Tuesday, March 1, 2011

RAHSIA HURUF PADA NAMA


Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada.

Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E = anda sentiasa seorang yang exited.

F = semua orang menyayangi.

G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.

I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.

J = anda seorang yang cemburu.

K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.

M = kejayaan mudah datang kepada anda.

N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O = anda seorang yang berfikiran terbuka.

P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.

R = anda seorang yang gemar bersosial.

S = anda sangat broad-minded.

T = anda ada sikap canggih, amat canggih.

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.

V = fizikal anda baik sekali.

W = anda suka menyendiri.

X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.

Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda.

Misalnya, kalau TUAH jadinya :

T = anda ada sikap canggih, amat canggih. 

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
 

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
 

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.

Di situ kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.

Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.

Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.

-H. M. TUAH ISKANDAR

Semasa membaca artikal ini, terdetik dihati untuk mengkongsikan bersama teman-teman semua.
Sekadar untuk lebih menyedari siapa diri kita mahupun siapa dia, indahnya nama menyimpan 1001 makna, sejauhmana kebenarannya hanya kita saja yang tahu siapa kita sebenarnya, kita boleh menilai seseorang tapi kita tidak berhak untuk mengadilinya, kerna kita juga punya kelemahan.

Benar kata Dr. HM Tuah Iskandar ‘Cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati’. Bila kita jujur dan ikhlas mencintai seseorang kita tak kan pernah merasa kepincangan Cinta itu malah kita akan rasa bahagia biar apapun kadaannya. ‘Cinta tak semestinya bersatu’ tak suka dengan perkatan ne, tapi ne lah kenyatan hidup, namun kita harus tetap menghargai apa yang kita miliki. Dan Cinta yang sempurna adalah Cinta kita pada Allah, kerna kita miliknya….!

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik


Berikut adalah cara pengiraan ringkas untuk mengetahui Nombor Akar (Root Number) anda;

A) 11/01/1979

1 + 1 + 0 + 1 + 1 + 9 + 7 + 9 = 29

2 + 9= 11

1 + 1= 2

B) 01/10/1960

0 + 1 + 1 + 0 + 1 + 9 + 6 + 0 = 18

1 + 8= 9


Berikut adalah penerangan ringkas mengenai Nombor Akar (Root Number);

Jika Nombor Terakhir Anda 1 Hingga 9,

Ciri-Ciri Anda Adalah Dihurai Seperti Berikut :
No Ciri Anda Atau Ringkasan Huraian

1 = Anda Mempunyai Ciri-Ciri Kepimpinan.
Kemungkinan Semasa Alam Persekolahan Atau Selepas Anda Dilantik Menjadi Ketua Atau Penolong Atau Dalam Persatuan. Kemungkinan Juga Anda Menolak Perlantikan Dalam Jawatan Tersebut.

2 = Anda Punyai Komunikasi Atau Penyampaian Yang Baik. Suara Anda Kedengaran Lantang Dan Jelas. Mungkin Juga Anda Susah Atau Malu Nak Mula Bercakap Namun Apabila Sudah Mula Anda Kelihatan Mesra.

3 = Pergerakan Anda Sangat Cepat Atau Lain Kata Anda Tidak Suka Bertangguh Dalam Sesuatu Perkara.

4 = Anda Suka Merancang Dan Juga Anda Suka Kepada Ilmu Pengetahuan.

5 = Anda Seorang Yang Punyai Prinsip Sendiri. Contoh Jika Anda Kata “A”, “A”Lah Jawapannya, Jika “B”, “B”Lah Jawabnya. Atau Anda Tidak Terus Membuat Keputusan Serta Merta Dan Anda Akan Fikir Dahulu Dan Jawapan Akan Diberi Kemudian.

6 = Anda Mempunyai Sifat Kekeluargaan Atau Ambil Berat Tentang Keluarga. Ini Membuatkan Anda Bagus Dalam Perancangan Kewangan.

7 = Anda Punyai Ramai Kawan Atau Mudah Mendapat Penyokong.Ini Membuatkan Hidup Anda Nampak Bertuah.

8 = Anda Seorang Yang Bertanggungjawab Sama Ada Terhadap Keluarga Atau Kerjaya. Contoh Dalam Kerjaya Atau Persekolahan Jika Diberi Tugas Atau Kerja Rumah Anda Akan Selesaikannya Walaupun Memakan Masa.

9 = Anda Suka Mengejar Kejayaan Atau Aset. Mungkin Juga Anda Memikirkan Perniagaan Yang Membawa Keuntungan.

Apa yang anda baca di atas hanyalah ringkasan sahaja yang menunjukkan sedikit daripada keperibadian anda. Anda perlu huraian yang lebih terperinci untuk mem buat penilaian yang lebih menyeluruh.

Rahsia Tarikh Lahir Dr Fadzilah Kamsah


Ingin mengetahui rahsia tarikh lahir anda?? 
Juga ingin mengetahui rahsia tarikh lahir pasangan anda?
Caranya :

Catatkan tarikh lahir anda dan sebagai contoh saya ambil tarikh lahir saya ini :

25/02/1989

Tambah semua nombor diatas :

25+09+1985 = 2016

Seterusnya jumlahkan nombor 2,0,1,6

2+0+1+6 = 9

Jadi jawapan untuk tarikh lahir saya ialah 9 pada 25/02/1989

Jawapan untuk nombor tarikh lahir anda dibawah,

1.KETULENAN
  • Hadir dengan idea yang baru
  • Memperolehi sesuatu dengan cara tersendiri
  • Paling jujur
  • Diplomasi
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
  • Suka bekerja sendiri
2.PENDAMAI
  • Dilahirkan sebagai diplomat
  • Peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain
  • Analitikal mengikut gerak hati
  • Ekstrovet
  • Sanggup bersendirian jika tidak serasi
  • Pemalu tetapi boleh meluahkan perasaan tanpa berselindung
  • Perlu banyak belajar untuk meningkatkan nilai kendiri
3.CERIA
  • Kreatif
  • Sosial
  • Mesra dan romantik
  • Suka memulakan sesuatu tetapi jarang menghabiskannnya
  • Sering membuat orang lain gembira dan sanggup buat apa saja untuk mencapainya
  • Individu yang popular
  • Idealistik dan perlu banyak belajar
4.KONSERVATIF
  • Sensitif
  • Sukakan arahan
  • Hanya bertindak apabila faham sepenuhnya dan cukup maklumat
  • Suka bekerja secara solo
  • Sukakan aktiviti luar
  • Sabar,tekun dan kadang-kadang juga degil
  • Perlu belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri
5.PERINTIS
  • Perintis dan memiliki sikap ingin tahu
  • Mengambil risiko dan bersemangat
  • Kepelbagaian dan tidak suka disekat
  • Sentiasa memerhatikan peluan untuk mempelajari sesuatu yang dialami
  • Persoalan yang bermain dalam minda tidak pernah berhenti
  • Dinasihati agar melihat sesuatu dengan teliti
6.ROMANTIK
  • Idelistik dan perlukan sebab untuk bergembira
  • Pentingkan keluarga
  • Setiap keputusan dipengaruhi oleh perasaan
  • Suka muzik dan seorang teman yang setia
  • Harus belajar apa yang boleh diubah
7.INTELEKTUAL
  • Pencari dan suka menyelesaikan sesuatu dengan sembunyi
  • Sukar menerima sesuatu perkara
  • Tidak suka dikritik
  • Suka bersendirian dan berpengetahuan
  • Sukakan teknikal
  • Hidup dalam dunia mereka sendiri
  • Perlu belajar untuk terima kenyataan
8.PENYELESAIAN
  • Penyelesai masalah dan profesional
  • Berterus terang dan penilai yang baik
  • Tegas dan berperancangan
  • Gemarkan suasana yang tenang
  • Suka menjadi ketua
  • Perlu belajar untuk membuat keputusan dan jangan asyik ikut orang lain
9.PELAKON
  • Mampu menghiburkan orang lain
  • Penyayang dan pemurah
  • Tidak bermasalah untuk berkawan
  • Sukar untuk orang lain memahami mereka
  • setia pada pasangan
 
P/S : Sejauh mana kebenaran dan nak percaya ke tidak itu terpulang kepada individu. Saya hanya kongsikan melalui pembacaan saya di internet juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...