hadiah untuk perempuan ni. Awak ada cadangan tak?” Jawab Khairul. Aku mengeluh. Nampak gayanya macam lama je kat sini.
“Your mom suka apa?” Aku berhenti di sebuah butik dan membelek baju di situ. Khairul juga ikut berhenti.
“Em.. semua benda dia suka.” Spontan aku memandang ke arah Khairul apabila dia menjawab soalanku. Jawapan tak membantu langsung. Khairul hanya tersengih.
Sudah hampir sejam kami berjalan namun masih belum membeli apa-apa hadiah. Geram aku dengan telatah Khairul. Semua cadanganku ditolak. Cerewet betul.
“Kita masuk sini.” Terkejut aku apabila Khairul tiba-tiba menarik tanganku masuk ke dalam sebuah kedai. Syafiq sibuk membelek scarf tanpa melepaskan tanganku. Ni yang aku hangin ni. Suka hati je pegang-pegang aku biarpun berlapik. Aku berdehem untuk menyedarkan Khairul.
“Kenapa?” Khairul menoleh ke arahku. Aku menunjukkan tanganku yang berada dalam pegangannya. Spontan Khairul melepaskan tanganku.
“Sorry.” Huh nasib baik kau minta maaf. Kalau tak memang aku flying kick dia ni.
Aku turut membelek scarf yang cantik tergantung. Tanganku menyentuh sehelai scarf berwarna biru lembut. Cantik, desisku perlahan.
“Saya ingat nak beli scarf aje lah. Mama pun suka benda-benda macam ni. Awak tolong pilihkan ea yang mana cantik.” Aku menghela nafas lega. Cepat sahaja tanganku memilih warna dan corak yang sesuai untuk mama khairul. Aku memilih scarf warna maroon bercorak abstrak. Corak yang sama dengan scarf yang aku berkenan tadi.
“Yang ini cantik.” Aku menunjukkan scarf tersebut kepada Khairul.
“Ok. Ambil yang ini jelah.” Khairul pergi ke kaunter untuk membayar scarf tersebut dan aku menunggu di luar. Khairul keluar membawa dua beg plastik. Aku pelik namun malas mahu mengambil tahu.
“Jom balik.” Ajak Khairul. Aku hanya menurut.
AKU masuk ke dalam dewan Hotel Lagenda bersama Julia. Dewan itu sudah dipenuhi oleh pekerja dan pelanggan Ilham Construction. Malam ini merupakan ulang tahun syarikat Ilham Construction. Aku hanya bergaya ringkas dengan dress labuh berwarna pink dan bertudung senada. Julia anggun dalam persalinan dress labuh berwarna biru gelap dan rambutnya dibiarkan lepas.
Kami mengambil tempat yang dikhaskan. Mataku melilau sementara menunggu majlis dimulakan. Mataku terpaku pada Khairul yang turut memandang ke arahku. Kami berbalas senyuman. Aku turut memandang ke arah Haris yang duduk di sebelah Khairul. Sempat lagi Haris mengenyitkan mata kepadaku. Aku perasan muka Khairul berubah apabila melihat perlakuan Haris. Aku mengalihkan pandangan ke arah pentas apabila majlis dimulakan.
Apabila tiba masa makan, cepat sahaja aku dan Julia bangun untuk mengambil makanan. Aku duduk semula setelah mengambil makanan. Aku perasan kerusi Julia diduduki seseorang. Bukan Julia yang duduk disebelahku tapi Khairul. Apa pula mamat ni nak.
“Tak makan ke?” Soalku kepada Khairul apabila dia hanya diam.
“Tak ada selera.” Jawab Khairul dengan muka tidak bermaya. Tak sihat ke dia ni.
“Kenapa ni?” Soalku prihatin apabila dia hanya diam. Selalu tu ada sahaja benda yang dia hendak bualkan.
“Em.. Sha.. er..” Aku menunggu ayat seterusnya dari Khairul. “Er..tak ada apa-apalah.” Sambung Khairul. Eh dia ni, tadi macam ada benda nak cakap.
“Dah habis makan ke?” Soal khairul kepadaku apabila melihat aku menolak pinggan ke tepi. Aku hanya mengangguk.
“Selalu makan tak habis tau. Membazir je.” Selamba sahaja Khairul menarik pinggan aku tadi dan menyuap baki makanan yang tinggal separuh.
“Tadi cakap tak ada selera.” Ujarku bila melihat Khairul begitu berselera menghabiskan makananku.
“Tiba-tiba berselera pula.” Khairul menolak pinggan yang kosong dan dengan selamba meneguk air minumanku. Hangin aku macam ni. Selamba badak je dia kongsi-kongsi.
“Suka hati je minum air orang.”
“Tak apalah. Sharing is caring.” Balas Khairul sambil tersenyum. Aku sudah tidak tahu mahu membalas kata-katanya. Lantak kaulah.
Khairul meminta diri untuk berjumpa rakannya. Aku pula hanya duduk bermain telefon bimbit. Tidak lama selepas itu, Julia datang duduk di sebelahku.
“Kau pergi mana?” Soalku kepada Julia.
“Aku duduk kat meja sebelah sana. Saja nak bagi peluang kat Encik Khairul.” Selamba sahaja jawapan dari Julia. Aku mencubit lengan Julia. Minah ni kan sejak aku berbaik dengan Khairul selalu bahan aku dengan mamat tu. Siap cakap aku ada jodoh dengan Khairul. Minah tu kalau mengarut memang nombor satu.
“Bengong la kau ni.” Julia hanya tergelak perlahan.
“Kau borak apa dengan dia? Bukan main rancak lagi aku tengok.”
“Adalah. Sibuk pula kau nak tahu.” Sengaja aku mengenakan Julia. Busybody betul minah ni.
“Ok fine. Tak apa kau. Eh.. kau nak tahu tak.” Julia seperti teruja mahu bercerita kepadaku. Aku yang mendengarnya pun turut teruja.
“Apa?” Soalku tidak sabar.
“Masa kau dok borak sakan dengan Encik Khairul tadi, Dato’ Ilham dengan Datin Suria asyik pandang-pandang kat korang je tau.” Erk.. apa kes. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati je.
“Kenapa diaorang pandang pula?” Soalku ingin tahu.
“Entah lah weh. Tapikan aku rasa mesti diaorang dah berkenan kat kau untuk buat menantu.” Selamba sahaja Julia menuturkan kata. Ceh.. macam tu pula. Spontan aku mencubit lengan Julia. Julia ketawa sambil mengosok lengannya yang perit akibat cubitanku.
“Farisha.” Aku menoleh ke belakang apabila mendengar suara Khairul memanggil namaku.
“Ya. Kenapa?” Aku menyoal Khairul. Aku menjeling ke arah Julia yang tersenyum-senyum.
“Ikut saya sekejap. Saya nak kenalkan awak dengan someone.” Aku tidak sempat membalas kata-kata Khairul bila dia selamba sahaja menarik aku bangun dan mengikuti langkahnya. Kulihat Julia sudah makin lebar senyumannya. Siap kau minah, rungutku.
“Papa, mama, kenalkan. Ini Farisha.” Khairul memperkenalkan aku kepada Dato’ Ilham dan Datin Suria. Aku menunduk bersalaman dengan Datin Suria.
“Owh. Inilah orangnya. Cantik, manis pula tu. Berkenan mama.” Ujar Datin Suria. Aku hanya mampu tersenyum. Er..berkenan? Banyak maksud tu. Berkenan sebagai apa.
“Kalau macam ni kena cepat-cepat masuk meminang.” Kata Dato’ Ilham pula. Aku dah terkedu. Meminang siapa? Aku ke? Adeh. Tiba-tiba blur pula aku.
“Rul ikut je pa.” Spontan aku memandang ke arah Khairul. Khairul pula hanya tersenyum kepadaku. Dia ni memang nak kena. Sungguh aku tak faham apa yang berlaku sekarang ni. Ingin sahaja aku bertanya terus kepada Khairul tapi segan kot parent dia lagi tadi pandang aku tak lepas.
“Nantilah kita bincang macam mana. Jomlah bang kita balik dulu. Dah lewat ni.” Kata Datin Suria. “Farisha, kami balik dulu ya. Senang-senang datanglah rumah mama. Boleh kita kenal-kenal.” Sambung Datin Suria.
“InsyaAllah.” Hanya itu yang mampu kubalas. Dahlah aku rasa nak pengsan bila Datin Suria bahasakan diri dia mama dengan aku. Aku bersalaman dengan Datin Suria. Selepas mereka berlalu, aku merenung tajam ke arah Khairul.
“Ok..Ok I will explain.” Ujar Khairul. Huh.. nasib baik kau faham. “Jom saya hantar awak balik. Dalam kereta nanti saya explain.” Sambungnya lagi.
Aku tidak membantah kerana aku sememangnya perlukan penjelasan atas apa yang berlaku.
“So, cuba awak explain sikit what’s going on.” Ujarku serius sejurus masuk ke dalam lancer putih milik Khairul.
“Dua hari lepas papa dan mama saya suruh saya kahwin. Kalau saya belum ada calon lagi diaorang nak kenalkan saya dengan anak kawan diaorang. Tak naklah saya. So, dipendekkan cerita saya cakap saya dah ada girlfriend dan diaorang nak saya kenalkan kat diaorang malam ni. And saya dah pun kenalkan kan girlfriend saya tu kat diaorang.” Terang Khairul. Ok aku ada sikit tak faham. Khairul cakap dia dah kenalkan girlfriend dia kat his parent. Rasanya aku yang dia kenalkan tadi. That’s mean aku ni girlfriend dia ke? Gila ke apa dia ni.
“So, tadi bos kenalkan saya sebagai girlfriend bos ke?” Soalku inginkan kepastian.
“Yes dear.” Jawab Khairul selamba. Aku rasa macam nak kena heart attack dah ni bila dengar jawapan Khairul.
“Bos ni gila ke apa. Bila masa pula saya jadi girlfriend bos.” Suaraku sudah naik satu oktaf.
“About one hour yang lepas.” Selamba Khairul tersengih sambil mengangkat kening padaku. Aku rasa macam nak tendang je mamat ni keluar kereta.Akhirnya aku diam. Malas mahu melayan Khairul yang selalu buat aku sakit kepala. Ingatkan bila dia dah tak buli aku bolehlah aku rasa tenang. Tapi nampaknya makin buat aku tak tenang.
Bila aku menceritakan tentang hal itu kepada Julia, dia hanya tergelak besar. Serius aku rasa nak hempuk minah ni. Ketawa tak ingat dunia.
“See? Betul tak apa yang aku rasa tu. Still berfungsi lagi instinct aku rupanya.” Ujar Julia. Aku mendengus geram. Sepatutnya Khairul memperkenalkan Julia kepada ibubapanya barulah sesuai mereka berdua ni. Suka sangat buat aku sakit hati.
AKU sedang mengemaskan meja Khairul bila pintu dibuka dari luar. Kelihatan Haris masuk ke dalam bilik tersebut. Apa pula dia buat kat sini. Dah lama aku tak nampak dia datang office ni.
“Er.. bos tak ada.” Beritahuku kepada Haris yang melabuhkan duduk di atas sofa.
“Tahu. Saya dah call dia. Kejap lagi dia masuk.” Ujar Haris.
“Owh. Ok. Nak air ke?” Soalku.
“Eh tak apa. Duduklah sini kejap.” Haris menepuk tempat disebelahnya. Aku serba salah mahu duduk ataupun tidak. “Sekejap je. Saya ada hal nak cakap.” Pujuk Haris lagi. Aku menurut tapi mengambil tempat di hadapannya. Tak nak aku duduk sebelah dia.
“Awak dah ada boyfriend?” Soal Haris. Benda ni ke dia nak cakap. Menyesal aku duduk tadi.
Belum sempat aku menjawab, pintu ditolak dari luar. Khairul masuk ke dalam dan menegur Haris yang sedang memandang ke arahnya.
“Bro. Cepat kau sampai?”
“Time aku call kau tadi aku dah ada kat bawah.” Beritahu Haris sambil mengalihkan semula pandangan ke arahku semula. “Awak tak jawab lagi soalan saya tadi.” Kata Haris kepadaku.
Aduh aku ingat dia lupa dah. Apa aku nak jawab ni. Aku memandang ke arah Khairul yang mengambil tempat di sebelahku.
“Kau tanya dia apa?” Soal Khairul seperti dapat memahami makna pandanganku tadi.
“Aku tanya dia dah ada boyfriend belum.” Haris menjawab pertanyaan Khairul namun matanya masih mengarah ke arahku.
“Kan aku dah cakap dia dah berpunya.” Ujar Khairul. Eh. Diaorang ni ada bercakap pasal aku ke.
“Aku tak percaya cakap kau. Aku nak dengar dari mulut Farisha sendiri.” Haris berdegil. Geram pula aku dengan si Haris ni.
“Saya dah nak bertunang pun.” Beritahuku selamba. Kulihat Khairul tersenyum dan Haris pula seperti orang kecewa.
“Dengar bro. kau jangan nak kacau hak orang pula.” Emosi pula Khairul memberi amaran kepada Haris.
“Taulah. Jangan lupa jemput saya kahwin nanti.” Ujar Haris sambil memandang ke arahku.
“Ok. Er.. saya keluar dulu.” Aku meminta diri. Tidak selesa berada dalam kalangan dua lelaki itu.
Setelah Haris pulang, Khairul memanggil aku masuk ke dalam biliknya.
“Ya bos. Ada apa?” Soalku kepada Khairul.
“Minggu depan keluarga saya hantar rombongan meminang awak.” Beritahu Khairul. Terkejut beruk aku dengar.
“Bos ni jangan main-main. Ni bukan benda kecil tau.” Aku merenung tajam ke arah Khairul.
“Siapa cakap saya main-main. Tak nampak ke bukan main serius lagi muka saya ni.” Khairul menunjukkan reaksi muka yang serius. Huh.. geramnya aku. Aku dah rasa nak menangis ni. Kepalaku ligat mencari alasan supaya Khairul tidak mneruskan niatnya.
“Tapi bos, saya tak cintakan bos. Bos pun mesti tak cintakan saya kan. So, kita tak boleh kahwin kalau tak ada perasaan cinta pada pasangan kita.” Yakin sahaja aku mengemukakan alasan.
“Siapa cakap kalau nak kahwin kena ada perasaan cinta tu. Awak mesti pernah dengarkan bercinta selepas kahwin lebih baik. Selepas kita kahwin nanti boleh je pupuk rasa cinta.”
“Tapi kalau lepas kahwin pun masih belum ada perasaan tu macam mana? Bos nak ceraikan saya?” Soalku lagi. Aku perlukan kepastian. Ini soal hidupku yang sangat penting.
“InsyaAllah awak akan jadi isteri saya sampai akhir hayat. Jangan risau saya pasti akan buat awak jatuh cinta dengan saya.” Aku terdiam seketika apabila mendengar kata-kata Khairul. Aku buntu sekarang ni.
Umur aku baru masuk 26 tahun. Aku tak tahu sama ada aku sudah bersedia atau tidak mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Diri sendiri pun tak terjaga lagikan nak kena jaga anak orang. Aku banyak kekurangan dan aku tidak pasti sama ada Khairul boleh terima atau tidak. Tak apa kalau dia merungut nanti aku hempuk je dia. Eh.. mana boleh hempuk-hempuk suami ni. Berdosa. Er.. suami? Gaya macam setuju dah aku ni.
“Farisha. Farisha.” Aku tersentak apabila mendengar Khairul memanggil namaku. Aduh.. kantoi pula aku berangan. Eh.. bukan berangan la, berfikir ok. Aku memandang ke arah Khairul yang masih dengan muka seriusnya.
“Er.. suka hati bos lah. Saya ikut je.” Aku terus keluar dari bilik Khairul.
Aku tak tahulah sama ada keputusan yang aku ambil ni betul ke tak. Dibuatnya nanti dia suka-suka hati je ceraikan aku macam mana. Tapi tadi dia dah cakap dia takkan ceraikan aku. Aduh.. pening-pening. One more thing, macam mana aku nak cakap kat mak yang aku nak kahwin. Mesti mak cakap aku dah buang tabiat. Selalu ada je alasan kalau mak dah masuk bab kahwin ni.
Malam itu ketika aku sedang khusyuk menonton televisyen, aku dikejutkan dengan kedatangan Haris ke rumahku. Dia mengajak aku keluar makan kerana katanya ada hal yang hendak dibincangkan. Aku pun setuju sajalah kerana kebetulan aku memang tengah lapar.
Selesai membuat pesanan aku terus bertanya Haris akan tujuan dia mengajak aku keluar makan.
“Saja je. Lagipun kita mana pernah keluar makan berdua kan. Selalu tu ada je si Khairul kacau daun.” Aku rasa macam nak hempuk si Haris ni bila dia jawab macam tu. Tertipu aku. Tadi beria cakap ada benda nak bincang. Aku menjeling tajam ke arahnya.
“Jangan jeling-jeling macam tu. Tak lena saya tidur malam ni asyik teringat kat jelingan menggoda awak tu.” Ujar Haris sambil tergelak kecil. Sudahnya aku hanya diam dan makan apabila pesanan sampai. Haris juga ikut diam.
“Thanks sebab sudi makan dengan saya. Lain kali kita keluar lagi ea.” Kata Haris sambil menghidupkan enjin kereta. Ketika makan tadi kami langsung tidak bercakap.
“It’s ok. Er.. kalau nak keluar makan lain kali tu saya tak boleh nak janjilah. Tengoklah nanti macam mana.”
“Kenapa? Ada orang marah ke?” Soal Haris sambil menolah pandang ke arahku.
“Mestilah. Saya kan dah nak tunang. Siapa tak marah kalau bakal tunang keluar dengan lelaki lain.” Sengaja aku memberi alasan begitu padahal bukan betul pun. Agaknya Khairul langsung tidak mengambil kisah aku keluar dengan siapa.
“Alah.. Khairul takkan marah lah kalau awak keluar dengan saya.” Spontan aku memandang ke arah Haris apabila mendengar nama Khairul. Eh dia tahu ke aku nak tunang dengan siapa.
“Er..apa kena mengena dengan Khairul pula?” Soalku buat-buat tidak tahu.
“Khairul kan bakal tunang awak. Tak payahlah nak sorok-sorok, saya dah tahu dah. Tak sangka kan awak dengan dia.”
“Saya..er saya bukan sengaja nak sorok ke apa. Lagipun tunang je pun. Tak apa kot kalau orang lain tak tahu.” Fuh.. berpusing kepala aku nak bagi alasan kat dia ni.
“Saya orang lain ke?” Soalan Haris membuatkan aku ‘blur’. Aku hanya memandang kosong ke arah Haris.
“Kalaulah saya yang jumpa dengan awak dulu sebelum Khairul kan bagus. Mungkin masa ni saya yang bakal jadi tunang awak.” Sambung Haris lagi. Apa benda Haris cakap ni. Serius aku tak faham. Aku memang lambat sikit nak proses kalau orang cakap berkias-kias ni. Cubalah terus terang je. Kan ke senang aku nak faham.
“Maksud awak?” Soalku pula. Haris memandang lama ke arahku. Nasib baik kereta ni dah berhenti depan rumah aku. Kalau tak, ada yang duduk hospital malam ni. Aku menggerak-gerakkan tangan di hadapan muka Haris untuk mengejutkannya dari lamunan. Aku dah segan ni dia pandang macam tu.
“Er.. sorry.” Haris menggosok belakang lehernya. Malulah tu.
“Saya masuk rumah dululah. Terima kasih belanja saya makan malam ni.” Aku menghulurkan senyuman manis kepada Haris.
“Ok. Anyway congrats. Harap awak bahagia dengan dia.” Ujar Haris.
Aku hanya mengganguk dan keluar dari kereta. Aku memandang kereta Haris hinggga hilang dari pandangan. Belum sempat aku berpusing untuk masuk, aku mendengar bunyi kereta yang berhenti di sebelahku. Kelihatan Khairul keluar dari kereta dengan muka serius. Mamat ni kan serius je memanjang. Tak penat agaknya buat muka macam tu. Cubalah senyum sikit. Senyum tu kan sedekah.
“Awak buat..” Belum sempat aku menghabiskan ayat, Khairul sudah memotong kata-kataku.
“Awak keluar dengan siapa tadi?” Soal Khairul dengan nada tegas. Eh apahal dia ni nak marah-marah pula.
“Awak sibuk nak tahu kenapa.” Ha kan terus aku jawab macam tu. Kalau dia tanya lembut-lembut tadi mesti dengan rela hati je aku bagi tahu.
“Mestilah saya sibuk nak tahu. Saya kan bakal tunang awak.” Jawab Khairul dengan nada yang sama. Bencilah aku kalau orang tak reti nak cakap lembut-lembut ni.
“Baru bakal ok. Belum tunang lagi. Entah jadi ke tak.” Mata Khairul mencerlung memandang ke arahku. Aku hanya buat tak tahu sahaja.
“Saya tak kira. Lepas ni saya tak nak awak keluar berdua dengan Haris atau lelaki lain.”
“Apa hak awak? Kalau awak tu suami saya ok fine saya boleh terima. Tapi awak belum lagi jadi sesiapa dalam hidup saya. So awak tak berhak nak halang saya jumpa dengan sesiapa pun.” Aku membalas sambil memandang tajam ke arah Khairul.
“Suka hati sayalah. By the way saya nak bagi tahu minggu depan kita bertunang sekali and three month after that kita nikah. No objection ok.” Ujar Khairul selamba.
“What? Awak gila ke apa. Suka hati je buat keputusan tak bincang dengan saya.” Marahku. Sengaja nak bagi aku stress la dia ni.
“Memang saya gila. Saya gilakan awak. Dahlah pergi masuk. Saya nak balik ni.” Khairul terus masuk ke dalam kereta dan tidak mengendahkan aku yang memanggil namanya.
Aku tak suka Khairul. Suka bagi aku tekanan. Dari mula-mula aku kenal dia sampailah sekarang tak berubah. Dahlah suka buat keputusan tanpa bincang dengan aku. Ini tentang hidup aku kot. Dia tak pernah tanya aku setuju ke tak. Yang dia tahu paksa aku terima semua keputusan dia. Macam mana aku nak hidup dengan dia nanti bila perangai dia macam ni. Sakit kepala aku fikir benda ni semua.
SEPERTI yang dijanjikan tiga bulan selepas majlis pertunangan, majlis pernikahan pula diadakan. Aku hanya mengikut perancangan yang diaturkan oleh Khairul tanpa mampu membantah kerana dia mendapat sokongan padu dari ibubapaku. Mak dan ayah aku terus berkenan dengan Khairul sejak pertama kali berjumpa ketika majlis pertunangan. Pandai lelaki tu mengambil hati mak dan ayah.
Aku duduk bersimpuh dia atas kusyen untuk majlis akad nikah. Aku mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna krim. Begitu juga Khairul memakai baju melayu cekak musang berwarna krim. Aku menggengam tangan yang mula berpeluh meski ruang tamu dipasang penghawa dingin. Gementar sungguh aku rasa macam aku pula yang perlu melafazkan akad. Sesekali aku memandang belakang Khairul yang duduk berhadapan dengan ayah yang akan menikahkan ku.
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi seorang isteri. Menitis air mataku. Tidak tahu untuk apa kerana aku sendiri keliru dengan perasaanku ketika itu. Khairul datang kepadaku untuk acara membatalkan air sembahyang. Aku hanya menunduk sahaja.
“Assalamualaikum isteri abang.” Ucap Khairul perlahan supaya hanya didengari oleh kami berdua sahaja.
“Waalaikummussalam.” Jawabku. Khairul mencapai tanganku dan menyarungkan cincin di jariku. Aku tunduk mencium tangan Khairul. Lama gara-gara ramai cameraman yang ingin merakam detik itu. Setelah itu aku pula menyarungkan cincin di jari Khairul dan Khairul pula mencium dahiku selepas itu. Ciuman pertama dari seorang lelaki yang bergelar suami. Berdebar aku rasa ketika itu.
Selepas itu kami bangun dan bersalam dengan mak dan ayah seterusnya bersalam dengan Dato’ Ilham dan Datin Suria yang telah menjadi ibubapa mentuaku. Khairul sentiasa berada disisiku sepanjang majlis hari itu dan tanganku juga sentiasa berada di dalam genganmannya.
Aku melabuhkan duduk di birai katil sambil tangan mencabut tudung yang menutupi kepala. Penat sungguh aku rasa hari ini. Alhamdulillah majlis hari ini berjalan dengan lancar. Aku memandang seluruh bilik yang cantik berhias. Maklumlah bilik pengantin kan. Sedang aku mengelamun, Khairul menolak pintu bilik dan masuk ke dalam bilik itu. Kekok apabila hanya kami berdua berada dalam satu bilik. Khairul duduk rapat di sebelahku. Belum sempat aku bangun, Khairul sudah menarik pinggangku.
“Nak ke mana?” Soal Khairul perlahan sambil memandangku.
“Nak..er.. nak pergi.. mandi. Panaslah.” Tergagap aku menjawab pertanyaan Khairul. Gementar punya pasallah ni. Khairul tersenyum melihat aku yang gugup.
“Kejaplah. Borak dengan abang dulu ea.” Khairul mengeratkan pelukan di pinggangku. Sesak nafasku dengan aksi Khairul.
Khairul membelai rambutku yang separas bahu itu. Aku pula hanya diam dan membiarkan perbuatan Khairul. Takkanlah nak dihalang. Dia berhak untuk membuat apa jua.
“Cantik rambut sayang. Terima kasih sebab simpan kecantikan sayang ni untuk abang.” Ujar Khairul dengan nada romantis.
“Er.. awak tak nak mandi ke?” Aku tidak mengendahkan kata-kata Khairul tadi kerana aku tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.
“Kejap lagilah. Sayang ni macam takut dengan abang je. Jangan risau abang takkan buat macam-macamlah. Belum masa lagi.” Usik Khairul sambil tersenyum nakal.
“Mana ada takut. Memandai je awak ni.” Dalihku sedangkan dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa gementarnya aku rasa bila berhadapan dengan lelaki ini.
“Eleh..yelah tu. Sayang, abang ada nak bagi sesuatu pada sayang.” Khairul berjalan ke almari dan mengambil sesuatu dari dalam begnya. Selepas itu dia berjalan semula mendapatkanku.
“Nah.” Khairul menghulurkan satu beg kepadaku.
“Apa ni?” Soalku.
“Sayang tengoklah.” Aku membuka beg plastic itu dan mengeluarkan isinya. Sehelai scarf berwarna biru yang sangat cantik. Aku amat mengenali scarf ini. Scarf sama yang aku suka ketika menemaninya membeli hadiah untuk mama.
“Er.. awak beli ke scarf ni?”
“Mestilah abang beli. Takkanlah abang rompak pula.” Gurau Khairul. Main-main betullah dia ni.
“Mana awak tahu saya suka scarf ni?” Soalku ingin tahu.
“Sayang suka ea? Abang tak tahu abang main beli jer. Baguslah kalau sayang suka.” Ujar Khairul selamba. Terus merundum rasa teruja ku tadi. Dia main beli je rupanya. Aku ingatkan dia tahu aku suka scarf ni masa kat kedai dulu tu. Wajahku bertukar muram.
“Er..sayang. abang gurau je lah.” Ujar Khairul gelabah apabila melihat perubahan air mukaku.
“Tak apalah. Saya nak pergi mandi dululah.” Aku berdiri namun terduduk semula di atas pangkuan Khairul bila dia menarik tanganku.
“Sorry. Abang gurau je tadi. Sebenarnya abang tahu sayang memang suka scarf ni masa kat kedai tu. Abang tengok sayang asyik belek yang ni je. Sebab tulah abang beli untuk hadiahkan kat sayang.”
“Ei suka main-main tau.” Aku mencubit peha Khairul. Suka sangat main-mainkan aku lah Khairul ni. Khairul ketawa sambil mengusap pehanya yang perit dek cubitanku.
“Berbisa cubitan sayang ni. Dahlah pergi mandi dulu sana.” Laju sahaja aku bangun dan melangkah ke bilik air.
20 minit kemudian aku selesai mandi namun aku tidak berani keluar dari bilik air itu kerana aku terlupa membawa baju. Sudahlah baju yang kupakai tadi sudah basah. Sedang aku berfikir bagaimana mahu keluar dari situ kedengaran Khairul mengetuk pintu bilik air.
“Sayang. Lamanya mandi. Tidur ke apa dalam tu.” Jerit Khairul dari luar.
“Kejaplah. Er.. awak, nak minta tolong boleh?”
“Apa dia?” Soal Khairul.
“Tolong keluar dari bilik kejap boleh?” Pintaku kepada Khairul.
“Kenapa?” Soal Khairul lagi. Aduh.. banyak tanya pula dia ni.
“Keluar jelah kejap. Er.. saya lupa bawa baju lah.” Aku berterus-terang supaya Khairul tidak banyak soal.
“Laa.. keluar jelah. Bukan ada orang pun dalam bilik ni.”
“Awak tu bukan orang ke. Alah.. keluar jelah kejap.” Pintaku lagi. Susah betullah dia ni.
“Hish..Yela-yelah. Abang bagi 2 minit je tau.”
Selepas itu aku mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup. Aku mengira sehingga sepuluh sebelum perlahan-lahan membuka pintu bilik air dan menjengukkan kepala untuk memastikan Khairul telah benar-benar keluar dari bilik itu. setelah itu, cepat-cepat aku menuju ke almari untuk mengambil baju.
Aku berpusing mahu kembali ke bilik air, namun aku tergamam apabila melihat Khairul berada di hadapanku. Terlepas baju yang berada dalam peganganku.
“Er.. awak. Asal ada kat sini?” Soalku. Waa.. Khairul tipu aku rupanya. Kurang asam betullah. Khairul tidak menjawab pertanyaanku. Dia hanya diam dan merenung wajahku.
“Awak, saya.. er saya nak pakai baju ni.” Aku bersuara apabila Khairul semakin mendekatiku.
“Pakai jelah.” Ujar Khairul perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang wajahku.
Khairul semakin mendekatiku. Belum sempat aku mahu mengelak dari didekati, Khairul sudah melingkarkan tangannya di pinggangku.
“Awak.. er lepaskanlah.” Ujarku sambil menunduk. Aku tidak berani memandang Khairul kerana tahu pasti jarak mukaku dan Khairul begitu dekat.
“Em.. wangi.” Khairul tersenyum nakal. Dia mengangkat mukaku supaya memandangnya. Aku terkedu dengan panahan mata Khairul. Laju sahaja jantungku berdegup.
“Awak..” Tidak sempat aku meneruskan kata-kata kerana Khairul sudah mengucup bibirku. Khairul tersengih sejurus melepaskan bibirku. Aku tertunduk malu. Pasti wajahku sudah kemerahan kerana aku dapat rasakan hangatnya wajahku.
“Tu sebagai denda sebab tak panggil abang, abang.” Ujar Khairul. Aku mencebik. Boleh pula suka hati buat tu sebagai denda. Ni nak paksa aku panggil dia abang lah tu. Aku terkedu apabila Khairul sekali lagi mengucup bibirku. Pantas sahaja dia nilah.
“Siapa suruh buat mulut macam tu kan dah kena.” Ujar Khairul selamba.
“Awak.. eh abang pergilah mandi.” Cepat sahaja aku membetulkan panggilan untuk Khairul. Jika tidak pasti laju sahaja Khairul menciumku lagi.
“Nasib baik sebut abang. Kalau tak memang dah kena cium tadi. Oklah abang mandi dulu. Nanti kita sambung.” Khairul melepaskan pelukannya. Aku menarik nafas lega apabila Khairul melepaskanku.
SUDAH masuk enam bulan usia perkahwinanku dan ya aku semakin bahagia bersama Khairul. Dia melayan aku begitu baik sebagai seorang isteri meski kadang-kadang dia begitu galak mengusikku. Aku juga semakin menyayangi Khairul meski aku tidak pernah meluahkannya tapi aku tahu Khairul pasti mengerti perasaanku. Aku juga sudah berhenti kerja dari Ilham Construction dan menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja.
Aku berjalan menuju ke pejabat Khairul. Aku membawakan makanan untuk suamiku atas permintaannya. Pejabat lengang sahaja kerana semua pekerja sudah pergi keluar makan tengah hari. Aku terus menuju ke bilik Khairul dan ketika di hadapan pintu bilik Khairul aku mendengar suara orang sedang bercakap kerana pintu tidak ditutup rapat. Tidak sempat aku menolak pintu itu kerana aku mendengar namaku disebut oleh seseorang. Seperti suara Haris. Aku hanya berdiri di depan pintu mendengar perbualan antara Khairul dan Haris.
“Farisha dah tau tentang hal sebenar?” Soal Haris.
“Dia tak perlu tahu. Bukan penting pun. Lagipun benda dah lepaskan.” Ujar Khairul. Aku terpinga-pinga. Perkara apa yang diperkatakan oleh mereka.
“Kau sure tak penting?” Soal Haris lagi sengaja memprovok Khairul.
“Kau nak apa sebenarnya ni? Cuba kau terus-terang je Ris.”
“Tak ada apa-apa. Cuma aku kesian kat Farisaha kena tipu oleh suami sendiri.” Ujar Haris sambil tersenyum sinis. Aku terkedu. Apa ni?
“Aku tak tipu dia ok. Memang kenyataannya aku sayangkan dia.”
“Ok fine. Maybe sekarang kau sayangkan dia tapi macam mana masa mula-mula kau dapatkan dia dulu. Kau kahwin dengan dia pun sebab memang syarat taruhan tu. Kalau tak mesti kau tak kahwin dengan dia kan.” Ulas Haris.
“Tak kiralah janji aku dah kahwin dengan dia. And you please stay away from her.” Balas Khairul sambil memberi amaran kepada Haris. Aku tergamam apabila mendengar tentang taruhan. Jadi Khairul kahwin dengan aku sebab dia bertaruh dengan Haris dan untuk menang taruhan tu Khairul kahwin dengan aku.
Aku masuk ke dalam bilik itu kerana aku perlukan kepastian dari Khairul. Terdiam kedua-dua lelaki itu apabila aku tiba-tiba sahaja menerpa masuk.
“Eh.. sayang baru sampai. Lambatnya. Abang lapar ni.” Khairul berjalan mendapatkan. Dia memegangku tanganku namun laju sahaja aku menepis.
“Sayang?” Ujar Khairul dengan dahi berkerut. Mungkin tidak faham kenapa aku menolak dari disentuh.
“Taruhan apa yang abang buat dengan Haris?” Soalku mendatar sambil memandang wajah lelaki yang amat kusayangi.
“Taruhan? Taruhan apa ni? Abang tak faham.” Dalih Khairul. Haris hanya memandang.
“Abang jangan nak buat-buat tak fahamlah. Sha dah dengar tadi abang cakap pasal taruhan dengan Haris.”
“Sayang dengar dulu. Ini bukan seperti yang sayang sangkakan. Ok abang terus terang.” Ujar Khairul gelabah. Aku duduk di sofa untuk mendengar penjelasan Khairul. Aku bukanlah jenis orang yang akan membuat keputusan terburu-buru tanpa mendengar penjelasan tentang hal yang sebenarnya.
“Haris, awak keluar boleh? Biar saya bincang berdua je dengan Khairul.” Pintaku kepada Haris. Haris mengikut kata-kataku. Sebelum keluar Haris sempat menoleh pandang kepadaku namun aku hanya buat tidak tahu.
“So, apa penjelasan abang.”
“Firstly abang nak minta maaf sebab buat taruhan dengan Haris tapi abang langsung tak ada niat nak tipu sayang ke apa. Abang setuju untuk bertaruh dengan Haris sebab Haris cakap dia sukakan sayang. Abang tak nak sayang jatuh ke tangan dia.”
“Kenapa pula?” Soalku. Khairul duduk di sebelahku dan melingkarkan tangan di pinggangku.
“Sebab Haris tu playboy. Dia tak sesuai untuk sayang. Lagipun bila Haris cakap macam tu abang rasa sakit hati. Yang abang tahu abang mesti dapatkan sayang dengan apa cara sekalipun.” Ujar Khairul lagi.
“Tu yang abang terus kenalkan Sha sebagai girlfried abang kat mama dan papa. Sebab abang tahu mesti mama dan papa akan terus suruh abang kahwin.” Khairul mengangguk apabila mendengar kata-kataku.
“Abang minta maaf sebab paksa sayang kahwin dengan abang. Abang mengaku bila abang ajak sayang kahwin tu abang tak pasti dengan perasaan abang. Tapi bila abang melafazkan akad, abang pasti abang cintakan sayang. Abang tak tipu. Sayang kena percaya abang.” Khairul memelukku erat. Aku hanya diam sambil ligat memikirkan apa yang perlu aku lakukan.
Sememangnya aku sendiri tidak percaya Khairul cintakan aku sebelum kahwin ekoran layanan yang diberikan kepadaku. Khairul sendiri juga tidak pernah meluahkan perasaan kepadaku. Jadi tidak menjadi soal sama ada Khairul cintakan aku atau tidak sebelum kahwin kerana yang aku hanya mahu sekarang ini Khairul cintakan aku selepas aku sah menjadi isterinya. Aku juga tidak mempunyai perasaan kepadanya sebelaum kahwin. Jadi sama sahaja situasi kami berdua.
Khairul merenggangkan pelukan dan merenung ke dalam wajahku. Aku turut membalas renungan matanya.
“Sorry.” Ujar khairul sepatah.
“Sha tak kisah pasal taruhan tu sebab kalau abang tak buat macam tu mesti Sha takkan pernah rasa bahagia macam sekarang. Cuma satu je Sha nak tahu sekarang ni. Abang betul-betul cintakan Sha?”
“Demi Allah abang sangat cintakan sayang. InsyaAllah abang akan cintakan sayang sepanjang hayat abang.” Ujar Khairul sambil mengelus wajahku. Aku yakin dan percaya kata-kata Khairul kerana aku sentiasa dapat rasakan setiap perlakuannya penuh denganrasa cinta kepadaku.
“Sha pun cintakan abang.” Luahku buat pertama kali. Khairul tersenyum mendengar luahan cintaku.
“Terima kasih sayang. Lama abang tunggu sayang ucapkan cinta pada abang.” Khairul kembali memeluk erat tubuhku. Lama kami diam merasakan kehangatan tubuh masing-masing. Namun tiba-tiba aku terfikir apa yang Khairul dapat bila mengahwiniku.
“Abang.” Panggilku sambil melepaskan pelukan dan memandang wajah Khairul.
“Ya sayang.”
“Apa yang abang dapat masa menang taruhan dengan Haris tu?” soalku ingin tahu.
“Er.. bukan benda besar pun. Tak payahlah sayang tahu. Lagipun abang tak terima pun benda tu.” Jawab Khairul.
“Kenapa?”
“Sebabnya abang dah dapat hadiah paling besar dan bermakna dalam hidup abang.” Khairul mencuit hidungku. Hatiku berbunga-bunga apabila mendengar kata-kata Khairul. Sudah pastilah aku yang dikatakan hadiah paling besar dan bermakna.
“Apa bendanya?” Soalku sengaja buat-buat tidak tahu.
“Tak payahlah sayang nak buat tak tahu pula. Padahal dalam hati tu dah kembang setaman.” Usik Khairul. Aku ketawa bahagia. Khairul juga merupakan hadiah paling besar dan bermakna yang pernah aku dapat dalam hidup ini.
“Sayang, laparlah.” Khairul menggosok perutnya menunjukkan dia benar-benar lapar.
“Eh lupa pula. Jom makan. Hari ni Sha masak favourite abang. Sotong sambal dengan kerabu mangga.” Aku membuka bekalan makanan yang kubawa tadi. Lebar sahaja senyuman Khairul apabila kuhidang makanan kegemarannya.
“Thanks sayang. Ni yang buat abang makin sayang kat sayang ni.” Khairul makan dengan begitu berselera sekali. Aku bahagia melihat Khairul menikmati masakanku.
Aku bersyukur Allah mengurniakan Khairul sebagai suamiku. Tidak kisahlah bagaimana cara Khairul mendapatkanku. Itu semua tidak penting kerana sememangnya jodohku bersama dia. Kami akan bersatu walau dengan apa cara sekalipun. Cintaku kepadanya semakin hari semakin mendalam.

Abangku Suamiku



Aku leka menandankan diriku sendiri. Culik sana. Culik sini. Celak sana. Celak sini. Siap untuk keluar! Aku memasukkan semula barang-barang dandanku ke dalam beg tangan. Manalah tahu, dalam pejalanan tiba-tiba mekap aku ni buruk ke. Bolehlah aku edit-edit sikit muka aku ni. Ahaks… Selesai berselfie. Oh, sempat juga post di facebook. Aku menuruni satu demi satu anak tangga.
       Kelihatan Abangku duduk menghadap Umi dan Abah diruang tamu. Apalah yang mereka bualkan sampai Abang Hafeez asyik angguk-angguk je. Lepas itu, tunduk pandang tanah. Haaa.. Lantaklah! Yang penting misi aku berdate dengan Abang Hafeez berjalan dengan lancar.
     “Abang… Jom!”ajakku. Aku berdiri di sisi Abang Hafeez.
       Abang Hafeez menoleh. “Okey…” jawabnya ringkas tetapi ia menyeronakkan. Abang Hafeez bangkit dari sofa. Dituruti Umi dan Abah bangun dan mengiringi Aku dan Abang Hafeez ke pintu utama.
        “Hafeez, jangan bawak Wada merata-rata tempat. Jangan nak merewang tak tentu fasal. Cukup dua tiga tempat saja. Nanti, kalau jiran-jiran abah nampak Hafeez dekat luar tu apa pula kata mereka?”Pesan Abah panjang berjela. Yala, Abah Aku adalah Ketua Kampung di sini. Bukan Ketua Kampung sahaja. Abah juga merupakan orang terkenal disini sebagai Imam Muda di Masjid Ar- Raudah.
      “Baik Abah. Hafeez janji tak bawak Wada lebih dari tiga tempat. Terima kasih abah bagi Hafeez keluar dengan Wada.”Janji Abang Hafeez tika dia menyalami tangan abah.

     “Dengar nasihat Abah itu. Wada, jangan pulang lewat. Kamu tu sorang je anak Umi dan Abah.”Nasihat pula Umi.

    Aku mengukir senyuman. “Baiklah Umi, Wada akan pulang cepat.”ujarku.

Aku membolosi diri kedalam perut Myvi Abang Hafeez. Abang Hafeez memandu Keluar pekarangan rumah.
Suasana di dalam kereta kini sunyi. Tiada apa yang mahu dibualkan. Abang Hafeez diam. Jadi Aku pun diam juga. Dengan istilah “buatlah seperti kereta sendiri” aku membuka radio. Kebetulan pula lagu kegemaranku Cinta Muka Buku di siarkan di Radio Hot FM. Aku apa lagi? Nyanyilah sepuas hati. Bagaikan Akulah Najwa Latiff. Ahaks… Perasan gila!

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

“Seronoknya menyanyi…”tegur Abang Hafeez tiba-tiba.
“Mahu tak seronok. Abang ni…Dari tadi duduk diam saja. Kenapa?”Tanyaku. Yela, bila Abang Hafeez bersuara baru aku bersuara. Bila Abang Hafeez diam mesti aku diam. Haha. Gedik juga aku ni!
“Wada, Abang Hafeez nak tanya Wada sesuatu boleh tak?”
Keningku mula berkerut. Abang Hafeez ni. Tak pernah nak mintak izin nak tanya. Selalunya Abang Hafeez straight to the point je. Tak ada nak minta izin.
“Tanya jelah…”
“Kalau Wada dan Abang ber…” Abang Hafeez terdiam sejenak.
“Ber? Ber apa?”tanyaku. Tidak suka langsung kalau nak tanya disekat-sekat. Mahu sahaja di cubit-cubit mulutnya!
“Kalau Wada dan Abang bersatu macam mana agaknya ya?”
“Bersatu? Hmm… Kan Abang Hafeez, abang yang paling Wada sayang. Mestilah kita akan bersatu sebagai abang dan adik. Kenapa Abang Hafeez?”
“Oh! Nothing. Tanya saja.”
Pelik je bunyinya. Riak wajah Abang Hafeez macam tak boleh terima Jawapan aku saja. Aku hanya mengganguk Aku mengerti Abang Hafeez hanya tanya.
Suasana sunyi kembali. Aku buat hal aku, Abang Hafeez buat hal dia sendiri. Oh ya, lupa pula aku, Mesti korang pelikkan kenapa aku dan Abang Hafeez tak boleh keluar selalu? Kan? Sebenarnya, Abang Hafeez ini adalah abang angkat aku sejak aku berada di Kolej Yayasan . Aku sudah anggap Abang Hafeez macam Abang Kandung aku sendiri.
Beberapa tahun yang lalu, aku pulang dari Kolej Yayasan untuk cuti semester. Abah meminta aku beli ubat untuknya di Farmasi. Kebetulan pula, Farmasi itu berhampiran dengan Kolej Yayasan. Abah tidak mahu pergi ambil sendiri kerana kaki abah sakit dan sukar mahu berjalan sejak Abah jatuh motosikal ketika Abah pergi ke kebun untuk melihat pokok tanamannya.
Aku terlihat seorang gadis molek dengan gaun sambil memengang kasut tumit tinggi berlari di hadapan ketika aku memandu. Selamatlah kereta aku masih jauh. Tidak sampai beberapa minit. Kelihatan seorang lelaki berlari. Namun, kereta aku menghampirinya dan Bump! Aku terlanggar dia.
Aku keluar dari kereta dan menghampiri lelaki itu. Dengan wajah cemas lagi memanikkan, aku memaksa lelaki itu untuk ke hospital.
“Awak, jom saya hantar ke hospital!.”
“Eh, tak apa – tak apa. Saya okay.”bantah lelaki itu.
“Ish, tak okay apa benda tu. Tengok banyak darah.”kataku tegas. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu memapah lelaki itu.
“Mintak Ic.”ujar nurse di kauter pertanyaan di Hospital itu.
Lelaki itu menghulurkan kepada aku. Yela, macam manalah nak suruh lelaki tu bagi sendiri dengan kaki dia yang tercedera tu.
Sempat juga aku melihat di kad pengenalan mamat itu. Muhammad Wusnul Hafeez B. Mohammad Hasnul.‘Hmmm, sedap juga nama dia. Wusnul Hafeez. Cute!’ Bisik hati kecil aku.

“Awak tunggu sini kejap. Saya nak amik kereta kat park car tu kejap eh. “ujarku lantas belari anak mendapatkan kereta aku. Lelaki yang menggunakan tongkat ada berdiri di pintu utama hospital itu.
Aku membantu memapah dia masuk kedalam kereta aku. Aku pula masuk ke dalam tempat pemandu. Aku memulakan perjalanan.
“Saya Wada. Pelajar Kolej Yayasan.”aku perkenalkan diri aku kepada mamat itu.
“Oh, panggilan yang manis. Saya Haf…”
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Aku menyampu.
“Hafeez, your Ic!”ujarku. Tangan kiriku menunjukkan indentity card dihadap lelaki itu. Lelaki itu mencapai.
“Oh… Nice to meet you.”
“Yep. Nice to meet you too.”balasku.

Oh ya! Aku ni perempuan dia tu kan lelaki. Huarghh! Macam mana ni? Macam mana ni?
“Erm, Hafeez. Saya hantar awak di hotel mahu tak?”
“Eh, tak apalah! Awak berhentikan saya dekat tepi jalan tu.”
“Eh, Gila ke apa? Kaki awak tu sakit. Macam mana? Hurm… Kejap saya call abah saya.”
Aku mendail nombor abah pada key pad di telofon bimbit aku. Abah menjawab panggilan aku.
“Waalaikumusalam, abah! Kalau Wada nak bawak Hafeez balik rumah boleh?”
“nanti dekat rumah Wada ceritakan semua ya Abah. Abah jangan risau . Wada on the way balik rumah dah ni. Assalamualaikum, Abah.”
Talian di matikan.
“Okay, saya bawak balik. Abah saya izinkan.”Kataku.
Dia hanya mengganguk.
Aku tiba di rumah. Selepas menyalami Umi dan Abah. Aku meminta izin untuk menunaikan solat fardu Magrib. Aku melangkah mendaki anak tangga satu persatu. Selepas membersihkan diri, membaca Al-Quran dan menunaikan solat fardu Isya’ seperti rutin harian aku, aku mengenakan tudung sarung turun ke bawah menuruni anak tangga untuk membantu Umi apa yang patut untuk makan malam.
“Hafeez malam ni tidur jelah rumah Abah. Kaki tu masih sakit lagi kan? Tak apa tinggal je dulu rumah Abah sampai kaki HAfeez sihat ya.”ujar Abah ketika kami di meja makan.
Abah?! Sejak bila dah panggil Abah ni? Jadi aku kena panggil Abang ke? Abang? Abang Hafeez? Pratice, practice. Abang Hafeez…
“Baik Abah. Tak apalah, Hafeez tinggal dua , tiga hari je Abah.”
“Abah, yang petang tadi tu…” Belum sempat aku mahu habiskan cerita aku yang baru bemukadimah Hafeez sudah laju menyampuk.
“Abang Hafeez dah ceritakan.”ujar Hafeez.
“Abang?”terkejut aku. Memang benar jangkaan aku kena panggil dia Abang.
“Wada, sudi ke panggil Abang Hafeez?”tiba-tiba soalan maut keluar dari Abang Hafeez. Ish, tak tahu malu betul. Sudahlah depan Umi dan Abah. Main straigt to the pointje. Bebelku di dalam hati.
“Ala Wada, panggil je lah Abang Hafeez. Hafeez dah masuk dalam keluarga ni.”Sampuk Abah. Abah sudah mula tersenyum-senyum. Menyakat aku lah tu. Abah!
“Oh ok. Hafeez. Eh, Aban…Abang Hafeez.”
Terhenti lamunan aku takala Abang Hafeez mengetuk tingkap pintu kereta. “Tak nak keluar ke? Sibuk berangan. Ke nak tunggu Abang Hafeez yang angkat Wada? Hah?”Ujar Abang Hafeez.
Muka aku mula kemerahan tahap maksimum. Huh. Abang Hafeez sudah mula ketawa terbahak-bahak di luar. Dengan sepantas kilat aku keluar dari kereta Abang Hafeez. Aku dan Abang Hafeez makan bersama.
Kemudian, kami ke panggung wayang dan bershopping di Shopping Kompleks. Aku menilik jam. Sudah pukul 5 petang. Abang Hafeez menghantar aku pulang. Kemudian, Selepas Abang Hafeez solat asar dan makan petang di rumah. Abang Hafeez pulang.
***
“Khawin?!”terkejut Aku ketika berada di Taman Mini di hadapan rumah Aku itu. Bagaikan beruk terkejut.Oh tak, Aku lebih terkejut dan lebih teruk dari beruk terkejut. Kalau beruk melihat Aku tika ini, mesti dia ingat Aku ni salah satu daripada spesisnya. Tak nak! Aku baru dua puluh tiga tahun. Tak habis lagi zaman membujang. Awalnya nak khawin? Biar betul?

“Yela, khawin. Yang terkejut sangat tu kenapa?”
“Ala… Abah ni… Wada baru dua puluh tiga tahun. Lambat lagilah nak fikirkan hal-hal khawin ni. Wada tak nak.”bantahku kepada Abah. Oh, ngerinya dengar fasal khawin.
“Khawin ini mengelakkan maksiat terus berlaku. Kamu tu hari-hari keluar dengan Hafeez. Jiran kita ni, asyik duk tanya Abah je… Siapa Hafeez tu… Mahu tak biru muka Abah nak cari jawapan?”
“Ala… Ok, Wada janji, Wada takkan keluar selalu dengan Abang Hafeez.”ujarku. Harap Abah sudi menerima kata-kata aku.
“Khawin tetap khawin. Kami tak nak masa kami buat Umrah ada berlaku sesuatu di sini.”Sampuk Umi yang baru tiba di Taman Mini ini.
“Umrah? Bila Umi dan Abah nak pergi?”tanyaku agak terkejut. Amboi, berahsia. Tahu-tahu nak pergi je.
“ Tiga minggu lagi. Sepanjang tiada Abah dan Umi, Abah nak ada orang yang jaga Wada. Tak adalah kami risau masa berada di sana nanti.”
Nampaknya, Abah tidak menerima janji aku. “Ala… Abah, Wada tahu jaga diri Wada sendiri.”jawabku. Tetap dengan pendirian aku tidak mahu khawin lagi. Biarlah aku membunjang sampai berumur dua puluh lapan dulu baru fikirkan hal-hal khawin ni.
“Kami tak setuju. Umi nak kamu khawin dengan Hafeez. Keputusan kami muktamad! Tak ada bantahan.”kata Umi tegas.
Berderau darah Aku. Dadaku bagaikan tercabut daripada tempatnya. Bagaikan tidak tergantung dan tidak berada di tempatnya. Oh Umi, hal khawin tu satu hal. Paling mengejutkan dengan Abang Hafeez? Hah?! Biar betul? Lagilah Aku tak mahu.
“Abang Hafeez? Abang Hafeez itu Wada anggap dia Abang je Umi, Abah. Abang kandung Wada.”
“Habis tu kamu nak khawin dengan Farizan? Abang Hafeez dah setuju nak khawin dengan kamu. Dah-dah. Minggu depan kita siapkan semua. Minggu lagi satu akad Nikah.”ujar Umi. Ahaks! Siap perancangan dah. Abang Hafeez setuju? Jadi? Tak nak! Aku sayang Farizan tu. Aku Cuma nak tunggu dia. Sebab tu aku nak khawin lambat lagi. Nak kena Abang Hafeez ni. Berani setuju tanpa tanya aku dulu. Semalam? Oh semalam, patutlah Abang Hafeez tanya semalam. Abang Hafeez memang nak kena ni.
***
“Abang Hafeez. Kenapa Abang Hafeez buat Wada macam ni? Sedangkan Abang Hafeez tahu yang Wada cinta dan sayang pada Farizan.”Tegasku takala kami berada di halaman rumah. Oh, di Taman Mini.
“Ya… Abang Hafeez tahu. Tapi, Abang Hafeez tak nak Wada di permainkan dengan Farizan tu lagi. Abang Hafeez tak sanggup. Farizan dah beristeri tahu tak? ”lantang Abang Hafeez bersuara.
Amboi... Pandai-pandai sahaja Abang Hafeez ni. Aku lebih kenal dia lebih lama dari kaulah! Sesedap mulut je kata dia macam tu. Mahu sahaja aku cili mulutnya. Ahaks!
“What?! Abang Hafeez, Wada lebih lama kenal dia dari Abang Hafeez kenallah. Wada tak suka Abang tuduh dia macam tu.”
“Wada, Abang Hafeez lagi tak suka Wada berkawan dengan dia lagi berkasih. Jantan tu memang tak guna.”ujar Abang Hafeez.
“Abang!”jeritku.
***
Hari ini merupakan hari boring buat aku. Duduk di Taman Mini juga boring. Selalunya berbual-bual dengan Abah dan Umi. Namun, hari ini mereka tiada di rumah. Mereka ke Bandar menyelesaikan urusan untuk pergi ke Mekah menunaikan Umrah.
Sejak Aku dan Abang Hafeez bertengkar minggu lepas, Abang Hafeez tidak menghubungi Aku. Jumpa? Jauh sekali. Abang Hafeez juga tidak menjejaki kaki lagi ke rumah ini. Oh, jika Abang Hafeez mendiamkan diri, aku juga mendiamkan diri. Yes! Ikut prinsip aku. Lebih berdiam.
Aku duduk di ruang tamu menonton televisyen. Filem Ombak rindu di tayang di Astro. Walapun sudah kerap kali berulang. Aku tetap menonton. Menarik! Sepadan juga Aaron Aziz dan Maya Karim bila berlakon. Ahaks… Tapi kesian juga dekat Izzah. Jahat betul Pak cik dia tu.
Tiba-tiba, pintu utama di ketuk. Salam juga di beri. Suara lembut. Macam perempuan. Aku menjawab salam dalam membuka pintu. Betul tekaan itu, tetapi siapa wanita itu? Kenapa dia datang?
“Adik nama Wada ke?”
“Aah, saya Wada.”jawabku. Masih dengan beribu-ribu tanda tanya di otak.
“Oh, baguslah! Akak nak bagitahu sesuatu dekat Wada ni. Adik kenal Farizan?”
Aikk… Farizan. Kenapa dengan Farizan. “Kenal kak, kenapa Kak?”tanyaku lagi.

“Boleh akak masuk?”
“Boleh.”jawabku. Aku mengiringi wanita itu duduk di sofa di ruang tamu. Oh, lupa aku mahu minta wanita itu masuk dulu. Sudah mengandung. Tak fasal-fasal pengsan bediri di luar.
“Nama akak Wirna Izzati. Sebenarnya akan nak bagitahu dekat Wada. Akak ini datang jauh dari Brunei. Akak kena juga datang. Akak tak nak suami akak di ambil orang.”
“Siapa pulak nak ambil suami akak? Mungkin akak salah orang ni. Nama sama dengan Wada.”jawabku. Agak sedikit terkejut. Pelik! Bila masa Aku ambil suami orang? Aku tak pernah nak ambil atau kacau suami orang.
“Wada kenalkan Farizan? Dia suami akak. Farizan sekarang berada di hospital sebab di pukul oleh beberapa orang. Akak tak tahu siapa punya angkara. Akak harap Wada tidak ambil Farizan ya. Akak sayang Farizan, suami akak.”ujar wanita itu. Wanita itu menanggis teresak-esak.
“Ya Allah. Maafkan Wada Kak… Wada tak tahu pulak yang Wada berkawan dengan suami akak. Maafkan Wada. Wada janji, Wada tak kan ganggu suami akak. Maafkan Wada ya kak.”ujarku memohon ampun dan maaf. Aku melutut di hadapan wanita itu. Ya Allah, tak sangka Farizan tu ada isteri.
***
Aku baru selesai menunaikan solat fardu Isyak. Hati aku belum cukup tenang. Abang Hafeez, sudah seminggu mendiamkan diri. Mana dia? Abang Hafeez! Wada rindu Abang Hafeez. Rintihku dalam hati.
Aku bangun dari tempat sujud dan menghampiri meja solek. Telefon bimbit jenama Android itu aku capai. Oh, aku tidak mahu menghubungi dia. Malu! Malu dengan Abang Hafeez. ‘Hurm, SMS sahajalah’bisik hatiku. Pantas jari jemariku menari-nari di atas screen telefon.
Salam, abg Hafeez Wada nk mntk maaf kt abg Hafeez. Wada thu Wada slah anggap abg Hafeez. Wada x prcye ckp abg Hafeez.
Pesanan di hantar. Oh, mengigil-gigil tanganku menekan punat hantar. Akibat terlalu mengantuk aku tertidur. Lena di buaikan mimpi. Aku tersedar pada jam sepuluh setengah malam. Pantas aku mencapai telefon. Hampa, tiada pesanan dari Abang Hafeez. Abang Hafeez merajuk ke?
Abg Hafeez. Wada mntk maaf cgt-II. Wada tahu Wada salah. Wada ckp abg hina Farizan. Tapi, Farizan mmg terhina pun. Wada mntk maaf.
Aku menghantar lagi pesanan kepada Abang Hafeez. Lantas, aku terus tidur.
Telefon aku menjerit. Aku bangun dalam keadaan yang mamai. Aku melihat pada screen telefon. Terpapar satu pesanan daripada Abang Hafeez.
Waalaikumusalam. X pe. Esok, abg Hafeez dtg rumah Umi ya. Meet you tomorrow.
Terpapar pesanan itu.Aku menaip. Aku terus tekan punat hantar. Lantas aku terus merebah badan ke atas katil semula. Serius! Mengantuk. Aku lena di ulir mimpi.
***
Aku duduk di Taman Mini bersama-sama Abang Hafeez. Oh, seperti pesanan Abang Hafeez malam tadi. Abang Hafeez sudah tercegat di pintu utama sejak pukul sepuluh pagi. Umi dan Abah masih lagi sibuk menjalani khusus sebelum ke Umrah tidak lama lagi.
“Betul ke Wada sayang Abang Hafeez? Rindu Abang Hafeez?”tanya Abang Hafeez.
Kening aku mula bercamtum. Sayang? Rindu ? bila aku cakap dengan dia ni? Eh, mana ada. Tak ada. Tak ada. “Mana ada Wada cakap macam tu Abang Hafeez. Ei, Abang Hafeez ni perasan sahaja. Poyo!”ujarku.
Abang Hafeez mula tersenyum-senyum. “Hei, cuba Wada baca pesanan ni. Wada yang hantar dekat Abang Hafeez. Tau.”Abang Hafeez menunjukkan pesanan yang terpapar di screen telefonnya.
sok, kjmpex habg dsok. Fcygn yabg.smiss u.-Wada

Muka aku merona kemerahan. Eh, Lantas aku membaca semula semua pesanan yang aku hantar di dalam telefon bimbit aku. Mak! Oh bukan, Umi… Kenapa ni? Haa.. Mesti sebab aku mamai sampai hantar pesanan macam tu. Aduh! Malunya aku. Terasa mahu menyorok muka di bunga-bunga yang Umi tanam di sini. Memalukan! Huh…
“Eh, agaknya Wada dengarkan soalan abang tadi? Okay Abang Hafeez ulang eh… Betul ke Wada sayang Abang Hafeez? Rindu Abang Hafeez?”tanya Abang Hafeez.
“Eh, mana ada. Tertekan je tu…”jawabku perlahan.
“Tertekan? Erm, tak mungkinlah. Sebenarnya…”Abang Hafeez terhenti di situ. Diam sejenak. Seperti mencari aura sebelum mula berbicara.
“Sebernanya. Sepanjang kita berabang, beradik! Abang dah jatuh cinta dengan Wada. Abang Hafeez dah sayang dekat Wada. Tapi, Abang Hafeez kecewa.. Bila.. Wada tak pandang Abang Hafeez. Still nak pandang Farizan tu.”
“Maafkan Wada, Abang Hafeez. Wada tahu Wada salah. Wada buta. Wada tak pandang apa-apa yang Abang Hafeez dah buat kat Wada. Maafkan Wada.”
“Abang Hafeez… Dah lama dah Abang Hafeez maafkan Wada…”ujar Abang Hafeez sambil mengukir senyuman.
“Terima Kasih Abang, Wada sayang Abang Hafeez…”Ujarku.Oh, malu dengan kata-kata sendiri. Sayang? Oh… Aku dah jatuh hati pada Abang Hafeez.
Makin mekar senyuman Abang Hafeez di bibir ranumnya. “Jadi, Wada tahukan kenapa Abang Hafeez setuju dengan permintaan Umi dan Abah?”
Aku hanya mengganguk. Erm, patutlah dia setuju nak khawin dengan Aku. Rupanya, dalam hati hanya Aku sahaja. Oh, manisnya.
“Wada, sudi menjadi isteri Abang?”Lamar Abang Hafeez.
Aku tidak tentu arah. Terima? Oh, tak! Tak. Umur aku dua puluh tiga.
“Ya”jawabku. Eh, Otak tak sama dengan mulut. Haish.
***
Suasana di rumah riuh rendah dengan suara penduduk kampung dan orang ramai yang mengujungi rumah Umi dan Abah. Alhamdulilah, aku sah menjadi isteri kepada Abang Hafeez semalam. Segala-gala gurauan dari penduduk kampung juga memeriahkan lagi suasana ijab Kabul . Oh, malunya aku! Tapi, aku kena terima juga. Ya, aku malu-malu menyalami tangan Abang Hafeez.
Ramai juga yang mengujungi rumah aku hari Umi dan Abah hari ini. Jenuh aku kaki aku menyambut tetamu yang datang dan pulang. Terasa mahu rebah di situ. Namun, majlis ini haruslah diteruskan juga.
“Abang Hafeez. Jom duduk dulu. Wada penatlah…”ngadu kepada Abang Hafeez. Abang Hafeez hanya mengganguk.
Aku menghampiri meja yang terletaknya air. Oh, sudahlah panas terik. Haus pulak tu.Bebelku dalam hati.
“Abang Hafeez, Ana tadi comelkan?”kataku kepada Abang Hafeez memulakan perbicaraan.
Ramai sahabat-sahabat Abang Hafeez yang datang. Perempuan, lelaki semuanya ramai. Ada yang beristeri ada yang bersuami. Ada juga yang mempunyai Anak.
“Ana?”riak muka Abang Hafeez terkejut.
“Ya Ana, yang salam dengan Wada tadi. Comelkan?”jawabku takala teringat kawan-kawan Abang Hafeez yang bersalam dan menghulurkan hadiah kepada Aku.
Tiba-tiba Abang Hafeez Ketawa. Hei… Apa yang kelakarnya?
“Maaflah Wada, yang bersalam dengan Wada tadi tu… Zarith, Zana, Wahida dan Mimi. Ana tu kata ganti nama diri saya dalam Bahasa Arab”ujar Abang Hafeez.
Serta merta muka aku mula kemerahan. Aduh! Macam mana boleh terlupa enta, enti, ukthi, akhi. Allah…
***
Aku dan Abang Hafeez menunaikan solat Isyak bersama-sama. Selepas itu, Abang Hafeez mahu Aku memperdengarkan bacaan Al-Quran. Jika salah pada hukum tajwid, Abang Hafeez akan membetulkan bacaan Aku. Selepas selesai sepuluh ke lima muka surat. Abang Hafeez membenarkan Aku berhenti dan sambung esok.
Aku menanggalkan kain telekung. Lalu terus menuju ke atas katil. Terasa jagal mala mini. Selalunya, tidur tanpa teman. Hari ini, malam ini Abang Hafeez di sisi. Aku terus merebahkan badanku ke atas katil.
Abang Hafeez baring lalu memelukku dari belakang. Aku hanya mendiamkan diri. Malu mahu memandang muka Abang Hafeez.
“Wada…”panggil Abang Hafeez. Dia cuba menarikku agar menghadap mukanya. Aku menurutkan.
“Hurmm…”
“Terima Kasih kerana hadir dalam hidup Abang Hafeez. Terima Kasih sebab sudi menjadi isteri Abang Hafeez. Abang Hafeez sayang Wada sangat-sangat”ujar Abang Hafeez manis.
Terasa dahiku panas. Lama, Abang Hafeez mengucup dahi aku. Aku terasa tenang ketika itu.
“Wada juga sayang Abang Hafeez. I love u , Abangku Suamiku.”ujarku.
Abang Hafeez hanya tersenyum. “Jom kita tidur.”ujar Abang Hafeez.
Aku membiarkan sahaja Abang Hafeez membuat sesuatu. Namun, ayat terakhir dari Abang Hafeez.
“Ya Allah, kurniakan kebahagian kepada kami. Kekalkan kami. Berikan zuriat kepada kami.”

TAMAT
***
Semoga cerpen ini menarik untuk di baca oleh Semua pembaca . Segala pekara yang baik datangnya dari Allah, Segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri. Harap sudi berikan sedikit komen tentang cerpen Abangku Suamiku agar dapat di perbaiki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...