Sunday, May 15, 2011
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
utk renungan bersame......
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
Saturday, May 14, 2011
Earning Pertama Dari Nuffnang Grapevine
Salam semua,
Perggg macam ketagih pulak sehari tak update entri ni dek gara-gara pihak blogspot buat maintenance 2 hari ni.. mana tidaknya rata-rata semua blog kekal dengan entri 2 hari lepas je.
Oklah aku nak kongsi sikit cerita pasal Nuffnang Grapevine, entri sebelum ni aku pernah cerita pasal “ Jana Pendapatan Baru Dari Nuffnang Grapevine ” yang mana aku sendiri pon tak faham masa tu apa fungsi Nuffnang Grapevine ni.. tapi setelah aku cuba selongkar hari ini.. akhirnya aku jumpa dah cara macam mana nak jana pendapatan dari Nuffnang Grapevine ni
Langkah yang perlu korang buat untuk jana pendapatan ni adalah :
- Masuk ke dalam Nuffnang Grapevine atau bila mana korang ternampak iklan seperti diatas
- Klik mana-mana platform yang korang suka untuk promotekan kempen tersebut seperti facebook, twitter, msn, email.
- Jika ingin menggunakan platform selain dari yang 4 diatas korang boleh klik pada SHARE untuk menyalin link yang akan diberikan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan korang semua.
Bagaimana pula untuk menebus hasil pendapatan korang?
- Caranya mudah dengan hanya memasukkan email didalam ruangan “Enter Email” dan pendapatan boleh disemak didalam akaun Churp-Churp korang pada bahagian “Grapevine [history]” seperti dibawah.
- Jika korang belum daftar dengan ChurpChurp korang boleh Daftar Sekarang
Jika kempen yang disebarkan kepada rakan-rakan korang tadi tu berjaya mendapat Unik klik maka hasil Unik klik akan dikreditkan terus dalam akaun ChurpChurp seperti dibawah ini.
Tapi korang kena ingat jangan cuba melakukan penipuan klik dan setiap unik klik kempen iklan tersebut ini kerana kempen tersebut dipantau oleh pihak admin ChurpChurp & Nuffnang.
** Korang kena ingat tiada jalan mudah untuk menjana pendapatan samping kecuali dengan usaha sendiri.. Rezeki takkan datang bergolek jika tidak dicari.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BLOG TUTOR
(13)
BUSINESS TUTOR
(21)
cerita
(87)
CERITA LAWAK
(72)
EDUCATION
(68)
Puisi
(8)
resepi
(1)

